Monday, 11 February 2013

Memori : Cerita Sebuah Rumah


Sebenarnya aku sudah post satu artikel (PERTAMA) pada pagi tadi. Post-post berikutnya sepatutnya diletakkan dalam tempoh mendatang. Namun atas satu perkara yang penting aku rasakan. Ingin aku post sekali lagi. Kali ini tentang cerita sebuah rumah.Begini ceritanya.

Di sebuah penempatan terdapat sebuah keluarga yang besar. Terdiri dari ayahanda,bonda,abang long,dan macam-macam lagi. Mereka hidup aman damai. Cuma masalah berlaku apabila family ini tidak mempunyai rumah khas untuk melakukan aktiviti mereka. Kadang-kadang mereka menumpang di tempat orang lain dan menjadikan kehidupan ceria namun kurang selesa.

Bermulalah pencarian sang ayah dan abang long serta adik beradik yang lain. Mereka mencari sebuah rumah yang mampu memberi kebahagian penuh buat mereka. Bermula dengan pencarian rumah. Semua tempat di survey. Dari utara ke selatan. Dari timur turun ke barat. Akhirnya bertemu sebuah rumah yang sederhana namun mampu menjanjikan ketenangan dalam beraktiviti. Namun masalah kewangan pula menimpa. Abang long dan ayahanda ke hulu ke hilir mencari dana supaya anak-anak mampu selesa di rumah sendiri. Berjumpa ketua kampung,JKKK,wakil rakyat ,tok imam dan pelbagai lagi dalam proses menjana dana untuk rumah tersebut.

Alhamdulillah,sekarang sudah setahun mereka menghuni rumah itu. Pelbagai aktiviti dilakukan bersama. Ukhuwwah semakin erat. Ketenangan semakin dirasa. Penat lelah ketua keluarga memberi kesan yang besar terhadap keluarga itu. Seharusnya anak-anak berterima kasih atas jasa mereka.

Ini mungkin satu cerita realiti tetapi dikartunkan sedikit. Ini adalah cerita sebuah keluarga iaitu KELUARGA PRISMA. Rumah itu adalah Bayt PRISMA. Dan watak ayahanda,abang long dan pimpinan-pimpinan lain adalah Pimpinan PRISMA sesi 2011/2012.

Mr Presiden  2011/2012 : Mohd Fikri 


Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa penubuhan Bayt Prisma bukanlah satu gerak kerja yang mudah. Mereka ke hulu ke hilir mencari rumah,mencari dana dalam merealisasikan Rumah untuk Keluarga PRISMA. Kertas kerja dicetak dan diedar dalam memastikan kelangsungan dana. Pelbagai gerak kerja dilakukan oleh pimpinan dan sekarang hasilnya dapat dinikmati bersama. Oleh itu,amat wajiblah untuk kita mengenang jasa yang dilakukan oleh pimpinan terdahulu.

Sekarang BAYT PRISMA sudah berumur setahun bermula tarikh dirasmikan oleh Datuk Duta Abd Malik Abd Aziz pada tarikh 11 Februari 2012. Pengerusi a.k.a penjaga BAYT PRISMA,Muhammad Iqbal sudah dua sesi menjawat jawatan ini (Murakib terbaik kowt).

Perasmian Bayt Prisma


Aku dengan rendah hati berterima kasih kepada mereka iaitu pimpinan PRISMA 2011/2012 :

Mohd Fikri bin Mohd Khusaini (PRESIDEN)
Syahirah Muhammad ( KH)
Fakhrulhadi milatusamsi (TIMBALAN PRESIDEN)
Syahidah shaari (Timb KH)
Khomeini kamal (SU AGONG)
Fatimah Az Zahra (Timbalan SU AGONG)
Nihad Mat Nor ( Bendahari)
Munirah zakaria (Timbalan Bendahari)
Dan barisan AME yang lain…

Barisan Pimpinan 2011/2013


HAPPY ANNIVERSARY
SANAH HELWAH
SELAMAT ULANG TAHUN
~UNTUK BAYT PRISMA~


p/s : Sebarang  pertanyaan  dan  pengurusan yang  melibatkan  persatuan bolehlah  merujuk  kepada
Education Malaysia Jordan (EMJ) atau terus menghubungi kami dalam butiran di bawah:

Setiap sumbangan melalui cek diatas nama:

Director of Malaysian Student Department 

Dan dialamatkan kepada:
Education Malaysia Jordan,
24, Mohd Baseem Al-Khamash Street,
Sweifieh, P.O Box 14330,
Amman 11185,
Jordan.

ATAU

No Akaun Presiden (Maybank) :103016170111 

ATAU 

Hubungi kami:

Persatuan Mahasiswa Malaysia Al al-Bayt (PRISMA),
Al al-Bayt University,
25113 Mafraq, 
The Hashimite Kingdom of Jordan.

Presiden.
Saudara Nihad Bin Mat Nor
No Telefon: +962777184663
E-mail : nihadmatnor@yahoo.com

ATAU

Setiausaha Agung.
Saudara Atiqullah Mursyid Bin Abdul Halim
No Telefon : +962777839655
E-mail : tazkir_zikran@yahoo.com

ATAU
Bendahari Agung.
Saudara Mohammad Turmizi Bin Humaidi
No Telefon : +962775821015
E-mail : tur_turmizi@yahoo.com
ATAU

Ketua Helwi.
(Hal Ehwal Siswi)
Saudari Siti Aisyah Che Sulong
No Telefon: +962775365996
E-mail:nur_jihad07@yahoo.com

Bayt Prisma dipenuhi salji


Bayt Prisma jauh di Dhubbat,
Berjalan kaki penat lah juga,
Budi kalian sentiasa ku ingat,
Moga dibalas Tuhan dengan sebaiknya.


tazkir_zikran@yahoo.com
11022013
1533

Sunday, 10 February 2013

PERTAMA KE-7 : Pemahaman terhadap Politik


Assalamualaikum wbt..

Salam bahagia dan salam ceria..

Alhamdulillah,diberi kesempatan masa untuk menulis dan mencoret di laman maya yang tidak bertinta. Beberapa hari yang lalu,aku sempat mengikuti Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Sejordan (PERTAMA) yang membincangkan tentang Siyasah Syari’yyah. Satu perbincangan yang amat menarik. Pembentangan oleh Prof Madya Dato’ Dr. Asri Zainul Abidin (MAZA),Dr. Maszlee Malik, Us Rozaimi,Us Anhar Opir dan Prof Madya Dr Azidan (Pengarah EMJ) selama dua hari dua malam memberi idea-idea yang bernas serta matang buat peserta.

Memang tidak dapat dinafikan. Pembentangan 7 kertas kerja selama dua hari tidak mampu menjadikan aku sebagai seorang yang pakar dalam bidang siyasah ini. Seperti mana yang disebutkan oleh Dr Ziyad Dighamin (Pensyarah Univ Albayt) tatkala memulakan kelas pertama kali. Katanya ,”Kamu semua jangan fikir hanya dengan selesai 3 madah tafsir dan beberapa bacaan kitab muqarrar dapat menjadikan kalian mufassirin. Ini hanyalah pintu serta kunci untuk kalian mendalaminya”. Oleh itu,aku menganggap perbincangan serta pembentangan selama dua hari itu hanya pintu masuk ke dalam satu ilmu yang dinamakan SIYASAH SYAR’IYYAH.


Panelis PERTAMA ketujuh


Siyasah Syar’iyyah

Apa itu siyasah syar’iyyah? Bagaimanakah cara berinteraksi dengannya? Adakah di sana satu kaedah atau formula yang disusun untuk membentuk bidang ilmu ini?

Siyasah menurut Ibnu Aqil :

“Politik ialah sesuatu tindakan yang menjadikan manusia paling hampir kepada kebaikan dan menjadikan mereka paling jauh kepada kerosakan walaupun ia tidak dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan tidak diturunkan oleh wahyu”.

Ini adalah salah satu takrifan dari takrifan yang pelbagai oleh para ulama’. Banyak lagi takrifan yang lain,Cuma aku begitu tertarik dan mudah difahami dengan takrifan ini. Dengan makna yang lain,siasah (politik) adalah satu perkara yang dilakukan oleh manusia yang membawa MASLAHAT meskipun perkara itu tiada wahyu tentangnya.

Secara asasnya,ilmu ini sudah wujud 1400 tahun yang lalu. Namun penamaan atau pemberian nama yang khusus baginya hanya hadir pada era ini. Siyasah sudah lama dipraktikkan oleh Nabi S.A.W dan para sahabat,manakala teori dalam bentuk formula serta kaedah yang disusun dalam satu ilmu hanya hadir selepas itu.

Sebelum masuk dan mendalami bidang ini. Satu perkara harus difahami. Syariat Islam datang datang dalam pelbagai bentuk dan dibahagikan kepada 3 perkara utama :

   (1)  Aqidah
        (2)   Ibadat (muamalah dengan Allah)
        (3)   Muamalat

Setiap perkara yang berkaitan dengan aqidah dan ibadat adalah bersifat tawaqquf iaitu tidak dibenarkan kecuali ada dalil tentang keharusannya. Manakala muamalat adalah satu keluasan yang diberikan oleh Allah iaitu ianya dibenarkan kecuali ada dalil yang mengharamkannya. Dan siyasah ini adalah satu elemen di dalam muamalah ini.

Bagaimana untuk memahami  dalil siyasah?

Al-Quran datang kepada insan sebagai petunjuk ke arah kebenaran. Insan juga dibekalkan akal untuk memberi penilaian terhadap sesuatu. Dalam memahami keadilan Tuhan,maka dua asas ini adalah satu alat timbang dalam merasionalkan pemahaman insan.

Tidak dinafikan bahawa di sana terdapat dalil-dalil dari Al-Quran dan sunnah yang memberi pelajaran umum buat manusia tentang erti siyasah (politik). Namun,disana juga terdapat beberapa perkara yang tidak ada padanya nas atau dalil dari Al-Quran dan sunnah padanya. Oleh itu,kebanyakan para ulama’ melihat dan memberikan kaedah umum tentang politik ini.

Politik Islam adalah berasaskan mendatangkan MASLAHAT atau menolak MUDHARAT untuk ummat. Al-Izz bin Abd Salam di dalam kitabnya,Qawaid Al-ahkam mengatakan :

“Sesungguhnya kami mengetahui daripada (memerhati) sumber-sumber syara’ bahawa yang dituntut oleh Syara’ ialah (mendatangkan) kemaslahatan hamba dalam urusan agama mahupun dunia”.

Oleh itu,dapat difahami bahawa Islam membawa asas kemaslahatan untuk ummat. Dan setiap perkara yang bertentangan dengan maslahat atau yang membawa mudharat untuk manusia adalah bukan dari Islam.

Antara literal dan maqosid

Seperti dinyatakan sebelum ini bahawa siyasah adalah salah satu elemen dari Muamalah. Dan disana ada perkara yang datang dalil padanya,ada juga yang tiada dalil padanya.

Namun,terdapat dalil yang secara zohir membawa ke arah mudharat terhadap insan dan menunjukkan kesempitan di dalam Islam. Seperti hukum mentaati pemerintah walaupun dipukul belakang,dirampas harta dan sebagainya. Tatkala melihat hadis secara zohir,seolah-olah Islam menyokong kezaliman pemerintah terhadap rakyat. Sedangkan kezaliman itu adalah satu unsur yang ditentang oleh Islam kerana Islam meletakkan keadilan sebagai asasnya.

Oleh itu,terdapat beberapa syarat dalam memahami dalil tentang politik :
  
         (1)   Haruslah hadis itu bersifat Sohih
         (2)   Memahami dalil politik berdasarkan maqasid syariah
         (3)   Membezakan dalil politik yang boleh difikirkan illahnya dengan dalil yang tidak boleh difikirkan illahnya
         (4)   Membezakan objektif dan wasilah
         (5)   Memahami sistem semasa
         (6)   Melihat kesan dan akibat terhadap setiap tindakan

Mungkin agak panjang untuk menerangkan setiap satu syarat-syarat ini. Dan ini bukanlah semata-mata syarat yang diletakkan dan disana terdapat pelbagai syarat yang harus diteliti. Cuma terdapat dua perkara yang ingin ditekankan iaitu memahami politik berdasarkan maqasid dan melihat kesan terhadap sesuatu tindakan.

Setiap dalil berkaitan politik harus diteliti dari sudut maqasidnya (objektif/tujuan). Kadang-kadang sesuatu dalil secara zohir menunjukkan seolah-olah Islam menyokong kezaliman. Oleh itu,dalil itu harus diteliti dari sudut maqasidnya kerana mustahil Islam akan menyokong kezaliman. Mungkin disana terdapat perkara yang tersembunyi maksudnya dan tertutup tujuannya. Justeru,setiap pemahaman yang bercanggah dengan Maqasid syariah adalah batil.

Ma’lat (kesan) terhadap sesuatu perkara

Setiap perkara atau tindakan yang ingin dilakukan tidak semata-mata terikat dengan dalil. Ianya harus dilihat dari sudut kesan dan akibat. Jika dilihat sirah Nabi S.A.W akan didapati banyak perkara dan tindakan baginda adalah berdasarkan pemerhatian kesan mendatang seperti tidak membunuh orang munafik,tidak membina kaabh seperti zaman Nabi Ibrahim A.S. Al-syatibi menyatakan di dalam kitabnya Muwafaqat :

“Melihat kepada kesan sesuatu perbuatan adalah muktabar dan dituntut pada syara’”.

PERTAMA yang Ketujuh

Biarpun hanya dua hari bersidang,banyak input dan cetusan idea aku perolehi. Coretan ini mungkinlah secebis yang masih mampu diingati. Perbincangan tentang suasana politik Malaysia,system politik masakini,hudud : aplikasi dan kesannya dan pelbagai perkara lagi tak mampu ku coret dalam masa yang terhad ini. Mungkin pemahaman ringkas terhadap maksud siyasah (politik),cara berinteraksi dengan dalil-dalil politik dan cara aplikasi siyasah adalah kunci dalam mendalami dan menerokai bidang ini.

Logo PERTAMA kali ini


Kesimpulan
Politik adalah juzuk dan sebahagian dari Islam dan ianya tidak dapat dinafikan. Islam telah menyediakan kaedah dan formula dalam mengurus tadbir manusia. Setiap perkara yang membawa maslahat dan menolak mudharat,maka Islam mengiktirafnya biar dari siapa pun jua. Kehidupan manusia berkait rapat dengan politik. Samada politik dalam mengurus diri sendiri,mengurus keluarga,mengurus persatuan dan masyarakat. Pastikan kunci ini yang kalian dapat di PERTAMA digunakan sebaik mungkin dan tidak disimpan hingga berkarat.


 tazkir_zikran@yahoo.com
11022013
0845

Thursday, 7 February 2013

This is My Senior


Assalamualaikum wbt..

Salam sejahtera salam bahagia..

Semalam,Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Al-alBayt,Jordan (PRISMA) mengadakan Majlis Khirij sempena meraikan senior-senior yang telah bergelar graduan universti semester yang lepas. Terasa cepat masa berlalu. Terasa bagai semalam baru bersua muka,bertemu mata,berjabat tangan,berbual mesra. Kini mereka bakal pulang berbakti di tanah air tercinta.

Tarikh 12 September 2010 masih aku ingat. Tarikh aku menjejakkan kaki ke Jordan. Mereka lebih awal  tiba di sini. Masih teringat senyuman mereka menyambutku sebagai pelajar baru. Sudah 3 tahun semua itu berlalu. Semua akan kekal sebagai kenangan yang tak mampu diulang kembali.

Mereka terlebih dahulu mengenal kehidupan di Jordan. Mungkin mereka lebih awal mengenali  doctor-doktor di Pusat Bahasa (Markaz Lughah) yang baik hati serta peramah. Mereka juga mungkin terlebih dahulu merasakan bagaimana harus beratur panjang dan lama di Qabul Tasjil semata-mata ingin membayar yuran. Mungkin mereka telah dilempar batu lebih awal oleh kanak-kanak nakal ditepi jalan. Mungkin gelaran “Ali Baba” sudah lali ditelinga mereka. Doktor-doktor di bangunan kuliah mungkin sudah mereka arif dan kenal cara pengajarannya. Kantin ghazali mungkin sudah lama menjadi tempat berbual bicara dan berkongsi rasa. Juga tempat lakunya nasi lemak (khas untuk muin).

Empat tahun mungkin bagi mereka adalah satu masa yang singkat namun tak mampu diceritakan dengan kata-kata mahupun tulisan kata. “Niat dihati ingin tetap di sini,namun keluarga di sana sudah lama menanti”. Mungkin itu suara hati mereka. Moga cerita suka dan duka kekal terpahat dihati dan ukhuwwah antara kita sentiasa bersemi.


Khairol bin Mokhtar : Senior a.k.a ahli rumah


Aku doakan buat kalian :
Ya Allah,Kau berkatilah ilmu yang telah mereka pelajari.
Ya Allah,jadikanlah mereka insan yang berbakti buat tanah air dan agama MU ini
Ya Allah,jadikanlah keterikatan ukhuwwah antara kami kekal selamanya atas jalan tauhidMu
Sungguh!!! Tak mampu ditulis di sini segala doa yang ingin kupinta. Ya Allah,Kau jadikanlah mereka insan yang bahagia di dunia dan akhirat.

My Presiden,Fikri Khusainy
Kiri: Alif (Mat Lip), Fakhrulhadi (Pakok),Syawal,Izzat (Pokjat),Afiq

Aisamuddin (khirij) bersama sahabat baik Zulhilmi


Kak Safarah a.k.a bekas Timbalan SU MPKJ bersama adik dia,Syafiq

Izzat (Pokjat) dengan baju graduasi

Abdul Muin (muin)

Pelajar Mumtaz. Senior MTAQ n Albayt (Fakhruddin)

Hisyamuddin. Senior Usuluddin a.k.a Ahli rumah

Pemain Badminton Jamiah. Salam Ganung 

Semalam Majlis Khirij…. Esok Pehimpunan Tahunan Mahasiswa Malaysia Sejordan  (PERTAMA)… JOM!!


07022013
1620

Tuesday, 5 February 2013

SATU PEMAHAMAN : BERJUMPA NABI S.A.W

Assalamualaikum wbt..

Beberapa hari yang lalu,aku ditanyakan dengan satu soalan. Bolehkah kita berjumpa nabi S.A.W ketika sedar (real)??



Kerana di sana terdapat segelintir manusia yang mendakwa telah berjumpa Nabi S.A.W dalam sedar. Maka aku terpanggil untuk menulis sepatah dua dalam perkara ini.



BERJUMPA NABI S.A.W


1.      BERJUMPA NABI DI DALAM MIMPI

Ia adalah satu perkara yang mungkin berlaku berdasarkan hadis nabi S.A.W. :

من رآني في المنام فسيراني في اليقظة ، ولا يتمثل الشيطان بي

Sesiapa yang dapat melihat aku di dalam mimpi seolah-olah telah melihat aku ketika sedar,dan syaitan tidak dapat menyerupai aku

2.      BERJUMPA NABI KETIKA SEDAR (YAQZOH)

Ia adalah satu perkara yang mustahil kerana tidak mungkin orang yang mati keluar dari kuburnya sehingga hari kiamat berdalilkan :

 {المؤمنون:15-16}.ثُمَّ إِنَّكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ لَمَيِّتُونَ* ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُونَ قال الله تعالى

Kemudian kamu semua akan mati kesemuanya. Kemudian kamu semua akan dibangkitkan pada hari kiamat. (Surah Al-Muukminun 15-16)

Berkata Ibn Hazm didalam kitabnya مراتب الإجماع : dan kami telah bersepakat mengatakan bahawa Nabi S.A.W dan para sahabat tidak akan kembali ke dunia sehinggalah hari dibangkitkan sekalian manusia (hari kiamat).

Segelintir manusia mentafsirkan hadis nabi (yg di atas) dengan mengatakan :
Sesiapa yang melihat aku di dalam mimpi,maka dia akan melihat aku ketika sedar.
Ia adalah satu takwil yang batil. Takwil atau pemahaman yang sebenar adalah membawa maksud “perumpamaan” iaitu :
Sesiapa yang melihat aku didalam mimpi seolah-olah telah melihat aku ketika sedar.

al-Qustullani Mengulas Dakwaan Bertemu Nabi saw Secara Jaga Selepas Kewafatannya:

وأما رؤيته- صلى الله عليه وسلم- فى اليقظة بعد موته- صلى الله عليه وسلم- فقال شيخنا: لم يصل إلينا ذلك عن أحد من الصحابة، ولا عن من بعدهم.
وقد اشتد حزن فاطمة عليه- صلى الله عليه وسلم- حتى ماتت كمدا بعده بستة أشهر- على الصحيح- وبيتها مجاور لضريحه الشريف، ولم ينقل عنها رؤيته فى المدة التى تأخرت عنه.

Maksudnya: "Adapun melihat Nabi saw secara jaga selepas kewafatannya, kata guru kami (al-Sakhawi): Tidak pernah sampai kepada kita (peristiwa bertemu secara jaga selepas kewafatan baginda) dari mana-mana sahabat, tidak juga dari generasi selepas mereka (tabi'in). Sesungguhnya kesedihan Fatimah (anak Nabi saw) atas pemergiannya begitu dahsyat sehingga dia mati dalam keadaan pucat 6 bulan selepas pemergian baginda dan rumahnya berjiran dengan kubur Nabi saw yang mulia tetapi tidak diriwayatkan pun darinya yang dia melihat Nabi saw (secara jaga) dalam tempoh (6 bulan) selepas kewafatan baginda". (al-Mawahib al-Ladunniyyah, jld. 2, hlm. 371)

wallahua’lam
06022013
0840

SEKILAS PANDANG : JAMAK KERANA HUJAN

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,diberi kesempatan masa untuk menulis tentang satu perkara yang sudah lama bersarang di fikiran ini iaitu Bolehkah menjamakkan solat kerana hujan?



Mereka yang berada di negara beriklim empat musim sudah tentu akan mengalami musim sejuk yang suhunya kadang-kadang mencapai tahap negatif. Mereka juga mungkin sudah mengetahui tentang menjamakkan solat kerana hujan ini. Namun,timbul persoalan di minda saya,tatkala memikirkan kerelevanan menjamakkan solat kerana dilihat agak memberikan ruang yang amat luas bahkan terlebih kepada mereka.  Masjid hanya penuh tatkala hujan turun. Apabila tiada hujan,yang datang hanya sedikit bilangannya. Oleh itu,saya menterjemahkan satu fatwa daripada mantan mufti Iraq, As syaikh Doktor Abdul Malik Saadi.

Berikut adalah apa yang saya dapat dari fatwa beliau :


(SEDIKIT PERKONGSIAN)
FATWA SYEIKH ABDUL MALIK SAADI (MANTAN MUFTI IRAQ) TENTANG JAMAK SOLAT KERANA HUJAN

Pertama : Pensyariatan Jamak Solat
1.      Abu hanifah,Hassan Al- Basri dan Ibnu Sirin mengatakan tidak disyariatkan untuk Jamak antara solat Zohor dan Asar,Maghrib dan Isya’ kecuali di Muzdalifah dan Arafah.
Berhujahkan : Waktu untuk setiap solat adalah berdalilkan tawatur manakala hadis tentang keharusan jamak solat adalah Ahad.

2.      Jumhur Fuqaha mengatakan bahawa harus menjamakkan solat ketika dalam musafir.
Berhujahkan : ما رواه البخاري ومسلم عن أنس -رضي الله عنه- قال: "إن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- إذا ارتحل قبل أن تزيغ الشمس -أي قبل الزوال- أخَّر الظهر إلى وقت العصر ثم نزل فجمع بينهما، وإن زاغت الشمس قبل أن يرحل صلى الظهر والعصر ثم ركب

Kedua : Jamak ketika Hujan atau Salji

Mereka yang mengharuskan untuk Jamak ketika bermusafir berselisih pendapat (khilaf) dalam perkara (jamak kerana hujan) ini.

1.      Kebanyakan mereka mengharuskan untuk jamak hanya pada solat Maghrib dan Isya’ sahaja iaitu sewaktu malam yg kehujanan,tidak pada solat Zohor dan Asar.
Berhujahkan : daripada Nafi’ mengatakan bahawa Ibnu Umar menjamakkan antara solat Maghrib dan Isya’ kerana sukar baginya untuk ke kembali ke masjid pada waktu Isya’. Manakala pada waktu zohor,tidak ada kesukaran padanya.

2.      Abu Khattab daripada Hanabilah,dan Syafie membolehkan jamak antara solat Zohor dan Asar ketika hujan.
Berhujahkan : dikeluarkan daripada Abd Razzak bahawa Ibnu Umar menjamakkan di Madinah solat Zohor dan Asar ketika hujan.

Mereka yang melarang (jamak zohor dan asar) menjawab : dalil yang membenarkan jamak hanya membenarkan pada solat Maghrib dan Isya’ sahaja. Dan dalil yang mengharuskannya (zohor dan asar) tidak sohih kerana tidak disebutkan dalam Sohih-sohih dan Sunan-Sunan. Tidak boleh untuk mengkiaskan Jamak Solat Zohor dan Asar dengan Solat Maghrib dan Isya’ kerana ada masyaqah (kesusahan )pada waktu (Maghrib dan Isya’) tidak pada (Zohor dan Asar),maka tidak ada ilah padanya dan tidak boleh dikiaskan padanya.

Mereka yang mengharuskan jamak meletakkan syarat untuk membolehkan padanya jamak,jika hilang syarat,maka tidak boleh jamak dan batal solat secara keseluruhan :

Antara syaratnya :

1.      Hendaklah hujan kuat (lebat),jika hujan nipis (rintik-rintik),maka tidak boleh.
2.      Tidak boleh jamak bagi orang yang kebiasaan (kelaziman) dirinya solat Isya’ dan Asar di rumah. Jamak hanya dibenarkan pada orang yang kebiasaan (melazimi) solat di masjid.
3.      Hendaklah perjalanannya ke masjid tidak dilindungi oleh apa2 (bumbung) daripada ditimpa hujan. Sekiranya dia berjalan (ke masjid) dibawah lindungan (bumbung) maka tidak boleh jamak padanya. Oleh itu,tidak boleh jamak(solat)pada musolla yang sedia ada di dalam bangunan pejabat dan kilang-kilang.
4.      Hendaklah dia berniat pada solat pertama. Jika tidak,tidak boleh baginya jamak. Tidak cukup niat Imam untuk mereka yang tidak meniatkannya pada solat yang pertama.
5.      Hendaklah hujan berterusan turun daripada waktu yang pertama hingga kedua. Jika terputus (berhenti hujan) sebelum masuk yang kedua,maka tidak boleh untuk jamak.
6.      Hendaklah tempoh terputus antara dua solat itu tidak lama,jika terputus lama,tidak boleh jamak padanya.

Ketiga : Jamak ketika sejuk dan angin kuat

Berlaku khilaf padanya kepada dua pendapat :

Pertama : Tidak boleh untuk jamak,antaranya As-Syafie dan rajihnya pada Imam Ahmad kerana masyaqah (kesusahan ) padanya bukanlah masyaqah ketika hujan. Dan tidak boleh dikiaskannya dengan hujan kerana masyaqahnya berbeza dengan masyaqah ketika hujan. Dan tidak pernah dinaqalkan daripada Nabi S.A.W dan para sahabat.

Kedua : Boleh,disahihkan oleh Al-Amidi daripada Syafi’iyyah,riwayat daripada Ahmad dan juga Umar bin Abd Aziz.
Berhujahkan : kesejukan menjatuhkan kewajipan solat Jumaat dan jamaah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Nafi’ daripada Ibnu Umar berkata : Rasulullah S.A.W. berseru pada suatu malam yang hujan dan sejuk serta berangin {صلوا في رحالكم} solatlah di rumah kalian.

Mereka yang tidak membolehkan (jamak) menjawab : sesungguhnya itu bukanlah dalil yang menunjukkan keharusan jamak tetapi dalil membolehkan untuk meninggalkan solat jamaah kerana kesejukan,angin dan gelap malam merupakan uzur yang menjatuhkan menghadiri solat jamaah. Dan dibenarkan untuk solat di rumah,baginya pahala berjemaah juga.

Kepada mereka yang ingin berpegang dengan pendapat yang lemah ini,hendaklah dipastikan bahawa ia berada dalam kesejukan yang kuat yang berkemungkinan berlaku sakit padanya. Tidak boleh jika hanya kesejukan yang biasa,hendaklah dia menjaga syarat-syarat yang telah disebutkan ,jika tidak,tidak boleh jamak baginya dan kekal waktu kedua dalam tanggungannya .

Keempat : Sekiranya Jamak Solat,adakah azan pada waktu kedua ditinggalkan?

Satu perkara yang menyedihkan sekiranya jamak,tidak kedengaran azan dilaungkan pada waktu Asar dan Isya’,ia adalah satu kesalahan.  Bahkan ,hendaklah muazzin melaungkan azan untuk mengiklankan (memberitahu) masuk waktu solat,kecuali dia meninggalkan lafaz  (حي على الصلاة وحي على الفلاح) dan menggantikannya dengan lafaz (ألا صلوا في رحالكم)

Dan lebih menyedihkan apabila mereka mengambil mudah dan ringan dengan solat walaupun hanya sejuk yang biasa,angin dan hujan seolah-olah  hanya ingin melepaskan diri darinya (solat). Sekiranya ada sebab-sebab dan cukup syarat untuk jamak,maka yang lebih afdhal (terbaik) adalah tidak jamak.

Wallahua’lam
2319

sila ke link dibawah untuk fatwa asal :

http://www.alomah-alwasat.com/fatwaMore.php?id=1191

Kesimpulannya : Ibadat adalah hubungan antara hamba dan pencipta terutama solat. Oleh itu,kalian berhak memutuskan bagaimanakah kalian ingin berhubung denganNya. :)