Bismillahirrahmanirrahim..
Zohor tadi
saya sempat solat di masjid berdekatan rumah. Di sapa imam selepas solat. Lantas
bertanyakan kesediaan untuk mengimami terawih ramadhan ini.
“InsyaAllah,jahiz”,saya
menjawab.
Rupanya
Ramadhan dah dekat.
Saya menapak
pulang ke rumah. On kan laptop. Facebook.com laman pertama saya cecah. Terpampang
satu status. Dari sepupu saya. Entah mengapa hati ini teringatkan dia. Terutama
menjelang Ramadhan dan Hari Raya.
Saya
tinggal di rumah nenek sebelah ayah saya. Jarang pulang ke kampong sebelah emak.
Mungkin sebab itu saya lebih rapat dengan sepupu dan saudara sebelah ayah
berbanding sebelah emak.
Kami sebaya
walaupun secara hakikat umur saya tua setahun dari dia.
Saya selalu
dan akan sentiasa ingat.
Setiap kali
menjelang hari raya. Di akhir ramadhan,saya akan sentiasa menunggu. Menunggu bunyi
tayar kereta Perdana bernombor plat W..
Kadang-kadang
selepas subuh saya akan menjenguk ke luar rumah. Melihat kelibat kereta itu. Perasaan
akan menjadi girang tatkala dia datang.
![]() |
Keluarganya dan keluarga saya |
Keluarga
kami banyak bunga berbanding kumbang. Mungkin disebabkan itu saya amat rapat
dengan dia
.
Saya masih
ingat.
Setiap kali
dia pulang ke kampong ketika ramadhan,pasti ada “buah tangan” yang dibawa
bersama. Mercun bola,roket,ketupat,bunga api dan lain-lain lagi. Buah tangan
akan dibahagikan kepada dua bahagian. Dan malam itu kampong akan dinyanyikan
dengan lagu mercun.
Saya juga
masih ingat.
Pernah
sekali kami bermain mercun roket. Dan mercun itu terbang ke dalam rumah. Akibatnya
dia dimarahi oleh ibunya (arwah maklang). Saya seringkali terlepas dari
kesalahan. Mungkin kerana saya anak saudara kesayangan.
Saya juga
masih ingat.
Saat kami
mencari bahan-bahan meriam. Belerang dan sebagainya. Cuba melawan meriam dari kampong
seberang.
Masa cepat
berlalu. Sekarang banyak perkara berubah.
Saya sudah
tidak menjenguk ke luar mencari kelibat kereta Perdana lagi kerana saya tahu
saya berada amat jauh dari rumah. Saya juga sudah tidak reti untuk memahami
nilai dentuman mercun.
Masing-masing
sudah besar dan membawa diri mencipta identiti. Saya sebagai bakal ustaz di
Jordan dan dia sebagai bakal doktor di Mesir. Masa pantas berjalan merubah
segalanya.
Kelmarin
sempat bersembang dan berjalan-jalan sekitar Mafraq bersamanya apabila dia singgah sebentar dari
Mesir sebelum terbang ke Malaysia. Pulang untuk misi yang amat besar. Misi kehidupan.
Mungkin ini
Ramadhan dan Hari Raya terakhir sebelum dia bergelar suami orang. Suami kepada
seseorang.
Saya tak
sempat dan tidak berpeluang menyambut tarikh keramat bersamanya. Namun iringan
doa tidak pernah saya lupakan.
“Moga Allah
memberkati dan sentiasa memberikan petunjuk kepadamu dalam kehidupan”
Dia sepupu
terbaik yang pernah dan sentiasa saya ada.
Well done
bro.
0 comments:
Post a Comment