Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah,diberi kesempatan masa untuk menulis tentang satu perkara yang sudah lama bersarang di fikiran ini iaitu Bolehkah menjamakkan solat kerana hujan?
Mereka yang berada di negara beriklim empat musim sudah tentu akan mengalami musim sejuk yang suhunya kadang-kadang mencapai tahap negatif. Mereka juga mungkin sudah mengetahui tentang menjamakkan solat kerana hujan ini. Namun,timbul persoalan di minda saya,tatkala memikirkan kerelevanan menjamakkan solat kerana dilihat agak memberikan ruang yang amat luas bahkan terlebih kepada mereka. Masjid hanya penuh tatkala hujan turun. Apabila tiada hujan,yang datang hanya sedikit bilangannya. Oleh itu,saya menterjemahkan satu fatwa daripada mantan mufti Iraq, As syaikh Doktor Abdul Malik Saadi.
Berikut adalah apa yang saya dapat dari fatwa beliau :
sila ke link dibawah untuk fatwa asal :
http://www.alomah-alwasat.com/fatwaMore.php?id=1191
Kesimpulannya : Ibadat adalah hubungan antara hamba dan pencipta terutama solat. Oleh itu,kalian berhak memutuskan bagaimanakah kalian ingin berhubung denganNya. :)

(SEDIKIT
PERKONGSIAN)
FATWA
SYEIKH ABDUL MALIK SAADI (MANTAN MUFTI IRAQ) TENTANG JAMAK SOLAT KERANA HUJAN
Pertama :
Pensyariatan Jamak Solat
1. Abu hanifah,Hassan
Al- Basri dan Ibnu Sirin mengatakan tidak disyariatkan untuk Jamak antara solat
Zohor dan Asar,Maghrib dan Isya’ kecuali di Muzdalifah dan Arafah.
Berhujahkan : Waktu untuk setiap solat adalah berdalilkan tawatur
manakala hadis tentang keharusan jamak solat adalah Ahad.
2. Jumhur Fuqaha
mengatakan bahawa harus menjamakkan solat ketika dalam musafir.
Berhujahkan : ما رواه البخاري ومسلم عن أنس -رضي الله عنه-
قال: "إن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- إذا ارتحل قبل أن تزيغ الشمس -أي
قبل الزوال- أخَّر الظهر إلى وقت العصر ثم نزل فجمع بينهما، وإن زاغت الشمس قبل أن
يرحل صلى الظهر والعصر ثم ركب
Kedua : Jamak ketika Hujan atau Salji
Mereka
yang mengharuskan untuk Jamak ketika bermusafir berselisih pendapat (khilaf)
dalam perkara (jamak kerana hujan) ini.
1. Kebanyakan
mereka mengharuskan untuk jamak hanya pada solat Maghrib dan Isya’ sahaja iaitu
sewaktu malam yg kehujanan,tidak pada solat Zohor dan Asar.
Berhujahkan : daripada Nafi’ mengatakan
bahawa Ibnu Umar menjamakkan antara solat Maghrib dan Isya’ kerana sukar
baginya untuk ke kembali ke masjid pada waktu Isya’. Manakala pada waktu
zohor,tidak ada kesukaran padanya.
2. Abu
Khattab daripada Hanabilah,dan Syafie membolehkan jamak antara solat Zohor dan
Asar ketika hujan.
Berhujahkan : dikeluarkan daripada Abd Razzak
bahawa Ibnu Umar menjamakkan di Madinah solat Zohor dan Asar ketika hujan.
Mereka yang melarang (jamak zohor dan asar)
menjawab : dalil yang membenarkan jamak hanya membenarkan pada solat Maghrib
dan Isya’ sahaja. Dan dalil yang mengharuskannya (zohor dan asar) tidak sohih
kerana tidak disebutkan dalam Sohih-sohih dan Sunan-Sunan. Tidak boleh untuk mengkiaskan
Jamak Solat Zohor dan Asar dengan Solat Maghrib dan Isya’ kerana ada masyaqah
(kesusahan )pada waktu (Maghrib dan Isya’) tidak pada (Zohor dan Asar),maka
tidak ada ilah padanya dan tidak boleh dikiaskan padanya.
Mereka yang mengharuskan jamak meletakkan
syarat untuk membolehkan padanya jamak,jika hilang syarat,maka tidak boleh
jamak dan batal solat secara keseluruhan :
Antara syaratnya :
1. Hendaklah
hujan kuat (lebat),jika hujan nipis (rintik-rintik),maka tidak boleh.
2. Tidak
boleh jamak bagi orang yang kebiasaan (kelaziman) dirinya solat Isya’ dan Asar
di rumah. Jamak hanya dibenarkan pada orang yang kebiasaan (melazimi) solat di
masjid.
3. Hendaklah
perjalanannya ke masjid tidak dilindungi oleh apa2 (bumbung) daripada ditimpa
hujan. Sekiranya dia berjalan (ke masjid) dibawah lindungan (bumbung) maka
tidak boleh jamak padanya. Oleh itu,tidak boleh jamak(solat)pada musolla yang
sedia ada di dalam bangunan pejabat dan kilang-kilang.
4. Hendaklah
dia berniat pada solat pertama. Jika tidak,tidak boleh baginya jamak. Tidak
cukup niat Imam untuk mereka yang tidak meniatkannya pada solat yang pertama.
5. Hendaklah
hujan berterusan turun daripada waktu yang pertama hingga kedua. Jika terputus
(berhenti hujan) sebelum masuk yang kedua,maka tidak boleh untuk jamak.
6. Hendaklah
tempoh terputus antara dua solat itu tidak lama,jika terputus lama,tidak boleh
jamak padanya.
Ketiga : Jamak ketika sejuk dan angin kuat
Berlaku
khilaf padanya kepada dua pendapat :
Pertama : Tidak boleh untuk
jamak,antaranya As-Syafie dan rajihnya pada Imam Ahmad kerana masyaqah (kesusahan
) padanya bukanlah masyaqah ketika hujan. Dan tidak boleh dikiaskannya dengan
hujan kerana masyaqahnya berbeza dengan masyaqah ketika hujan. Dan tidak pernah
dinaqalkan daripada Nabi S.A.W dan para sahabat.
Kedua : Boleh,disahihkan oleh Al-Amidi daripada
Syafi’iyyah,riwayat daripada Ahmad dan juga Umar bin Abd Aziz.
Berhujahkan
: kesejukan menjatuhkan kewajipan solat Jumaat dan jamaah seperti yang
diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Nafi’ daripada Ibnu Umar berkata :
Rasulullah S.A.W. berseru pada suatu malam yang hujan dan sejuk serta berangin {صلوا في رحالكم} solatlah di rumah kalian.
Mereka
yang tidak membolehkan (jamak) menjawab : sesungguhnya itu bukanlah dalil yang menunjukkan
keharusan jamak tetapi dalil membolehkan untuk meninggalkan solat jamaah kerana
kesejukan,angin dan gelap malam merupakan uzur yang menjatuhkan menghadiri
solat jamaah. Dan dibenarkan untuk solat di rumah,baginya pahala berjemaah
juga.
Kepada
mereka yang ingin berpegang dengan pendapat yang lemah ini,hendaklah dipastikan
bahawa ia berada dalam kesejukan yang kuat yang berkemungkinan berlaku sakit
padanya. Tidak boleh jika hanya kesejukan yang biasa,hendaklah dia menjaga syarat-syarat
yang telah disebutkan ,jika tidak,tidak boleh jamak baginya dan kekal waktu
kedua dalam tanggungannya .
Keempat : Sekiranya Jamak Solat,adakah azan
pada waktu kedua ditinggalkan?
Satu
perkara yang menyedihkan sekiranya jamak,tidak kedengaran azan dilaungkan pada
waktu Asar dan Isya’,ia adalah satu kesalahan.
Bahkan ,hendaklah muazzin melaungkan azan untuk mengiklankan
(memberitahu) masuk waktu solat,kecuali dia meninggalkan lafaz (حي على الصلاة وحي
على الفلاح) dan menggantikannya dengan lafaz (ألا صلوا في رحالكم)
Dan
lebih menyedihkan apabila mereka mengambil mudah dan ringan dengan solat
walaupun hanya sejuk yang biasa,angin dan hujan seolah-olah hanya ingin melepaskan diri darinya (solat). Sekiranya
ada sebab-sebab dan cukup syarat untuk jamak,maka yang lebih afdhal (terbaik)
adalah tidak jamak.
Wallahua’lam
2319

0 comments:
Post a Comment