Assalamualaikum wbt..
Berbulan lama tidak menulis. Menulis
di blog atau facebook. Sifat menulis semakin terkikis. Entah mengapa. Mungkin
kerana idea lambat mencair kesan musim sejuk yang menggigit tulang di Bumi
Jordan. Idea dan buah fikiran selalu berlari lari,tapi aku malas mengejar.
Bukan kerana tidak pantas mengejar atau berkaki ayam. Mungkin kerana tidur
berselimutkan hirom (selimut tebal) dalam kesunyian salju lebih menjadi pilihan
biarpun itu adalah pilihan terburuk.
Biarlah. Itu cerita sewaktu zon
selesa menghimpit jiwa.
Jom mendengar cerita tatkala aku
keluar dari zon ini.
Alhamdulillah,3 hari yang lepas
semua markah bagi subjek peperiksaan sudah keluar. Aku yang di semester
terakhir tahun terakhir secara tidak rasminya menggelarkan diriku sendiri Graduan Universiti Al-alBayt.
3tahun satu semester.
Itulah tempoh pengajianku untuk Ijazah Sarjana Muda (Usuluddin). Agak tersasar dari target asal.3 tahun.
Beberapa hari yang lepas sempat
bersama sahabat rombongan dari Universiti Islam Madinah seramai 12 orang. Agak teruja
kerana mereka tetamu agung.
Ziarah dan melawat Sheikh Syuaib
Al-Arnout dan sheikh solah kholidi,berjalan dan membeli kitab di Maktabah
Dandis di Amman ternyata mampu menghidupkan semangat untuk meneruskan
perjuangan dalam menuntut ilmu.
Bersama Syeikh Solah Kholidi |
Bersama Syeikh Syuaib Al-Arnout |
Oleh itu,aku merancang untuk
menyambung pengajian peringkat Master di
WISE dalam bidang Hadis. Aku cuba mencari sponsor atau tajaan untuk perancangan
pengajianku ini. Biarpun belom ada yang sudi membantu. Aku akan terus berusaha
kerana aku terkenang kata2 Rabiah Ar Ra’yi,
“Tidak patut seseorang yang
mempunyai ilmu itu mensia-siakan dirinya.”
Imam Ibnu hajar di dalam Fathul Bari
tatkala mensyarahkan kata2 imam Rabi’ah ini menyatakan salah satu daripada
maksud kata2 ini adalah kemampuan akal. Tidak patut seseorang yang mempunyai
kemampuan dari sudut akal (bijak,pantas belajar) itu mensia-siakan dirinya
dengan tidak terjun dalam dunia pengajian.
Mohon bantuan rakan2 jika ada
mengetahui ruang untuk mendapatkan sponsor/tajaan. Resume sudah disiapkan Cuma tidak
diletakkan di ruang maya ini.
P/s : Tahukah kalian kenapa tajuk post "mengapa kasut lebih baik dari selimut",kerana keluar berkelana melihat dunia luar lebih baik dari tidur bermimpikan dunia fantasi.
Wallahua’alam.