Assalamualaikum wbt..
Beberapa hari yang lalu,aku ditanyakan dengan satu soalan. Bolehkah kita berjumpa nabi S.A.W ketika sedar (real)??
Kerana di sana terdapat segelintir manusia yang mendakwa telah berjumpa Nabi S.A.W dalam sedar. Maka aku terpanggil untuk menulis sepatah dua dalam perkara ini.
وأما رؤيته- صلى الله عليه وسلم- فى اليقظة بعد موته- صلى الله عليه وسلم- فقال شيخنا: لم يصل إلينا ذلك عن أحد من الصحابة، ولا عن من بعدهم.
وقد اشتد حزن فاطمة عليه- صلى الله عليه وسلم- حتى ماتت كمدا بعده بستة أشهر- على الصحيح- وبيتها مجاور لضريحه الشريف، ولم ينقل عنها رؤيته فى المدة التى تأخرت عنه.
Maksudnya: "Adapun melihat Nabi saw secara jaga selepas kewafatannya, kata guru kami (al-Sakhawi): Tidak pernah sampai kepada kita (peristiwa bertemu secara jaga selepas kewafatan baginda) dari mana-mana sahabat, tidak juga dari generasi selepas mereka (tabi'in). Sesungguhnya kesedihan Fatimah (anak Nabi saw) atas pemergiannya begitu dahsyat sehingga dia mati dalam keadaan pucat 6 bulan selepas pemergian baginda dan rumahnya berjiran dengan kubur Nabi saw yang mulia tetapi tidak diriwayatkan pun darinya yang dia melihat Nabi saw (secara jaga) dalam tempoh (6 bulan) selepas kewafatan baginda". (al-Mawahib al-Ladunniyyah, jld. 2, hlm. 371)

BERJUMPA NABI S.A.W
1. BERJUMPA NABI DI DALAM MIMPI
Ia adalah satu perkara yang mungkin berlaku berdasarkan hadis
nabi S.A.W. :
من رآني في المنام فسيراني في اليقظة ، ولا يتمثل الشيطان بي
Sesiapa
yang dapat melihat aku di dalam mimpi seolah-olah telah melihat aku ketika
sedar,dan syaitan tidak dapat menyerupai aku
2. BERJUMPA NABI KETIKA SEDAR (YAQZOH)
Ia adalah satu perkara yang mustahil kerana tidak mungkin
orang yang mati keluar dari kuburnya sehingga hari kiamat berdalilkan :
{المؤمنون:15-16}.ثُمَّ إِنَّكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ لَمَيِّتُونَ* ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ تُبْعَثُونَ قال الله تعالى
Kemudian
kamu semua akan mati kesemuanya. Kemudian kamu semua akan dibangkitkan pada
hari kiamat. (Surah Al-Muukminun 15-16)
Berkata
Ibn Hazm didalam kitabnya مراتب الإجماع : dan kami telah bersepakat mengatakan
bahawa Nabi S.A.W dan para sahabat tidak akan kembali ke dunia sehinggalah hari
dibangkitkan sekalian manusia (hari kiamat).
Segelintir
manusia mentafsirkan hadis nabi (yg di atas) dengan mengatakan :
Sesiapa
yang melihat aku di dalam mimpi,maka dia akan melihat aku ketika sedar.
Ia
adalah satu takwil yang batil. Takwil atau pemahaman yang sebenar adalah
membawa maksud “perumpamaan” iaitu :
Sesiapa
yang melihat aku didalam mimpi seolah-olah telah melihat aku ketika
sedar.
al-Qustullani Mengulas Dakwaan Bertemu Nabi saw
Secara Jaga Selepas Kewafatannya:
وأما رؤيته- صلى الله عليه وسلم- فى اليقظة بعد موته- صلى الله عليه وسلم- فقال شيخنا: لم يصل إلينا ذلك عن أحد من الصحابة، ولا عن من بعدهم.
وقد اشتد حزن فاطمة عليه- صلى الله عليه وسلم- حتى ماتت كمدا بعده بستة أشهر- على الصحيح- وبيتها مجاور لضريحه الشريف، ولم ينقل عنها رؤيته فى المدة التى تأخرت عنه.
Maksudnya: "Adapun melihat Nabi saw secara jaga selepas kewafatannya, kata guru kami (al-Sakhawi): Tidak pernah sampai kepada kita (peristiwa bertemu secara jaga selepas kewafatan baginda) dari mana-mana sahabat, tidak juga dari generasi selepas mereka (tabi'in). Sesungguhnya kesedihan Fatimah (anak Nabi saw) atas pemergiannya begitu dahsyat sehingga dia mati dalam keadaan pucat 6 bulan selepas pemergian baginda dan rumahnya berjiran dengan kubur Nabi saw yang mulia tetapi tidak diriwayatkan pun darinya yang dia melihat Nabi saw (secara jaga) dalam tempoh (6 bulan) selepas kewafatan baginda". (al-Mawahib al-Ladunniyyah, jld. 2, hlm. 371)
wallahua’lam
06022013
0840
0 comments:
Post a Comment