Assalamualaikum
wbt..
Seminggu
sudah berlalu. Minggu lepas beberapa orang sahabat saya mengalami musibah
kemalangan jalanraya yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan cedera parah.
Seorang
pelajar dari UK meninggal dunia,manakala 4 orang lagi cedera.
Alhamdulillah,hari
ini saya dimaklumkan bahawa drebar (cedera parah) sudah dibenarkan pulang dan
beransur pulih.
Saya cuba
mengingati beberapa bulan yang lalu. Saya pulang ke Malaysia menyambut Hari
Raya di sana.
Sebulan
kemudian. September 2012 saya tiba di lapangan terbang Queen Alia,Jordan. Jam 2
petang. Sempat bertemu mata dan bersembang dengan seorang sahabat dari
universti Mu’tah (univ lain) yang datang menyambut rakannya. Jam 5 petang saya
dimaklumkan beliau terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia.
Takdir
عَنْ أَبي عَبْدِ
الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله
صلَّى الله عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ
خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً
مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ
فَيَنْفُخُ فِيْ هِ الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ
وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ غَيْرُهُ
إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ
النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى
مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ
فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري ومسلم
Daripada
Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu
dipercayai):
Sesungguhnya
setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama
40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang
sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian
dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan
dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya,
amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan
melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan
amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari
sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan
amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang
dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak
antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh
ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia
memasuki syurga.
Mati,hidup,kahwin,cerai.
Semuanya bergabung dibawah satu nama iaitu jodoh dan takdir. Setiap insan sudah
ditetapkan jodohnya. Jodoh bukan bermaksud kahwin semata-mata. Mati juga adalah
jodoh. Jodoh bertemu Tuhan.
Islam
mengajar kita untuk beriman dengan Qada’ dan Qadar. Bahkan ia adalah rukun iman
keenam yang harus kita imani. Beriman,yakin serta percaya bahawa setiap perkara
yang berlaku adalah takdir dan ketentuan Tuhan. Kata manusia zaman ini, “Kita
merancang,Tuhan yang menentukan”
Persoalan
takdir
Ramai yang
bertanya tatkala ditimpa musibah. Mengapa jadi begini? Mengapa harus aku?
Bahkan,menjadi
trauma untuk berjalan kerana runsing akan ditimpa musibah yang sama.
Persoalan
takdir adalah satu perkara yang besar yang harus difahami. Qada dan qadar
adalah ketentuan Tuhan yang telah ditetapkan untuk hambaNya. Disebaliknya tersembunyi
hikmah yang mungkin tak mampu kita jangkaui.
Bersangka
baiklah dengan Tuhanmu.
Ramai yang
sedih mendengar berita kematian.
Namun Islam
mengajar kita untuk sentiasa bersabar dan bersangka baik dengan Allah.
Boleh jadi
Allah menjemputnya lebih awal kerana mahu mengurangkan dosanya dan
memasukkannya ke dalam Syurga. Boleh jadi Allah memanjangkan umur kita supaya
kita bersegera bertaubat dan beramal sebanyaknya.
Mati
Kematian
datang tanpa kita ketahui.
Entah bila.
Entah di mana.
Kematian
adalah peringatan yang paling ampuh buat yang masih hidup. Supaya mereka ingat
bahawa ajal tidak mengenal usia dan tempat. Tidak mengenal jawatan dan harta.
Manusia hanya
disuruh beramal sebaiknya. Soal ajal dan maut milik Allah. Takdir adalah hanya
milik Tuhan. Bertaubatlah sebelum tiba giliran kita.
Sesungguhnya
mati itu pasti. Namun tarikhnya belum tiba. Setiap hembusan nafas sentiasa
menjadi kiraan malakul maut. Mungkin ia adalah hembusan terakhir.
Kadang-kadang
rasa insaf menyapa hati apabila mendengar berita kematian. Itu tandanya hati
kita masih lembut menerima peringatan Tuhan. Usah berlengah. Tadahlah tangan meminta
ampunanNya.Kerana takdir itu rahsia Tuhan.