“ Allah
dah takdirkan macam tu. Nak buat macam mana. Buat penat hang usaha ja. Beras
secupak tak boleh jadi seguni”, kata Ahmad.
“ Malas
aku nak pi mengundi. Allah dah tetapkan dah sapa yang menang. Kalau aku
pi,bukan berubah apa-apa pun”, kata Ali.
“ Selama
ni Kerajaan (Parti A) lah yang banyak bagi bantuan. Tak kan kita tak mau
berterima kasih. Kalau tak dak Parti A,konfem hangpa tak boleh nak hidup. Nak
makan pa”, kata Abu.
Dalam
kehidupan manusia terdapat perkara yang bersifat “masa depan” serta “ghaib” yang tak mampu dicapai oleh
pengetahuan manusia. Ada perkara yang berlaku tanpa kita rancang. Ada perkara
yang mengikut perancangan. Ada perkara yang berlawanan dengan apa yang kita
rancang. Oleh itu,beriman dengan sepenuh jiwa raga terhadap Qada’ dan Qadar
adalah asas terpenting dalam membina jiwa seorang hamba.
Sebelum
menempuh peperiksaan,pelajar A tidak
membaca buku dengan menganggap takdir telah menentukan baginya segala-galanya. Pelajar
B membaca buku sepenuh jiwa raga,namun gagal lantas menyalahkan takdir. Pelajar
C membaca buku serta bertawakal,namun gagal lantas dia percaya perancangan
Allah adalah yang terbaik.
Pemikiran
pelajar A adalah satu pemikiran yang amat bahaya. Ia dikenali dengan fahaman
Jabariah yang diasaskan oleh Jaad bin Darham. Biarpun pengikut serta pengasas
fahaman ini telah lenyap,namun pemikiran sebegini masih wujud dikalangan insan.
Menganggap manusia itu tidak berkuasa,tidak berkehendak serta tidak ada pilihan
baginya. Setiap perbuatan insan semata-mata dari Allah dan ia tiada kuasa untuk
memilih. Oleh itu,pemikiran berserah kepada takdir semata-mata tanpa usaha
adalah satu penyakit ketumbuhan yang amat bahaya terhadap akidah manusia.
Pilihanraya
Umum 13
Parlimen
sudah dibubarkan dan gendang pilihanraya sudah dipalu. Biarpun sebahagian besar
manusia bersemangat berkempen,meraih undi,namun terdapat sebahagian yang lain
berserah segalanya kepada takdir. Menganggap takdir sudah menentukan siapa yang
akan menang tanpa menoleh sesaat terhadap usaha dan kerja keras.
Perkara ini
harus difahami sengan sebaiknya. Manusia disediakan syurga dan neraka. Pahala serta
dosa. Manusia diberikan pilihan. Kita perlu berusaha,beramal ,bertawakal. Seterusnya
datanglah takdir untuk menguji keimanan manusia. Mana mungkin benih tidak
disemai tetapi menunggu masa untuk menuai. Carilah asbab untuk menuai hasil.
إِنَّ اللهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى
يُغَيِّرُوْا مَا بِأَنفُسِهِمْ
“sesungguhnya
Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah
apa yang ada pada diri mereka sendiri”
Sempena pilihanraya
ini juga,terdapat manusia yang mana terlalu menyanjung serta mengangkat tinggi
asbab sehingga terlupa kepada Tuhan asbab.
“ Selama
ni Kerajaan (Parti A) lah yang banyak bagi bantuan. Tak kan kita tak mau
berterima kasih. Kalau tak dak Parti A,konfem hangpa tak boleh nak hidup. Nak
makan pa”, kata Abu.
Allah lah yang memberikan rezeki
melalui pelbagai perantaraan dan asbab.. Sungguh!! Ia adalah satu perkara yang
bahaya terhadap akidah. Sesatnya Kristian kerana terlalu menyanjung Isa
sehingga mencapai tahap ketuhanan. Melupakan Allah yang mengutuskannya untuk
ummat. Janganlah terlalu berterima kasih kepada posmen sehingga terlupa
pengirim surat.
Mengurus
iman perlu dihalusi dengan ilmu serta amal. Mungkin Allah memberikan rezeki
secupak dengan perantaraan Kerajaan (Parti A). Boleh jadi Allah akan
menambahkan rezeki kepada seguni tatkala Parti B menjadi kerajaan. Ciptalah
sebaik-baik asbab dan bertawakal lah serta yakin terhadap Allah.
Ini kali
lah!!
10 April 2013
7.38 pagi yang dingin,Yordania
0 comments:
Post a Comment