Di dalam
kuliah Universiti
Dia seorang
pelajar yang baik,bijak serta pandai berkata-kata. Aku seringkali timbul rasa
dengki atas kebijakan serta kepandaiannya. Bahkan dia dipuji oleh para doktor
di universitiku. Namun hari ini dia meluahkan sesuatu yang aku rasa agak
terkejut.
Katanya :
“
Doktor,aku rasa amat payah dan sukar untuk membaca kitab. Dan pelajaran yang
aku lalui sebelum ini seolah-olah hanya hafalan semata-mata. Tidak difahami
secara terasnya dan aku rasa aku tak mempelajari apa-apa. Macam mana aku nak
atasi perkara ini.”
Di
kantin Universiti
Dia seorang
pelajar yang hebat. Menghafal Al-Quran,lancar bercakap arab serta petah
berkata-kata. Dia juga pelajar tahun akhir di Universiti,sudah tentu ilmu
setinggi langit. Namun suatu hari dia meluahkan sesuatu yang menjadikan
neuronku ligat mencari jawapan.
“Walaupun
dah 4 tahun di sini,namun ana rasa macam x tahu apa-apa. Kosong je. Kadang-kadang
orang tanya soalan pon terkapai-kapai nak jawab”
Mengapa
perkara ini berlaku?
Kata
guruku,Profesor Doktor Ziyad,
“Kamu
jangan fikir hanya dengan segulung ijazah yang bernama Syariah sudah cukup
untuk kamu menjadi Alim. Kamu jangan fikir hanya dengan tiga subjek tafsir sudah
cukup menjadikan kamu mufassirin. Kamu jangan sesekali fikir bahawa dengan
membaca sebuah kitab Fiqh Syafie,kamu bergelar imam mujtahid. Sedarlah. Ini
hanyalah kunci untuk kamu memasuki pintu Ilmu. Tahap Ijazah sarjana muda ini
hanyalah satu kunci untuk kamu mengetahui bagaimana untuk bermuamalah dengan
ilmu. Ijazah ini tidak mampu memberikan kamu semua ilmu yang kamu inginkan.
Tetapi,ia adalah satu kunci dan kamu harus berusaha dengan ketekunan serta
istiqamah untuk menjadi seorang yang alim”
Aku tersenyum.
“ Wahai
Atiq,kenapa kau ketawa?”
"Aku tak ketawa. Aku senyum",balasku.
Doktor turut tersenyum.
Doktor
menyambung:
“ Antara
punca kamu payah dan sukar membaca dan memahami adalah kerana kurangnya
kemahuan untuk membaca. Kamu lebih suka berada dihadapan Facebook dan
perkara-perkara lain. Kamu hanya berada di hadapan buku pada malam
peperiksaan. Kamu membazirkan masa dengan perkara yang tak berfaedah dan melalaikan sedangkan ummat perlukan kamu untuk memimpin mereka. Kedua,kamu kurang membaca bacaan yang membentuk pemikiran. Kamu lebih
menumpukan bacaan kitab universiti semata-mata dan tidak membebaskan pemikiran
kamu untuk bacaan yang lain.Bacalah berita semasa,suasana dan perkembangan negara,pengetahuan am dan sebagainya yang mampu menambah tsaqafah dan pengetahuan kamu dalam membentuk kamu menjadi seorang pemikir dan bukan penghafal semata-mata. Ketiga,tatkala kamu bertemu dengan kesukaran untuk
memahami apa yang kamu baca,kamu terus berhenti dari membaca. Bukankah dahulu
sewaktu di darjah satu kamu juga tidak memahami,namun kamu terus cuba memahami dan
akhirnya berjaya. Dan sekarang kamu sudah bergelar pelajar Universiti,mengapa kamu berhenti tatkala tidak memahami?".
Ini
hanyalah permulaan dalam satu musafir ilmu. Kadang-kadang perasaan tidak tahu
menghantui diri. Dan aku harus membebaskan diri dari perasaan itu. Jadikanlah
membaca sebagai ubat untuk masalah ini. Teruskan membaca dan belajar kerana insan
tidak dihukum atas perkara yang tidak diketahuinya.
Kepayahan
dan kesusahan dalam pelajaran umpama sebuah tembok besar dan tinggi yang harus
diatasi. Teruskan mendaki dan mendaki. Di sebaliknya pasti kau temui erti
sebuah kefahaman. Ketahuilah,kita ummat membaca. Ya. Kita ummat IQRA’.
0 comments:
Post a Comment