Hukum dan
aplikasi terhadap hukum.
Ia adalah dua perkara yang berbeza
dan perlu dibezakan. Hukum adalah satu perkara yang istiqlal,aplikasi terhadap
hukum pula adalah sesuatu perkara yang lain.
Apakah itu hukum? Apakah pula
aplikasi hukum?
Hukum itu adalah sesuatu perkara
samada suruhan atau larangan yang dijelaskan oleh nas terhadap kita. Contoh :
Hukum Qisas,hudud jelas kewajipan di dalam Al Quran. Hukum solat adalah wajib.
Oleh itu,hukum adalah satu perkara yang sabit dan dijelaskan oleh nas.
Aplikasi hukum pula adalah bagaimana
kita cuba melaksanakan hukum itu terhadap masyarakat. Samada terhadap individu
tertentu atau masyarakat dikawasan tertentu.
Setiap indinvidu atau masyarakat
pasti mempunyai unsur dan suasana yang berbeza,pasti membawa kepada perubahan
cara dalam melaksanakan hukum. Solat orang yang di dalam perang tidak sama
dengan solat orang yang berada di dalam keadaan aman. Begitu juga,hukum hudud
mahupun qisos jika diaplikasikan tanpa melihat secara terperinci sudah pasti
mendatangkan fitnah terhadap agama.
Oleh itu,muncul satu ilmu iaitu ilmu
maqasid. Maqasid adalah bagaimana kita cuba melihat tujuan setiap perkara dan
syariat dilaksanakan. Contoh,tatkala kita mengatakan pada Qisas itu adanya
kehidupan iaitu kehidupan terhadap mujtamak (masyarakat). Maka, keamanan dan
kehidupan terhadap masyarakat itu adalah maksud atau tujuan syarak.
Maka,kita harus berusaha dalam
mengaplikasi hukum Qisas supaya tujuan dan maksud syarak tercapai. Sekiranya
sesuatu hukuman itu diaplikasikan dan tidak mencapai maksud syarak,sudah tentu
di sana terdapat satu kelompongan dan kekurangan dalam mengaplikasi hukum
tersebut. Akhirnya akan membawa fitnah terhadap Islam itu sendiri.
Kata Imam Syatibi : Seseorang itu
mampu berada dalam tahap berijtihad sekiranya mampu menguasai dua perkara :
Pertama : Memahami maqasid syariah
secara keseluruhannya
Kedua : Kemampuan untuk mengeluarkan
sesuatu hukum berdasarkan pemahamannya terhadap perkara tersebut.
Kesimpulan ringkas yang dapat saya
sebutkan di sini,dalam suasana zaman sekarang,kita harus membezakan antara
hukum dan juga aplikasi terhadap hukum. Kita jelas bahawa hukum hudud itu
wajib. Barangsiapa ingkar tentangnya sudah tentu berada dalam lingkungan mereka
yang menolak hukum Allah. Akan tetapi aplikasi terhadap hukum hudud pula adalah
sesuatu yang berbeza. Ia memerlukan kepada kefaqihan dan pemahaman yang teliti
terhadap nas dan juga waqie (reality semasa). Mungkin boleh dikatakan hukum
hudud perlu diteliti dalam sudut aplikasi untuk dilaksanakan,bukan mengingkari hukum tersebut. Tetapi
melihat kepada kesan dan aplikasi terhadap hukum tersebut. Kerana setiap
aplikasi dan tatbiq terhadap sesuatu perkara sudah pasti memberi kesan dan
impak kepada Islam. Dalam mengejar maksud dan tujuan syarak,harus dijauhi
fitnah terhadap Islam.
Wallahua'lam
tazkir_zikran@yahoo.com
1 Okt 2013
Mafraq,Jordan
0 comments:
Post a Comment