Sebenarnya aku sudah post satu
artikel (PERTAMA) pada pagi tadi. Post-post berikutnya sepatutnya diletakkan
dalam tempoh mendatang. Namun atas satu perkara yang penting aku rasakan. Ingin
aku post sekali lagi. Kali ini tentang cerita sebuah rumah.Begini ceritanya.
Di sebuah penempatan terdapat sebuah
keluarga yang besar. Terdiri dari ayahanda,bonda,abang long,dan macam-macam
lagi. Mereka hidup aman damai. Cuma masalah berlaku apabila family ini tidak
mempunyai rumah khas untuk melakukan aktiviti mereka. Kadang-kadang mereka menumpang
di tempat orang lain dan menjadikan kehidupan ceria namun kurang selesa.
Bermulalah pencarian sang ayah dan
abang long serta adik beradik yang lain. Mereka mencari sebuah rumah yang mampu
memberi kebahagian penuh buat mereka. Bermula dengan pencarian rumah. Semua
tempat di survey. Dari utara ke selatan. Dari timur turun ke barat. Akhirnya
bertemu sebuah rumah yang sederhana namun mampu menjanjikan ketenangan dalam
beraktiviti. Namun masalah kewangan pula menimpa. Abang long dan ayahanda ke
hulu ke hilir mencari dana supaya anak-anak mampu selesa di rumah sendiri.
Berjumpa ketua kampung,JKKK,wakil rakyat ,tok imam dan pelbagai lagi dalam
proses menjana dana untuk rumah tersebut.
Alhamdulillah,sekarang sudah setahun
mereka menghuni rumah itu. Pelbagai aktiviti dilakukan bersama. Ukhuwwah semakin
erat. Ketenangan semakin dirasa. Penat lelah ketua keluarga memberi kesan yang
besar terhadap keluarga itu. Seharusnya anak-anak berterima kasih atas jasa
mereka.
Ini mungkin satu cerita realiti
tetapi dikartunkan sedikit. Ini adalah cerita sebuah keluarga iaitu KELUARGA
PRISMA. Rumah itu adalah Bayt PRISMA. Dan watak ayahanda,abang long dan
pimpinan-pimpinan lain adalah Pimpinan PRISMA sesi 2011/2012.
![]() |
Mr Presiden 2011/2012 : Mohd Fikri |
Mungkin ramai yang tidak sedar
bahawa penubuhan Bayt Prisma bukanlah satu gerak kerja yang mudah. Mereka ke
hulu ke hilir mencari rumah,mencari dana dalam merealisasikan Rumah untuk
Keluarga PRISMA. Kertas kerja dicetak dan diedar dalam memastikan kelangsungan
dana. Pelbagai gerak kerja dilakukan oleh pimpinan dan sekarang hasilnya dapat
dinikmati bersama. Oleh itu,amat wajiblah untuk kita mengenang jasa yang
dilakukan oleh pimpinan terdahulu.
Sekarang BAYT PRISMA sudah berumur
setahun bermula tarikh dirasmikan oleh Datuk Duta Abd Malik Abd Aziz pada
tarikh 11 Februari 2012. Pengerusi a.k.a penjaga BAYT PRISMA,Muhammad Iqbal
sudah dua sesi menjawat jawatan ini (Murakib terbaik kowt).
![]() |
Perasmian Bayt Prisma |
Aku dengan rendah hati berterima
kasih kepada mereka iaitu pimpinan PRISMA 2011/2012 :
Mohd Fikri bin Mohd Khusaini
(PRESIDEN)
Syahirah Muhammad ( KH)
Fakhrulhadi milatusamsi (TIMBALAN
PRESIDEN)
Syahidah shaari (Timb KH)
Khomeini kamal (SU AGONG)
Fatimah Az Zahra (Timbalan SU AGONG)
Nihad Mat Nor ( Bendahari)
Munirah zakaria (Timbalan Bendahari)
Dan barisan AME yang lain…
![]() |
Barisan Pimpinan 2011/2013 |
HAPPY ANNIVERSARY
SANAH HELWAH
SELAMAT ULANG TAHUN
~UNTUK BAYT PRISMA~
p/s : Sebarang pertanyaan
dan pengurusan yang melibatkan
persatuan bolehlah merujuk kepada
Education Malaysia Jordan (EMJ) atau
terus menghubungi kami dalam butiran di bawah:
Setiap sumbangan melalui cek diatas
nama:
Director of Malaysian Student
Department
Dan dialamatkan kepada:
Education Malaysia Jordan,
24, Mohd Baseem Al-Khamash Street,
Sweifieh, P.O Box 14330,
Amman 11185,
Jordan.
ATAU
No Akaun Presiden (Maybank)
:103016170111
ATAU
Hubungi kami:
Persatuan Mahasiswa Malaysia Al
al-Bayt (PRISMA),
Al al-Bayt University,
25113 Mafraq,
The Hashimite Kingdom of Jordan.
Presiden.
Saudara Nihad Bin Mat Nor
No Telefon: +962777184663
E-mail : nihadmatnor@yahoo.com
ATAU
Setiausaha Agung.
Saudara Atiqullah Mursyid Bin Abdul
Halim
No Telefon : +962777839655
E-mail : tazkir_zikran@yahoo.com
ATAU
Bendahari Agung.
Saudara Mohammad Turmizi Bin Humaidi
No Telefon : +962775821015
E-mail : tur_turmizi@yahoo.com
ATAU
Ketua Helwi.
(Hal Ehwal Siswi)
Saudari Siti Aisyah Che Sulong
No Telefon: +962775365996
E-mail:nur_jihad07@yahoo.com
![]() |
Bayt Prisma dipenuhi salji |
Bayt Prisma jauh di Dhubbat,
Berjalan kaki penat lah juga,
Budi kalian sentiasa ku ingat,
Moga dibalas Tuhan dengan sebaiknya.
tazkir_zikran@yahoo.com
11022013
1533
tazkir_zikran@yahoo.com
11022013
1533
0 comments:
Post a Comment