NIKAH
DAN CERAI DI SISI YAHUDI
Nikah
Nikah disisi Yahudi adalah satu kewajipan terhadap setiap individu yang mencapai tahap
umur baligh (13 tahun bagi lelaki dan 12 tahun bagi wanita). Jika didapati
seseorang mencapai umur 20 tahun dan belum berkahwin,maka layak baginya laknat.
Perkahwinan
pada sudut pandang mereka adalah seperti satu pakej jual beli wanita. Seorang lelaki
membeli seorang wanita dari bapanya. Begitulah perumpamaan yang dapat
diberikan. Apabila seorang lelaki berkahwin,maka dia dikecualikan dari
ketenteraan selama setahun. Dia tidak dibenarkan terlibat dengan sebarang
aktiviti yang menjauhkannya dengan isterinya dalam tempoh setahun.
gambar hiasan |
Tidak
dibenarkan bagi suami untuk menjimak isterinya ketika haid dan tujuh hari selepasnya.
Ia dinamakan Fatrah Infisal (berpisah) di sisi mereka.
Antara
perkara yang penting bagi mereka adalah tidak boleh (haram) untuk yahudi
menikahi non-yahudi samada Muslim,Kristian, dan sebagainya. Non-yahudi disisi
mereka adalah kafir. Sebarang pernikahan antara yahudi dan non-yahudi dianggap
tidak sah disisi mereka.
Selain
itu,Sang isteri disisi mereka tidak mempunyai sebarang hak untuk melakukan jual
beli. Apabila bergelar isteri,setiap harta yang diperoleh dalam tempoh
perkahwinan secara automatik menjadi milik suami kecuali mahar tertangguh yang
boleh dimilik oleh si isteri selepas kematian si suami. Oleh itu,setiap harta
yang dimiliki isteri menjadi milik si suami secara mutlak.
Beristeri
lebih dari satu
Ta’ddud
isteri dibenarkan syarak disisi yahudi dan tidak diletakkan had. Seorang lelaki
boleh beristeri mengikut kehendaknya. Tetapi sebahagian daripada syarah di
dalam Talmud mengurangkan had hanya empat orang isteri.
Tetapi pada
pertengahan kurun seorang ketua agama yahudi bernama Jarshum bin Yahuda
mengeluarkan fatwa mengharamkan ta’ddud isteri kerana melihat penghinaan dan
penganiyaan terhadap isteri dengan sebab perkara ini.
Cerai
Cerai disisi
yahudi adalah hak ditangan suami. Suami berhak menceraikan isterinya walaupun
tanpa sebarang sebab. Namun bagi lelaki dari kalangan ahli yang baik,maka
mereka tidak layak menceraikan isteri kecuali dengan sebab yang patut.
Antara sebab
cerai yang diterima adalah : Zina,Tidak dapat melahirkan anak,aib pada diri
samada fizikal atau maknawi (akhlak).
Bagi isteri
juga hak untuk meminta cerai jika didapati pada suami aib samada tidak dapat
melaksanakan tugas sebagai suami. Namun sebarang keputusan hanya dapat
ditentukan oleh ketua agama samada cerai dijatuhkan atau tidak.
Selagimana
ketua agama tidak menjatuhkan hukum cerai,maka mereka masih bergelar suami
isteri. sebarang perkahwinan baru dianggap tidak sah selagimana penceraian
belum disahkan oleh ketua agama. Anak yang lahir dari perkahwinan baru dianggap
anak zina.
Yabbum
Sekiranya seorang
isteri kematian suami dan tidak mendapat anak dengan suaminya itu,maka wajib
baginya untuk berkahwin dengan saudara lelaki (abang atau adik) suaminya itu. Dan
anak pertama yang lahir dari perkahwinan itu di’bin’kan kepada si mati.Sang
janda digelar Yabamah. Si isteri tidak boleh berkahwin dengan orang lain
kecuali saudara lelaki si mati berlepas diri darinya. Sebahagian mazhab dalam
yahudi menganggap perkara ini sudah dimansuhkan.
Mirath
(harta warisan)
Secara umum,wanita
tidak mewarisi sebarang harta warisan. Harta warisan hanya akan diwarisi oleh
anak lelaki samada anak itu lahir hasil pernikahan yang sah atau tidak. Syariat
yahudi menjelaskan bahawa tiada harta warisan yang diwarisi oleh ayah,isteri,anak perempuan,saudara perempuan
dan seterusnya dari kalangan ahli kerabat.
Jika si
mati tidak mempunyai anak,maka hartanya diwarisi oleh cucu lelakinya. Jika tiada
cucu,barulah diwarisi oleh anak perempuannya. Jika tiada anak perempuan,maka ia
diwarisi oleh cucu perempuannya. Begitulah seterusnya.
Jika si
mati tidak mempunyai keturunan (anak,cucu),maka harta diwarisi oleh Usul iaitu
ayahnya mendapat semua harta. Jika tiada ayah,maka datuk dari ayahnya. Jika tiada
juga,harta warisan berpindah kepada kaum kerabat yang terdekat. Jika tiada
orang yang layak menerimanya atau menuntutnya,maka sesiapa sahaja yang cepat mendapatkannya akan menjadi penjaganya dalam tempoh 3 tahun. Jika tiada sesiapa daripada kaum kerabat yang menuntut harta tersebut,maka ia akan menjadi milik kepada si penjaga itu.
Wallahu’alam.
Ringkasan dari kitab Muqaranah Adyan
karya Profesor Doktor Muhammad Ahmad Khatib
Profesor bahagian Akidah dan
Perbandingan Agama –Kuliah Syariah-Universty of Jordan
Bersyukurlah kita orang Islam. :)
ReplyDelete:)
Deletewhoah ak rasa jews kat sini xdak la strict centu kut
ReplyDeleteni ringkasan berdasarkan kitab yg dibaca..lebih kpd teori di dlm kitab mereka..mgkin dr sudut pengamalan x mcm tu..
Deleteafwan..insyaAllah..
ReplyDelete