Saturday 19 January 2013

LISTEN!! BUT I DONT HAVE EARS..



Hello!!
Hello!!
Hello!!

Eh33.. Assalamualaikum..stop it!!
Listen to me!!

LISTEN,LISTEN,LISTEN…AND LISTEN…
What the hell that you want me to listen to you..who are you??
Heboh dan kecoh facebook,tweeter,blog dan adik beradik sepupu sepapat dan sama waktu dengannya tentang ISU LISTEN…

Kalau anda tahu tentang isu ini,tepuk tangan sekali.. sebab??
Sebab anda seorang yang ‘cakna’ dengan suasana Malaysia..
Kalau tak tahu?? Anda tepuk kepala anda dua kali.. sebab??
Sebab anda perlu betulkan sebahagian wiyer yang putus menyebabkan anda tak cakna isu semasa.. tapi saya pakai wireless..!! LISTEN I SAID…

Apabila timbul isu ini,ramai yang memberi pandangan..someone said

1)      Nama ja sharifah,memalukan je said seorang yang kuat agamanya
2)      Berani tahap dewa lah Bawani..salute lah said pejuang kebebasan
3)      Jom buat lagu (LISTEN,LISTEN,LISTEN) said composer tegar
4)      Buat parodi lagi syok pa.. (ikan flower horn banyak masalah) said vLogger
5)      Kami merasa kesal dengan tindakan bla..bla..bla.. said ketua kepada ketua kampung
6)      Saya x kenal siapa dia said kawan pejabat Sharifah

Aku juga ada pandangan..pandangan yang aku pandang selepas memandang…eh33.. apa banyak pandang la…
Aku pandang isu ini salah satu isu yang menunjukkan reality Malaysia masa kini… KEBEBASAN BERSUARA,ATTITUDE DALAM BERBEZA PENDAPAT,BERHUJAH DENGAN FAKTA BUKAN AUTA..

Firstly, KEBEBASAN BERSUARA..semua orang ada mulut..tapi ada yang bisu,ada yang boleh cakap..maksud kebebasan bersuara ( bagi aku la) adalah setiap orang ada hak untuk nyatakan pendapat dia.. kes Bawani vs Sharifah,aku lihat seolah-olah Bawani dinafikan separuh hak untuk bersuara ( betul dah kot sebab dia sempat cakap separuh jalan baru kena potong)… ada ka patut,dirampas mikrofon ketika tengah syok bagi pandangan..perumpamaannya seperti hang dok tengah berak dalam tandas,tiba2 orang dok ketuk pintu (bukan setakat ketuk,pi buka pintu)…lebih kurang la kot… (perumpamaan aku memang kotor dan reality)… you have two ears to hear and one mouth to speak..i’ve too.. so,aku rasa sepatutnya bagi la Bawani tu cakap sampai habis dulu..ikut la lepas tu hang nk kata cacing pon ada problem ka..apa ka..adehhh..

Second,ATTITUDE DALAM BERBEZA PENDAPAT.. apabila hang kata ,aku suka makan nasi ayam..tiba2 org lain marah dan sindir hang dengan sebab dia suka makan nasi dagang..aci dak..please bro and sis,be more professional..dunia dihuni oleh pelbagai manusia,ragam manusia,perbuatan manusia…bukan bumi milik hang sorang.. aku rasa waktu Bawani bagi hujah dia (sebelum kena rampas mike),Nampak la cool jgk sis sharifah..tapi cool sat ja kot,mungkin aircond xpasang..hot ckt,terus amek mike..LISTEN I SAID..LET ME SPEAK.. Kalau hangpa kenai Doktor yusuf qardhawi ada tulis satu kitab nama dia fiqh ikhtilaf… haa..try baca buku tu..hangpa tengok macam mana nak jadi insane cool macam aku (perasan ckt xpa..aku xrmpas mike org)

Third n lastly,BERHUJAH DENGAN FAKTA BUKAN DENGAN AUTA..aku x masuk forum tu..aku hanya tengok via youtube (terima kasih youtube)..aku tengok Bawani datangkan hujah sekali dengan fakta,perangkaan,cadangan..salute lah… (fakta tu betui ka mohong ka,tu kira lain)..tapi respons kakak sharifah saya amat kurang bijak..betul la tu dia kata semua orang ada masalah..sekali dengan dia kot ada masalah..aku Nampak satu je,semua hujah kak saya ni x kemas..kalau masuk pidato aku jamin kalah awai..kalau masuk parlimen,usul tak diluluskan.. what you said,you get back..huh!!

So,kesimpulan bagi aku..korang semua termasuk diri aku..mulakan proses mencari ilmu..pastikan ilmu sekali dengan akhlak (attitude)..supaya lepas2 ni korang boleh berhujah dengan ilmu dan fakta..
SO,LISTEN TO ME.. LET ME SPEAK..



~pandangan aku adalah sempit sebab aku bukan dari kalangan orang yang bertuah di dalam dewan tu..yang dok dalam dewan tu mungkin lebih tahu..aku hanya komen via youtube…hohoi…tapi kalau aku ada dalam dewan tu..aku pon x berani macam Bawani nak pi depan cakap..kalau aku,aku ajak geng aku boikot program tu..kluar pi lepak kat kedai kopi..aku belanja..hahaha…~

Sekian,terima kasih daun keladi,ada pandangan lain sila komen bawah ni...

My Idea For All

Alhamdulillah..Selawat dan salam buat Nabi akhir zaman dan juga kepada pengikutnya.

Senyum...
Tersenyum..
Sengaja senyum..
Buat2 senyum.
.
.
Semua berkaitan dengan senyum. Sebab??

Dah lama teringin nak buat blog dan berkongsi rasa di alam maya. Akhirnya terlaksana. Kalau perumpamaan yang 'kotor'sikit. Macam nak berak,lepas selesai hajat. Keluar tandas akan senyum. Kotor tak. Sikit lah kot kan. Apa2 pon kali ni biarkan aku senyum sebab berjaya laksanakan hajat yang dah lama tersimpan di lubuk hati paling dalam. (dalam lagi dari lautan kot).
Untuk permulaan,aku terpikir nak letak tajuk apa blog ni.

1) HAJAT YANG TERLAKSANA
2) SEPERTI SELEPAS BERAK (kotor rr)
3) JOM KONGSI


Last2 aku pikir,semua yang aku nak kongsi adalah idea..so,i rename it "MY IDEA FOR ALL"
macam ISLAM FOR ALL plak.. (kalau sama tu,depa yang tiru aku yer)
Lastly,apa yang aku harap,korg happy dan boleh share sama2 idea yang korg ada. Sebab ??
Sebab idea tu milik semua,kalau korg kongsi akan menjadikan ia berkembang.Pahala pon dapatkan.
Sekian,terima kasih daun keladi,lepas baca mohon share blog ini...
serupa title blog aku x..anggap je diorg tiru aku..haha