“
Belajar rajin-rajin yer. Solat jemaah jangan tinggal. Al-Quran jangan lupa baca”
“Dok
bumi ulama,jangan bazirkan masa. Penuhkan waktu dengan talaqi dengan
sheikh-sheikh kat sana”
“ Pi
negara arab ni,pastikan balik nanti boleh speaking arab berabuk”
Sahabat,
Sebelum
kita menjejakkan kaki ke bumi Anbiya’,pasti banyak pesanan melintasi gegendang
telinga kita. Pasti terbayang kehidupan ulama’ dengan kejuhudan menuntut ilmu
tanpa lelah. Terbayang kitab-kitab arab yang tulisannya sahaja sudah
memeningkan kepala. Terbayang pengajian talaqi bersama sheikh-sheikh yang
panjang dan lebat jambangnya membaca
kitab-kitab arab. Namun, kadang-kadang apa yang kita bayangkan tak seperti apa
yang kita jumpa.
Kita
dipesan supaya belajar rajin-rajin,namun kita hanya belajar bila rajin (dekat
dengan exam). Kita dinasihati untuk menjaga solat jemaah,namun solat entah ke
mana,jemaah pulak entah ke mana. Kita dipesan untuk sentiasa membaca
Al-Quran,namun mushaf Al-Quran entah ke mana. Entah ada entahkan tidak.
Sahabat,
Kita
terbayang untuk penuhkan waktu dengan talaqqi dengan para sheikh,namun apa yang
berlaku. Kita hanya mengenali “sheikh Google dan facebook”. Bukan sahaja ulama’
tidak dikenali,pensyarah yang mengajar di dalam dewan kuliah,entah diingati
nama entahkan tidak. Tatkala dikatakan membazir masa di depan facebook,kita nafikan
dengan niat tujuan “berdakwah”.
![]() |
gambar hiasan |
Jika dulu
terbayang bagaimana kita akan mampu bercakap arab dengan fluent jika datang ke
tanah arab. Namun hakikat sebaliknya. Siang malam cakap melayu. Tidak ada satu
usaha untuk cuba menukar rutin itu. Jika ada kawan arab yang cuba
mendekati,kita menjauhi dengan alasan arab semua jahat,tak dak tamadun. Pensyarah
di university tidak pernah disapa. Fullstop. Kehidupan tidak berbeza. Sama seperti
di Malaysia. Mungkin yang berbeza hanya salji yang datang sekali setahun.
Mungkin juga mansaf laham yang mencuit selera. Tiada yang berbeza.
Mungkin
muhasabah bersama sahabat-sahabat. Sesungguhnya musafir kita dalam menuntut
ilmu bukanlah sesuatu yang mudah. Namun medan realiti di Malaysia menunggu
kepulangan kita dengan ilmu di dada,bukan sijil ditangan semata-mata. Kita perlu berubah demi perubahan ummah.Berubahlah!!
Cuba kenangkan saat sebelum datang ke bumi Anbiya’ ini. Semangat yang sangat
tegar. Jiwa pemuda yang cekal. Satu semangat yang tidak mampu digugat. Namun, jiwa
dan semangat itu kian luntur ditelan “bundle”
dan ”facebook”. Mungkin juga luntur dengan memikirkan tentang "imam dan makmum".
Sahabat,
Ruang dan
waktu masih panjang. Penuhkan waktu dengan membaca kitab-kitab arab. Penuhkan waktu
dengan talaqqi kitab bersama sheikh-sheikh. Jangan beralasan “sibuk,tiada waktu”.
Susunlah kehidupan dan waktu kalian. Buanglah sikap “study hanya malam exam”
kerana kita penuntut ilmu dan bukanlah penuntut sijil semata-mata. Ketahuilah,jika
kita gagal merancang kehidupan kita sebagai penuntut ilmu,maka kita sudah
merancang untuk gagal dalam jihad ilmu ini.
![]() |
gambar hiasan |
Muhasabahlah
seketika. Kita bakal memegang title “ustaz dan ustazah” berijazah syariah dari
bumi anbiya’. Berapa juzu’ dari Al-Quran telah kita ingat? Berapa hadis sudah
kita hafal? Tahukah kita apakah perbezaan fiqh dan usul fiqh? Tahukah kita
apakah beza hadis marfu’ dan hadis mauquf? Tahukah kita perbezaan antara qawaid
fiqhiah dan qawaid usuliyyah? Kenalkah kita nama penuh Imam empat mazhab?
Tahukah kita manhaj Imam Syafie dalam mengeluarkan hukum? Tepuk kepala tanya
akal.
Sahabat,
Ketahuliah,medan
realiti di sana sedang menanti,maka jalanilah kehidupan di medan musafir ilmu
ini dengan penuh erti.
tazkir_zikran@yahoo.com
1 April 2013
7.50 pagi
Pedas... pedas yang membina. Teruskan usaha membarakan jiwa pemuda pemudi ! :)
ReplyDeleteterima kasih atas sokongan..
Deletethumbs up..~paduuu!
ReplyDeletethanx..paduu
Delete