Assalamualaikum
wbt..
Aku berhenti
membaca kitab “Kehidupan Abu Hanifah” karya Imam Abu Zuhrah. Agak pening. Mungkin
kerana sudah lama tidak membaca helaian yang banyak dalam satu malam. Mungkin juga
kerana menjumpai istilah-istilah serta ilmu baru yang tak pernah ditemui.
Hari ini
masuk hari keempat bergelar ahli biasa dalam PRISMA. Semua sama sahaja. Tidak ada
beza. Mungkin beza hanya pada masa. Agak kosong dan akan dipastikan ianya diisi
sebaiknya kerana masa kosong adalah racun buat penuntut ilmu.
Sungguh.. Berkhidmat
di dalam MPKJ tidak sama pengalamannya seperti berkhidmat di dalam PRISMA.
Dalam MPKJ mungkin pertemuan atau meeting jarang dilakukan kerana jarak yang
jauh antara pimpinan. Memimpin MPKJ melatih aku melihat dalam satu view
sejordan dalam menjaga kebajikan anak kedah. Namun,PRISMA mengajar aku tentang
banyak perkara yang berbeza.
Melihat
team kepimpinan baru dengan semangat serta keazaman mereka,aku yakin mereka
mampu membawa PRISMA ke arah yang lebih baik. Satu team yang dipimpin oleh
sahabatku,Aizuddin Kamal dan Fadhilah Mat Ripin pasti membawa perubahan yang
padu untuk PRISMA.
![]() |
Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Al-alBayt (PRISMA) sesi 2013/2014 |
PRISMA
mempunyai 560 orang ahli. Semakin ramai
ahli,semakin banyak ragam dan pemikiran yang muncul. Di sana aku diajar untuk
memahami setiap pemikiran mereka. Ada yang lebih ke arah salafi,ada yang
sufi,ada yang ISMA,ada yang anti ISMA, ada yang kuat berpesatuan,ada yang kuat
mengaji dan pelbagai lagi ragam manusia yang aku temui dalam komuniti PRISMA.
Secara kesimpulan
yang dapat aku katakan,mengurus persatuan bukanlah seperti mengurus sebuah
negara kerana asas terbentuknya persatuan adalah lebih ke arah memudahkan
pengurusan pelajar di Jordan. Memimpin negara mungkin bersifat makan gaji. Berbeza sama sekali. Mengurus persatuan adalah lebih bersifat khidmat
diri. Di sana wujudnya insan-insan yang berhati cekal yang merelakan diri
berkhidmat buat sahabat-sahabatnya yang lain.
Bukanlah
tujuan kedatangan mereka (baca: pimpinan) ke Jordan untuk berkhidmat dalam persatuan.
Aku yakin andai disoal tujuan kedatangan mereka. Pasti akan dijawab untuk
belajar. Oleh itu,tatkala kalian mengkritik pimpinan,kritiklah bersama cadangan
penambahbaikan. Jikalau dikritik dengan kritikan membunuh,pasti akan ada jiwa
terkorban.
Antara
Hak dan Tanggungjawab
“ Seorang
pelajar menuntut haknya untuk lulus peperiksaan sedangkan tanggungjawabnya
untuk hadir ke kuliah tidak dilaksanakan”
Kadang-kadang
kita terlalu menuntut hak kita sehingga terlupa tanggungjawab kita yang belum
dilksanakan. Berlaku adil lah!
Kita seringkali
bertanyakan di manakah hak kita. Namun kita juga selalu menutup tanggungjawab
kita yang belum terlaksana. Kita menuntut syurga tanpa beriman kepadaNya. Berlaku
adil lah!
Mungkin sebagai
muhasabah bersama di dalam persatuan supaya berlaku give and take. Tuntutlah
hak sebagai ahli dan laksanakanlah juga tanggungjawab sebagai ahli . Berikanlah hak
mereka sebagai pimpinan dan tuntutlah juga tanggungjawab mereka ke atas kita.
![]() |
GEN 18 |
Terima kasih
buat teman GEN-18 yang padu dibawah nakhoda Nihad Mat Nor dan Aisyah Che Sulong
bersama sahabat-sahabat yang lain. Satu gerak kerja dan ukhuwwah yang terbentuk
atas dasar iman pasti akan kekal selamanya. Selamat maju jaya buat GEN-19.
Yang benar,
Mantan Setiausaha Agung PRISMA 12/13
p/s : mendapat mesej untuk menulis tentang cara study. Mungkin sebab aku dapat anugerah hari tu. Anugerah apa yer??
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete