Assalamualaikum
wbt..
Hampir
hilang mood untuk update blog. Bersawang ditinggalkan seminggu lebih. Harus
menyelesaikan yang wajib sebelum melakukan yang sunat. Ditambah dengan fatrah
(tempoh) exam dan assignment yang menimbun. Namun masih sempat mengikuti
perjalanan Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. Tetapi kali ini tiada mood untuk
mengulas,menulis,menaip atau membincangkan tentang isu ini. Terpaksa meneliti
dengan kadar teliti yang penuh dalam menerima berita terutama dalam tempoh
sekarang. Masing-masing mengatakan mereka di pihak yang benar. Bahkan bangla
pon mengaku sebagai warganegara Malaysia. Opss.. Termasuk tajuk pulak. Ok. Stop
it.
![]() |
salah satu aktiviti sempena PRU |
Alhamdulillah..
Hari ini hari terakhir kuliah di Universiti. Mendengar taujihat dan nasihat
terakhir dari pensyarah kesayangan,Doktor Hamad Hamid dalam kuliah Manhaj
Fuqaha’. Membincangkan tentang Imam Ahmad bin Hanbal. Antara imam mazhab yang
empat. Minit-minit terakhir beliau memberi pesan supaya kami memenuhkan saat
dengan membaca. Dinasihatkan kepada kami supaya menjauhkan diri dari aktiviti
membunuh waktu kerana hukuman qisas yang mendatang akan membunuh masa depan
kami.
Kali ini aku
cuma nak ambil satu kisah yang diceritakan sebenar tadi tentang Imam Ahmad bin
Hanbal.
Diceritakan
bahawa Imam Ahmad adalah seorang yang gemar bermusafir. Sudah tentu bermusafir
mencari ilmu menuntut kalam ulama’. Salah satu sifat penuntut ilmu adalah
bermusafir. Beliau bermusafir jauh dari negerinya (Baghdad) dan tiba di satu
negeri yang beliau tidak dikenali di sana. Oleh sebab tiada tempat tinggal,maka
beliau singgah di masjid dengan niat ingin bermalam di sana. Namun hasrat
beliau tidak tercapai kerana dihalau keluar masjid. Maka,beliau duduk
keseorangan di luar masjid. Tiba-tiba beliau disapa oleh seorang pembuat roti
dan diajak untuk bermalam di rumahnya. Lantas Imam Ahmad bersetuju.
Menjadi
tabiat Imam Ahmad untuk menghidupkan malam (qiamullail),maka bangunlah beliau.
Beliau mendapati si pembuat roti juga bangun malam itu,namun bukanlah untuk
solat mahupun membaca al-quran. Pembuat roti bangun untuk menguli tepung untuk
dibakar dijadikan roti. Sambil menguli tepung,dia beristighfar tanpa
henti-henti. Maka,Imam Ahmad menegur.
“ Itu
(Istighfar) sahajakah yang kau reti”
Dengan
maksud beliau cuba menasihatkan si pembuat roti untuk membaca tasbih,tahmid dan
lain2.
Maka,beliau lanjut bertanya,
“Apakah
kesan kau selalu mengulang-ulang istighfar sahaja”
Maka si
pembuat roti berkata,
“ Demi
Allah,semenjak aku mengamalkan dan mengulang-ulang istighfar ini. Tidak pernah
Allah menolak permintaan dan doa aku kecuali satu. Aku meminta untuk berjumpa
Imam Ahmad bin Hanbal. Sehingga hari ini belum dikabulkan”
Ucapnya
tanpa menyedari insan yang sedang bermalam dirumahnya malam itu.
Satu sahaja
point untuk post kali ini. Perbanyakkan istighfar terutama selepas PRU kali
ini. Sudah tentu banyak perkara yang khilaf telah kita lakukan. Banyak hati
telah kita lukakan. Boleh jadi keputusan PRU kali ini kerana dosa kita. Boleh jadi doa kita ditahan kerana kurangnya istighfar kita. Oleh
itu,point kali ini.
PERBANYAKKAN
ISTIGHFAR DAN BERTAUBAT LAH!!
P/s : jika
kita begitu meminati seseorang samada ulama,pemain bola,atau artis. Sudah tentu
berjumpa dengannya menjadi saat terindah dalam hidup kita. Kalau orang minat
dengan siti nurhaliza,Nampak kereta dia parking saja,dah siap amek gambar n
post fb. Nak kata bangga boleh jumpa dengan kereta siti. Itu baru artis,inikan
pula ulama’.
![]() |
Diberi peluang bertamu di rumah insan ini. Cuba anda bayangkan. Juga dihadiahkan sebuah kitab. Syeikh Syuib Al-arnout |
![]() |
Hari yang sama bertemu syeikh syuib. Berjumpa juga dengan tokoh muda Pak Anis Matta. |
p/s kedua :
ada orang minta saya tulis tentang hubungan lelaki wanita (bertunang). Ada juga
minta saya tulis nasihat lelaki kepada wanita. Tapi apakan daya. Tiada mood nak
tulis tentang tu. Mungkin lepas exam final. Doakan saya Berjaya dengan mumtaz.
Mumtaz untuk ummah.
![]() |
Ini jadual final exam saya. Mohon doakan. |
ASTAGHFIRULLAHALAZIIM..
ReplyDeleteHASBUNALLAHUWANE3MALWAKEEEL..
segan bila anak ustaz harun taib komen sini.. :)
Delete