Assalamualaikum wbt..
Beberapa minggu yang lepas,saya diberikan peluang untuk
membedah sebuah buku sempena Seminar Syiah yang dianjurkan oleh Persatuan
pelajar di sini. Saya bukanlah hebat dan tahu semua tentang syiah,namun cuba
berkongsi apa yang diketahui dan persediaan sebelum pulang ke Tanah air.
![]() |
Bersama pembentang kedua Us Rozaimi |
Kebelakangan ini isu Syiah di Malaysia semakin panas. Saya
yakin perkara ini sudah lama bertapak tetapi hanya kepanasan kebelakangan ini.
Mereka semakin berani dan bertambah berani.
Buku yang dibedah bertajuk “Alkhumainiyyah : Ganjil pada
akidah dan pendirian”. Sebuah buku yang ditulis oleh Syeikh Said
Hawwa,tokoh gerakan Islam Syria. Ditulis sekitar tahun 80-an. Selepas Revolusi
Iran 1979. Boleh didapati dalam bentuk pdf,just search and download it.
Diceritakan bahawa tatkala Iran Berjaya dalam
revolusinya,umat Islam bersorak dan menyatakan “Inilah masa kebangkitan Islam”.
Ramai yang terkesan dengan revolusi ini termasuk gerakan Islam di Syria. Oleh
itu,Syeikh Said Hawwa cuba menyelidiki dan melihat “kejayaan” revolusi ini
dalam hakikat sebenar. Selepas mengetahui hakikatnya dan apakah sebenarnya
Syiah dan Khomeini,maka beliau menulis maqalah ini dengan tujuan memberi
peringatan kepada manusia tentang kedasyatan dan hakikat sebenar Khomeini dan
syiah.
Mungkin pada masa tersebut belom wujud media massa seperti
sekarang,Facebook,twitter,blog dan sebagainya. Oleh itu,tidak hairan lah ramai
yang terpengaruh dengan kejayaan palsu tersebut.
Siapakah Khomeini?
Khomeini adalah tokoh yang menggerakkkan dan menjayakan
revolusi ini. Untuk maklumat peribadi,kalian boleh search sendiri. Khomeini
merampas Iran daripada kuku besi pemerintahan Shah Iran ketika itu yang
dipimpin oleh Shah Pahlavi.Revolusi yang memakan masa sekitar 2 tahun
membuahkan hasil sehingga memaksa Shah Pahlavi keluar daripada Iran dengan
alasan percutian. Khomeini yang ketika itu dalam buangan di Perancis pulang ke Iran dan disambut oleh ribuan
penyokongnya di sana. Khomeini mendapat sokongan ribuan penyokong dengan
melaungkan ingin mendirikan kerajaan Islam dan menjalankan hukum Allah.
Laungannya disambut dan didokong oleh ribuan penduduk Iran. Hasilnya,Khomeini
menjadi Pemimpin Agung yang pertama dalam pemerintahan selepas Revolusi Iran.
![]() |
Khomeini |
Buku Ini
Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian atau part besar
iaitu Perbincangan tentang keganjilan Khomeini dari sudut akidah,dan yang
kedua perbincangan tentang keganjilan Khomeini dari sudut pendiriannya terutama
dalam sudut politik.
Dalam Part pertama,penulis meletakkan 8 point penting dalam
mengulas tentang isu akidah Khomeini.
1.
Ghuluww (Melampau)
dalam mengagungkan Imam-imam mereka.
Khomeini dan Syiah begitu mengagungkan
Imam-imam mereka. Harus jelas di sini bahawa Syiah yang dianuti olehnya adalah
Syiah Isna Asyariah iaitu Syiah yang berpegang kuat dengan kemaksuman imam
mereka yang dua belas. Bahkan mereka menganggap Imam setaraf dengan para Nabi
bahkan lebih tinggi dari itu. Mereka menyarung pakaian maksum iaitu tidak
melakukan dosa dan tidak salah terhadap para Imam mereka. Sepertimana yang kita
serba maklum bahawa sifat maksum hanya milik para Nabi yang dianugerahkan oleh
Allah. Tetapi mereka begitu taksub sehingga menganggap Imam mereka maksum.
Bahkan di dalam kitab usul kafi tulisan Al kulaini (ahli hadis di sisi Syiah
seperti Imam Bukhari) menyatakan bahawa Imam mereka mengetahui yang ghaib.
Setiap perkara atas mukabumi tidak akan berlaku kecuali dengan pengetahuan imam
dua belas. Amat dasyat pemikiran seperti ini.
2.
Mengatakan bahawa
Al-Quran tidak lengkap.
Apabila berbicara tentang Al-Quran,kita
maklum bahawa ia adalah sumber dan masdar terbinanya Islam di atasnya. Setiap
perkara di sisi umat Islam adalah berdalilkan Al-Quran,sunnah,Ijmak dan
Qias.
Tetapi Khomeini dan syiah ini menganggap
Al-Quran ini tidak lengkap. Dan dinyatakan oleh Alkulaini dalam kitabnya bahawa
di sisi mereka terdapat Al-Quran yang dinamakan Al-Quran Fatimah. Mereka
mengatakan Al-Quran sekarang sudah diseleweng dan Al-Quran Fatimah adalah
Al-Quran sebenar. Jika mereka dengan jelas menolak sumber dan masdar pertama
terbinanya Islam,bagaiamana kita mampu memikirkan untuk mengadakan taqrib
dengan mereka. Mereka dengan jelas menolak masdar umat Islam yang dipegang
teguh oleh kita dengan kesohihan dan terjaganya Al-Quran ini.
3.
Pendiriannya
terhadap Sunnah Nabawi
Dalam bab Sunnah Nabawi,harus difahami
bahawa ia adalah masdar (sumber) kedua bagi umat Islam. Begitu banyak perkara
dalam bab Ibadat dan Aqidah yang bersumberkan dari sumber ini.
Mereka menolak semua hadis atau sunnah
kecuali yang diriwayatkan oleh Ahli Bayt. Sebarang hadis yang tidak
diriwayatkan oleh Ahli Bayt ditolak oleh mereka. Mereka dalam bab Sahabat R.a
(insyaallah akan saya ulas selepas ini) menganggap semua sahabat murtad kecuali
beberapa orang. Apabila sahabat dianggap murtad,maka periwayatan hadis oleh sahabat
secara automatic tertolak. Oleh itu,bagaimana hendak terbinanya Islam tanpa
hadis dan sunnah yang diriwayatkan oleh para sahabat. Begitu pelik akidah
mereka.
Untuk point seterusnya akan saya sambung
dalam penulisan seterusnya…
0 comments:
Post a Comment