Assalamualaikum
wbt..
Salam
sejahtera salam bahagia..
Semalam,Persatuan
Mahasiswa Malaysia Universiti Al-alBayt,Jordan (PRISMA) mengadakan Majlis
Khirij sempena meraikan senior-senior yang telah bergelar graduan universti
semester yang lepas. Terasa cepat masa berlalu. Terasa bagai semalam baru
bersua muka,bertemu mata,berjabat tangan,berbual mesra. Kini mereka bakal
pulang berbakti di tanah air tercinta.
Tarikh 12
September 2010 masih aku ingat. Tarikh aku menjejakkan kaki ke Jordan. Mereka lebih
awal tiba di sini. Masih teringat
senyuman mereka menyambutku sebagai pelajar baru. Sudah 3 tahun semua itu
berlalu. Semua akan kekal sebagai kenangan yang tak mampu diulang kembali.
Mereka
terlebih dahulu mengenal kehidupan di Jordan. Mungkin mereka lebih awal mengenali
doctor-doktor di Pusat Bahasa (Markaz
Lughah) yang baik hati serta peramah. Mereka juga mungkin terlebih dahulu
merasakan bagaimana harus beratur panjang dan lama di Qabul Tasjil semata-mata
ingin membayar yuran. Mungkin mereka telah dilempar batu lebih awal oleh
kanak-kanak nakal ditepi jalan. Mungkin gelaran “Ali Baba” sudah lali ditelinga
mereka. Doktor-doktor di bangunan kuliah mungkin sudah mereka arif dan kenal
cara pengajarannya. Kantin ghazali mungkin sudah lama menjadi tempat berbual
bicara dan berkongsi rasa. Juga tempat lakunya nasi lemak (khas untuk muin).
Empat tahun
mungkin bagi mereka adalah satu masa yang singkat namun tak mampu diceritakan
dengan kata-kata mahupun tulisan kata. “Niat dihati ingin tetap di sini,namun
keluarga di sana sudah lama menanti”. Mungkin itu suara hati mereka. Moga cerita
suka dan duka kekal terpahat dihati dan ukhuwwah antara kita sentiasa bersemi.
![]() |
Khairol bin Mokhtar : Senior a.k.a ahli rumah |
Aku doakan
buat kalian :
Ya Allah,Kau
berkatilah ilmu yang telah mereka pelajari.
Ya
Allah,jadikanlah mereka insan yang berbakti buat tanah air dan agama MU ini
Ya
Allah,jadikanlah keterikatan ukhuwwah antara kami kekal selamanya atas jalan
tauhidMu
Sungguh!!!
Tak mampu ditulis di sini segala doa yang ingin kupinta. Ya Allah,Kau
jadikanlah mereka insan yang bahagia di dunia dan akhirat.
![]() |
My Presiden,Fikri Khusainy |
![]() |
Kiri: Alif (Mat Lip), Fakhrulhadi (Pakok),Syawal,Izzat (Pokjat),Afiq |
![]() |
Aisamuddin (khirij) bersama sahabat baik Zulhilmi |
![]() |
Kak Safarah a.k.a bekas Timbalan SU MPKJ bersama adik dia,Syafiq |
![]() |
Izzat (Pokjat) dengan baju graduasi |
![]() |
Abdul Muin (muin) |
![]() |
Pelajar Mumtaz. Senior MTAQ n Albayt (Fakhruddin) |
![]() |
Hisyamuddin. Senior Usuluddin a.k.a Ahli rumah |
Pemain Badminton Jamiah. Salam Ganung |
Semalam
Majlis Khirij…. Esok Pehimpunan Tahunan Mahasiswa Malaysia Sejordan (PERTAMA)… JOM!!
07022013
1620
blog walking!
ReplyDeletewelcome...
Delete