Saya
tercalon untuk bertanding di kerusi Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia
Universiti Al-alBayt,Jordan dalam
singkatan disebut PRISMA. Satu perkara yang agak menggusarkan saya. Semenjak saya
berada di Jordan selama 3 tahun,sudah dua kali saya berada di kerusi tertinggi.
Tahun lepas sebagai Yang diPertua Majlis Pelajar Kedah Jordan,tahun ini sebagai
Setiausaha Agung PRISMA. Saya cuba mengelak buat kali ketiga. Namun perancangan
saya gagal.
![]() |
PIMPINAN SESI 2012/2013 |
Mengapa saya
cuba mengelak?
Mungkin memikirkan
untuk memberi peluang kepada sahabat-sahabat yang lain untuk memimpin dan
merasai pengalaman memimpin. Mungkin juga kerana saya mahu menumpukan kepada
Baitulhikmah Enterprise dalam usaha mengembangkannya lagi. Mungkin juga kerana
saya mahu menumpukan lebih banyak masa dalam kelas pengajian talaqqi dan
membuka kelas-kelas tutorial. Mungkin juga kerana saya malas. Semua itu antara
kemungkinan yang menerjah minda.
Apa yang saya
lakukan tatkala nama dicalonkan?
Saya memikirkan
untuk menarik diri namun ada sahabat yang menasihati supaya saya menghidupkan
persaingan di kerusi Presiden. Saya bertanding jua. Namun dalam masa yang sama
saya memberi kempen yang padu buat sahabat lawan saya sedangkan sahabat-sahabat
yang menyokong saya tegar dengan mengempen untuk saya.
Ada yang
bertanya tentang manifesto saya. Apakah manifesto anda?
Di hari
pembentangan manifesto tempoh hari saya dengan jelas mengatakan saya tiada
manifesto untuk dibawa. Saya tak pernah memikirkannya dan tidak mahu
memikirkannya. Semalam seorang yang saya hormati menghantar mesej menanyakan
manifesto saya,dan saya tetap dengan jawapan saya.
Sepanjang malam
saya berfikir,haruskah aku meletakkan manifesto untuk insan-insan yang
mencalonkan diriku. Atas nama demokrasi dan menghidupkan persaingan sihat,saya
cuba letakkan beberapa perkara dalam melahirkan pertandingan idea dikalangan
mahasiswa.
1..Mengembalikan
nafas baru kepada 4 item penting dlm persatuan..akademik,kebajikan,ukhuwwah dan
softskill dgn menguptimumkan biro2 dan kelab yg ada dlm membawa perubahan kpd
PRISMA dari sudut pengurusan,keterbukaan dan kematangan ahli..
2.
Meletakkan asas khidmat diri dalam PRISMA dengan memberi ruang kepada ahli
untuk mencurah bakti dalam segenap bidang di bawah seliaan PRISMA dalam proses
menjadikan PRISMA sebagai medan khidmat ahli.
Idea-idea
yang lain yang saya fikirkan sudah banyak diketengahkan oleh calon-calon yang lain.
Moga dengan dua idea ini mampu membantu dalam proses mematangkan lagi
pilihanraya PRISMA.
Semoga dengan
dua idea ini mampu memberikan kepuasan buat insan-insan yang mencalonkan saya
di kerusi ini. Ketahuilah sesungguhnya amanah itu amat berat dan akan
dipersoalkan.
Wallahua’lam..
ATIQULLAH MURSYID BIN ABDUL HALIM
CALON PRESIDEN PRISMA 13/14
USULUDDIN
UNIVERSITI AL-ALBAYT
Mantap2. Salam sokongan dari jauh.
ReplyDeleteSekadar ingin berkongsi idea dan pandangan..x sempat jumpa Usamah balik hari tu..entah apa khabar skrg..
DeleteKemahnya Atiq..segan kta~
ReplyDeleteBiasa2 ja syamil...misri hebat lg..
Delete