Assalamualaikum wbt..
Berikutan entry Respon Pertama yg saya tulis beberapa hari yang lalu. Ramai yg bertanyakan
kpd saya meminta penjelasan.
“Hg tak dak adab dgn nabi la” kata Mamat
“ Hg ingat senang ka nk bawa rambut nabi mai malaysia” kata
Mat
“Hg tak sayang nabi
ka” soalan padu
Saya tersenyum.
Sayang Nabi S.A.W.
Sahabat-sahabat yg saya muliakan,
Persoalan berikut hanyalah persoalan furu’ dan bukanlah
persoalan asas. Persoalan asas di sana adalah bagaimana kita bertaamul dengan
nabi S.A.W. Samada dengan atharnya mahupun sunnahnya.
Saya tidak sesekali menafikan tabarruk atau mengambil berkat
itu wahai sahabat. Tetapi persoalan menjadikan ia sebagai bahan promosi dan
jual beli. Itu yang saya nafikan.
Andai saya tidak menyayangi nabi,apa gunanya saya datang ke
Jordan mempelajari sunnah dan warisan yang ditinggalkannya.
Soalan itu tidak patut ditanya.
Soalan sebenarnya yang perlu ditanya adalah apa yang kau
lakukan untuk buktikan cinta kau kepada Nabi S.A.W.
Saya buktikan cinta kepada nabi dengan mengikuti apa yg
disampaikan di dalam risalah kenabiannya. Apa yang disuruh dan apa yg
dilarang.Berselawat kepadanya. Bertaamul sebaiknya dengan sunnah dan atharnya.
Sahabat-sahabat,
Sekali lagi saya ingin tegaskan.
Tabarruk itu tidak salah.
Menjual beli tabarruk itu yang saya anggap salah.
“Hg ingat sapa nak bg barang free lani. Nak minum air zam
zam pon kena bayaq” Salim mencelah.
Saya tersenyum sekali lagi.
Pertama,buktikan dulu bahawa ia adalah athar nabi S.A.W yang
asli kerana air zam zam itu terbukti dari telaga yg sama.
Kedua,adakah proses dan peralatan menghasilkan sebotol air
celupan itu memakan jumlah kewangan yang besar sepertimana membotolkan air zam
zam.
Bahkan,bayaran terhadap air zam zam pon kadang-kadang
dikritik oleh kita.
“Mahal la air zam zam. Bagi free tak boleh ka”
“Nak free pi minum kt masjid” jawab Tok Siak.
Bersatu dan Hindari Perpecahan
Sahabat-sahabat,
Saya khuatir suatu masa akan datang,muncul mereka mereka yg
berniat jahat terhadap agama. Mempromosikan simbol untuk mengalihkan pandangan
kita dari subtances.
Untuk apa kita berbalah tentang helaian rambut nabi S.A.W
sedangkan diluar sana masih ramai anak muda tidak mengenali Baginda.
Masih ramai anak muda yang tidak tahu berselawat kepada
Baginda.
Cukuplah.
Ummat sudah letih dan penat melihat gelagat para
ustaz. Ustaz yang mampu mengajar ummat tentang tarikh peperangan Badar dan
jumlahnya ahlinya. Tetapi tidak mampu mendidik ummat untuk mengikut jejak
langkah ahli Badar. Beramal dan beriman seperti ahli Badar.
Kini semakin ramai ustaz-ustaz yang mempromosikan makanan
yang dibacakan Al-Quran padanya. Dijampi katanya.
Saya tak nafikan keseluruhannya. Bahkan insan insan seperti
Dr Haron Din terkenal dengan kaedah perubatan Islamnya amat saya hormati.
Bahkan keluarga saya turut menggunakan khidmat beliau.
Tetapi apabila ada insan insan yang melihat keuntungan dari
ruang ini cuba meraih untung atas nama agama,saya agak terkilan.
Jikalau orang cina yang kufur itu mampu maju dalam
perniagaan tanpa mempromosikan nama Tuhan mereka. Alangkah sedihnya kita
terpaksa meletakkan nama agama untuk maju dalam perniagaan.
Sahabat-sahabat,
Alangkah baiknya jika kita menumpukan usaha dan perhatian
kita kepada isu yang lebih besar.
Isu negara. Bagaimana untuk memahamkan anak muda tentang
Islam. Bagaimana untuk mencegah Syiah yang semakin merebak. Bagaimana ingin
menjadikan negara kita aman dan makmur.
Isu sejagat. Bagaimana kita harus memberikan sokongan penuh
terhadap isu di Mesir dan Syria. Apakah yang perlu kita sumbangkan buat mereka.
Ingatlah bahawa musuh Islam sentiasa mengamalkan sistem
pecah dan perintah. Memecahkan kita kepada negara negara kecil. Memecahkan kita
kepada sunni dan syiah. Memecahkan kita kepada sufi,salafi dan wahabi atau
sebagainya. Memecahkan kita kepada Hanafi,Syafie,dan sebagainya.
Mengalihkan perhatian kita daripada perkara cabang kepada perkara yang lebih besar.
Moga Allah merahmati kita semua.
tazkir_zikran@yahoo.com
3.30 am
22 Julai 2013
bila tuan mursyid nak update..saya menunggu2 post dari tuan
ReplyDeletedh update
Delete