“ Macam
mana nak study. Baca buku tak faham ja”, adu seorang sahabat.
“
InsyaAllah Kheir. Teruskan baca. Kalau tak faham boleh tanya pensyarah”,balas
aku.
“Enta lain.
Enta takpa la.Tokoh Bestari. Pala otak terer. Ana bukan macam enta. Ana cap koman”,balas
sahabat merendah diri.
Aku
terfikir.
Beberapa
minggu yang lalu dinobatkan sebagai Tokoh Bestari. Mungkin pada pandangan
manusia,namun hanya Allah yang mengetahui siapa yang lebih bestari.
Kemudian,menerima mesej daripada beberapa orang sahabat memohon dikongsikan cara bagaimana untuk study.
Mind Setting
Apabila
disebutkan bagaimana cara untuk belajar atau memahami pelajaran,ia berkaitan
banyak perkara. Perkara pertama adalah berkaitan bagaimana kita melihat dan
mengiktiraf diri kita.
Manusia
dilahirkan dengan keadaan yang sama sepertimana disebut oleh Allah di dalam
Surah An-Nahl :
“Dan Allah
mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui
sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta
hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.”
Manusia dilahirkan dalam keadaan tanpa berpengetahuan. Tidak
wujud disana bayi yang dilahirkan mempunyai kemahiran membaca dan mengira
kerana sunnatullah telah mengatur peringkat kejadian manusia.
Namun,bagaimana manusia itu memanfaatkan pendengaran dan
penglihatan yang Allah berikan dalam usaha mendapatkan ilmu. Itulah yang
membezakan antara manusia. Sebahagian manusia melatih diri dengan sifat rajin
dan semangat yang tinggi dalam menuntut ilmu,sedangkan sebahagian yang lain
meletakkan satu tempurung menutup minda dari belajar.
Letakkan satu mind setting yang tepat sebelum kalian
memulakan pelajaran. Minda manusia mempengaruhi dalam kita mempelajari ilmu.
Jika kita meletakkan keyakinan untuk memahami ilmu demi Allah,nescaya Allah
akan memudahkan pembelajaran kita.
Suka untuk saya naqalkan kata-kata pensyarah yang saya
minati iaitu Doktor Hamad Hamid,katanya :
“ Kamu tidak memilih untuk lahir sebagai melayu. Kamu juga
tidak memilih untuk lahir sebagai Islam. Kamu juga tidak pernah memilih untuk
lahir dalam kalangan yang kaya atau miskin. Beribu bapakan seorang pensyarah
atau pesawah. Semua itu adalah ketentuan Allah dan kamu tidak ada hak untuk
memilih. Namun ,sekarang kamu diberikan pilihan samada hendak belajar dan
berjaya atau malas dan gagal. Di sini bermula pilihan kamu. Ramai daripada
Ulama terdahulu dari kalangan bangsa bukan Arab. Lihatlah imam Bukhari,Muslim
dan sebagainya. Mereka bukanlah dari kalangan bangsa Arab. Namun semangat dan
tekad mereka telah meletakkan mereka dikalangan insan yang dimuliakan Allah
s.w.t. Apa yang penting kamu harus rajin dan mempunyai semangat yang tinggi dalam
mengejar ilmu Allah”
Aku terkesan dengan kata-kata ini. Ayah aku bukanlah seorang
pensyarah mahupun graduan university. Begitu juga ibu ku. Namun aku yakin
dengan sunnatullah yang telah diatur dalam kehidupan ini.
Oleh itu,langkah pertama dalam mengejar ilmu Allah. Betulkan
mind setting. Setkan niat kerana Allah. Rajin dan kuatkan semangat.
![]() |
gambar hiasan |
p/s : sesungguhnya hamba ini tidak tahu bagaimana ingin
berkongsi cara study. Hanya insan yang dekat dengan diri ini mengetahui
bagaimana hamba study.
0 comments:
Post a Comment