Assalamualaikum
wbt..
Tangan dah
lama tak menaip. Otak dah lama tak susun isi dan perenggan untuk dimuatkan
dalam blog. Rasa kosong. Tiba2 terfikir satu tajuk untuk update blog kali ini. Mungkin
dalam musim exam sekarang ni (mohon doa semua) tak sempat nak tulis artikel
yang agak ilmiah (poyo sikit xpa). Maybe tulis beberapa idea yang terlintas dan
tangkap muat,letak dalam blog. Dah cukup syarat supaya blog tak bersawang.
Kali ini
aku nak cakap tentang “Mahasiswa: Menipu dan Tertipu”
Menipu
Kehidupan sebagai
mahasiswa memang kita tak dapat menafikan tentang erti sibuk atau busy bak kata
orang kampong aku. Kadang2 bila orang telefon,
“Mat,aku
nak datang umah hang malam ni,Study group sikit”
“Aku
busy la Abu”
Boleh jadi
jugak,macam ni,
“Kenapa
awak tak siapkan assignment yang saya bagi” tanya pensyarah.
“Saya
busy la prof”,jawapan yang mudah dan tepat.
Tak terkecuali
jugak macam ni,
“Macam
mana exam bro”
“Tak
boleh jawab la tadi. Tak dan nak baca buku. Aku busy. Tak sempat nak baca”
Kadang-kadang
istilah busy atau sibuk itu seolah-olah menjadi jawapan yang tepat dan padat serta
mengikut skema pemarkahan dalam mengeluarkan mahasiswa dari persoalan dan
masalah. Tak sempat study. Tak sempat buat assigment. Tak sempat nak ziarah
kawan-kawan. Tak sempat study group Jawapan yang mudah : BUSY.
Namun kekeliruan
berlaku di situ. Mahasiswa cuba menipu.. Aku tak katakan dan tujukan perkara
ini kepada orang yang betul-betul busy. Tapi kalau yang buat-buat busy,mungkin
terasa. Sikit je kot terasa.
Jenayah
yang mahasiswa lakukan tanpa sedar sekarang adalah pembaziran masa. Setiap orang
dikurniakan tempoh 24 jam sehari. Tidak ada seorang pon yang mendapat lebih
satu saat dalam kehidupan sehariannya. Tatkala mahasiswa membazirkan masa
samada berbual kosong,layan jiwang,tengok movie korea,main game tank,senyum
sorang2 tengok gwinomi (apa benda ntah),dalam masa yang sama mereka melakukan jenayah
yang cukup besar terhadap ummat. Mungkin perkara yang maknawi ini tidak
disedari. Rasa macam biasa. Namun, kita perlu betulkan yang biasa dan biasakan
yang betul (cewah).
Tertipu
Kedua, Mahasiswa
muslim yang bakal berijazah syariah (khusus sikit kot) perlu membebaskan diri
dari ikatan “sukatan pelajaran”. Sukatan pelajaran?
Aku melihat
mahasiswa muslim bersyariah (macam Muslim berwibawa pulak) membiarkan diri
terikat dengan sukatan pelajaran (qarar jamiah) semata-mata. Tidak cuba
berjalan dan melihat luar dari kotak dan tempurung sukatan university.
Baca hanya
yang muqarrar (dalam sukatan),balik Malaysia mengajar yang muqarrar. Maka lahirlah
masyarakat muqarrar. Cuba cuit dan tanya soalan yang luar sikit dari muqarrar,
“ Eh33..
ana tak ngaji yang tu. Bukan bidang ana”,jawapan femes dan mengikut skema
pemarkahan.
Haruslah dan
wajiblah buat kita (termasuk aku) untuk membaca kitab muqarrar (sukatan)
pelajaran yang diletakkan oleh university. Tapi itu tidak bermakna cukup
sekadar itu. Bahkan seorang mahasiswa itu dikenali dengan sifat proaktif. Bukanlah
maksud proaktif itu semata-mata melaungkan slogan “Hidup mahasiswa!!!”. Bahkan proaktif
itu lebih dari itu.
Bagaimana membina
mahasiswa muslim berijazah syariah berminda kelas pertama yang proaktif dan
faqih dalam setiap bidang ilmu dan mampu kehadapan dalam memimpin ummah ke arah
kehidupan yang berasaskan jalan yang diredhai Allah.
Oleh itu,aktifkanlah diri
kalian menjadi mahasiswa yang sebenar. Cukuplah menipu dan tertipu!!.
Boleh membaca Kita Ummat Iqra' dan Kamu Bukan Penuntut Ilmu tulisan saya sebelum ini.
p/s :
sebenarnya nak tulis artikel tentang Jamak Qasar kerana mendapat bebarapa
pertanyaan dari beberapa orang sahabat tentang perkara ini. Tetapi disebabkan
BUSY,xsempat menyiapkan lagi artikel itu. Ditambah dengan musim exam dan assignment
yang menimpa. Mohon doa dari semua sahabat moga berjaya dunia akhirat. (busy
adalah jawapan dan sebab yang padu utk
keluar dari masalah). Juga doakan kejayaan Islam sempena Pilihanraya Umum 13 Malaysia.
Kempen sikit sebanyak/ PAS for All. |
Orang yang paling mudah ditipu dan tertipu ialah diri sendiri T_T
ReplyDeleteterima kasih sudi baca tulisan aku..haha
Delete