Alhamdulillah..
Syukur,puji dan puja segalanya milik Allah S.W.T.
Ada kawan
bertanya, “ Sudah berhenti menulis kah? “
Bukan.
Aku hanya
berehat seketika. Muhasabah diri penuh dosa. Merenung erti kalam sang Pencipta.
2 minggu
menempuh peperiksaan akhir kuliah di Universiti. Terus disambung musafir ke
Tanah Haram selama 9 hari.
Memberi aku
sedikit masa bermuhasabah diri. Koreksi jiwa dan hati. Mencari muraqabah yang
semakin pudar hari demi hari.
Alhamdulillah..
Keputusan peperiksaan sudah keluar. Sedikit kecewa kerana tidak mencapai apa
yang dihajatkan. Namun aku sedar. Aku hanya makhluk dengan ilmu yang terbatas.
Sedangkan Dia adalah Pencipta yang mengetahui segala-galanya.
Kadang-kadang
kita meminta seringgit,namun Allah berikan 50 sen. Mungkin Dia mahu elakkan
kita dari dosa membazir.
Kadang-kadang
kita minta seringgit,namun Dia berikan 10 ringgit. Mungkin Dia mahu kita
lebihkan infaq.
Bersangka
baiklah. Tidak akan rugi.
Musafir
Manusia itu
sifatnya tidak menentu. Kadang-kadang kuat. Kadang-kadang lemah.
Kadang-kadang
hati penuh taat. Kadang-kadang maksiat datang menyengat.
Oleh
itu,manusia disuruh untuk sentiasa bermuhasabah dan koreksi diri supaya saat
rebahnya itu tidak lama.
Salah satu
cara bermuhasabah adalah engkau bermusafir dan keluar ke dunia luar seketika
melihat tanda-tanda kebesarannya.
Musafir
juga memberi kita peluang untuk keluar dari zon selesa dan biasa. Membina
persekitaran yang lebih baik buat diri.
Kali ini
aku bermusafir ke Tanah Haram. Aku temui suasana baru.
Suasana
ibadah dan suasana ilmiah.
Mekah
Ini kali
kedua aku sampai di sini.
Sungguh. Persekitaran
dan suasana banyak mempengaruhi corak kehidupan seseorang.
![]() |
ni gambar umrah kali pertama 2011 |
Jika di
Masjidil Haram,datang awal sejam atau dua jam ke masjid adalah perkara yang
biasa.
Namun,sukar
untuk dilakukannya di rumah kita.
Jika di
sini,membaca sejuzuk itu amat sedikit terasa. Ingin ditambah lagi bacaan juzuk
demi juzuk.
Namun,untuk
menghabiskan sejuzuk di rumah sungguh sukar terasa.
Mengapa
begini?
Suasana
ibadah di Masjidil Haram dengan lautan manusia berpusu-pusu melakukan ibadah
tawaf,membaca Al-Quran,berzikir menjadikan kita turut sama berada dalam
pengaruh suasana tersebut.
Aku akan
sentiasa merindui suasana ini. Bi’ah ibadah di bumi Mekah.
Madinah
Di sini aku
temui suasana ilmiah. Aku sempat singgah bertamu di Universiti Islam Madinah.
![]() |
ni juga gambar umrah 2011. Umrah kali ni tak dak mood nak snap gambar. |
Sungguh
berbeza.
Suasana pengajian
begitu subur. Ada yang sedang menghafal matan,ada yang sedang membaca kitab,ada
yang hanyut mengulang Al-Quran,ada yang mengikuti daurah ilmiah.
Timbul iri
hati terhadap sahabat-sahabat yang diberikan kesempatan belajar di sini. Suasana
yang menjadikan semangat menuntut ilmu itu subur.
Ibrah
musafir
Aku pulang
ke Jordan dengan harapan baru.
Moga Allah
kurniakan istiqamah kepadaku.
Aku belajar
satu perkara dalam musafir ini.
Persekitaran dan suasana itu antara faktor terpenting
dalam mencorakkan kehidupan seorang manusia.
Jika
diperhatikan,suasana atau persekitaran banyak mempengaruhi cara hidup kita.
Suasana
ilmiah menjadikan kita rasa selesa dan sentiasa inginkan ilmu.
Suasana
ibadah buatkan kita terasa ingin sentiasa rukuk dan sujud.
Namun,
Apabila
suasana pasif dan negatif yang mempengaruhi kita,
Kita akan
dicengkam rasa malas dan lembik.
Contohnya,
Jika di
Masjidil Haram,datang awal ke masjid sejam atau dua jam adalah perkara biasa
dan mampu dilakukan.
Tetapi agak
sukar ingin dilakukan datang awal itu di rumah kita.
Jika di
Masjidil Haram,membaca sejuzuk Al Quran terasa sedikit,ingin ditambah lagi
bacaannya.
Tetapi agak
sukar untuk istiqamah sejuzuk di rumah kita.
Mungkin
kerana suasana ibadah dan Al Quran di Masjidil Haram mempengaruhi kita untuk
turut bersama bertilawah,rukuk serta sujud.
Oleh
itu,berubah atau mengubah diri berkait rapat dengan mengubah persekitaran.
Keluarlah seketika dari kepompong biasa supaya muhasabah kehidupan dapat memberikan
kita peluang untuk mencorakkan kehidupan ke arah yang lebih baik.
tazkir_zikran@yahoo.com
haramain
27 Rejab 1434 H
0 comments:
Post a Comment