Setiap manusia mempunyai harapan dan impian yang tersimpan di lubuk hati. Setiap harapan sudah tentu berbeza dan sudah pasti tidak sama. Subjektif.
Seorang pelajar mengharapkan supaya dia dapat cemerlang dalam pelajarannya. Proses pembelajaran yang tidak menyusahkan dan mudah difahami.
Seorang boss mengharapkan supaya pekerja-pekerjanya dapat melakukan kerja dengan sebaik mungkin dan meningkatkan kualiti dan imej syarikat atau organisasi.
Ibu atau bapa mengharapkan supaya anak yang diasuhnya itu membesar dengan baik. Menjadi anak yang bijak pelajarannya dan baik budi pekertinya.
Ertinya setiap harapan yang disandarkan dalam diri manusia itu berbeza berdasarkan keadaan dan situasi yang dialaminya. Bahkan,seorang ibu mungkin mempunyai harapan yang bebeza buat dua orang anaknya.
Namun,ada satu perkara yang perlu disedari dalam kehidupan ini. Kehidupan bukanlah semata-mata terbina atas harapan yang tinggi,tetapi ia juga tercabar dengan ujian yang pelbagai.
Seorang pelajar yang mengharapkan kecemerlangan harus sedar bahawa pasti ada ujian yang getir buat dirinya. Masakan besi menjadi keris jika tidak ditempa dengan sang api yang membakar.
Maka,dengan wujudnya harapan dan diseimbangi oleh ujian,kehidupan manusia menjadi menarik dan mencabar. Harapan memberi semangat untuk maju ke hadapan,ujian memberi kekuatan atas setiap langkah.
Oleh itu,tanamlah harapan setinggi langit dan bersedialah dengan kaki yang teguh dalam menghadapi ujian.
Allah S.W.T telah menegaskan bahawa meskipun kita mengharapkan syurganya,tapi adakah kita menyangka akan mendapatkannya sedangkan kita belum teruji dengan pelbagai ujian dan rintangan. Adakah kita menyangka akan dikurniakan syurga sedangkan belom diketahui sejauh mana jihad kesungguhan dan tahap kesabaran kita.
Justeru,kesabaran dan kesungguhan untuk mencapai impian merupakan KPI yang diperlukan dalam mendepani
setiap ujian dan cabaran.
Semakin besar ujian,semakin tinggi kesabaran dan kesungguhan yang diperlukan. Begitulah seterusnya.
Mimpi itu free. Tetapi usaha dan sabar itu besar harganya.
Setiap manusia berjalan atas sebuah jalan kehidupan yang
sama. Kita membesar di dalam kandungan ibu,lahir ke dunia,membesar tubuh badan
sehingga tua; ada yang dijemput ajal sebelum sempat menjengah tua. Bukankah banyak
kelapa muda yang dikait sebelum gugurnya kelapa tua.Biarpun,jalan kehidupan ini
sama,namun di sana terdapat sebuah perbezaan yang membezakan natijah kehidupan
kita.
Apakah perbezaan tersebut?
Akal
Erti kata bagi akal adalah ikatan. Akal mengikat perbuatan
dan tindak tanduk manusia samada baik atau buruk. Sebagaimana tali mengikat lembu supaya tidak
lari,akal manusia pula mengikatnya supaya tidak menurut hawa nafsu.
Akal menimbang dan memikirkan niai sebuah perbuatan samada
mendatangkan untung atau rugi.Oleh itu,jika ditanyakan kepada sesiapa pun
antara RM100 dan RM10,sudah tentu yang menginginkan RM10 itu boleh dikatakan
kurang berakal kerana tidak mampu memilih yang lebih untung.
Namun,tugas akal lebih dari itu. Akal menjadi sandaran dalam
membezakan antara manusia dan haiwan. Manusia dan haiwan masing-masing punyai
nafsu dan mengejar kelazatan. Jika bukan kerana akal yang mengikat perbuatan
manusia,sudah tentu tiada beza antara manusia dan haiwan.
Tatkala lembu melihat rumput dan tanaman di kebun
orang,dirempuhnya tanpa memikirkan baik buruk. Baginya,aku suka makan, Tetapi
manusia bukan begitu. Manusia yang mempunyai akal,tatkala melihat duit milik
kawannya,meskipun rasa ingin dan mahu itu ada,tetapi akal menghalangnya dan
memberi gambaran bahawa mengambil duit milik orang lain itu adalah perbuatan
buruk.
Akal mengatur kehidupan manusia
Dalam perjalanan kehidupan,manusia diberikan pilihan dalam
memilih jalan kehidupan. Ada diantara manusia yang memiih jalan kegelapan,hidup
sekadar berfoya-foya,tiada matlamat dalam kehidupan,dan akhirnya menyesal
kerana tiada untung didapati didunia,bahkan kerugian besar tatkala menemui
Tuhannya. Ada pula manusia yang menggunakan akal,menimbang dan menilik baik
buruk,meletakkan matamat yang tinggi dan jelas yang ingin dicapai dalam
kehidupan,maka akal mengatur dan membantu dalam memilih gerak langkah kearah
matlamat tersebut. Hidupnya bahagia,namanya disebut-sebut atas kejayaan,bahkan
dia berjalan bangga menemui Tuhannya atas sebuah trofi kehidupan yang
dicapainya.
Akal dan kejayaan
Tuhan Maha Adil. Memberikan kejayaan kepada sesiapa pun yang
menggunakan akalnya sebaik mungkin dalam kehidupan. Lihatlah barat pada hari
ini,mereka mendongak bangga atas kejayaan demi kejayaan dalam membentuk sebuah
peradaban. Mereka memberi nilai yang tinggi buat ilmu dan akal. Biarpun mereka
kosong secara rohani,namun mereka berjaya dari aspek lahiri.
Dalam mengejar sebuah kejayaan, Tuhan tidak membezakan
samada muslim atau non muslim,akan tetapi Tuhan meletakkan kaedah yang
dinamakan sunnatullah,ketetapan Allah; sesiapa yang berusaha pasti mendapat hasilnya.
Misalnya,seorang non muslim bangun seawal jam 7 pagi
keluar,bekerja dengan proaktif dan tekun,manakala di sana seorang muslim yang bangunnya
jam 10 pagi , bekerja bermalas-malasan,hanya mengharapkan doa supaya
diberikan rezeki yang mewah. Akal yang
baik dapat menimbang antara dua pihak ini bagaimanakah hasilnya,
Tanda orang berakal
Secara umumnya tidak dinafikan bahawa nama yang baik
memberikan gambaran awal terhadap seseorang. Jika disebut nama Muhammad,sudah
tentu gambaran awal mengatakan dia seorang yang baik dan terpuji seperti
namanya. Namun,nama bukanlah tanda dan alamat yang sebenar bagi seorang yang
berakal.
Ramai mana manusia hari ini yang namanya Muhammad,tetapi
melakukan perbuatan yang buruk;merompak,membunuh,mencuri.
Tanda dan alamat bahawa seseorang itu berakal adalah melalui
tindakan dan perbuatannya. Orang yang berakal memilih perkara yang mendatangkan
manfaat biarpun sukar untuk mendapatkannya. Orang yang berakal memiih sesuatu
yang tahan lama dan kekal biarpun mahal harganya.
Contohnya,biarpun sukar dan tempoh yang lama dalam
pembelajaran,namun orang yang berakal pasti bertahan dan terus belajar kerana
dia tahu mahalnya sebuah ilmu dan betapa bermanfaatnya sebuah kejayaan dalam
peperiksaan bagi dirinya. Dia melihat kesan dan natijah kepada usahanya itu
biarpun sukar.
Kata Buya Hamka:
Jika hidup sekadar hidup,babi di hutan juga hidup
Jika bekerja sekadar bekerja,kera juga bekerja.
Biarlah kita hidup sebagai manusia budiman yang menilai baik
buruk menggunakan akal dan memilih kebaikan sebagai jalan hidup.
Oleh itu,pilihlah jalan yang ingin kalian lalui. Timbanglah
dengan timbangan akal yang sihat. Moga kehidupan yang dilalui merupakan sebuah
kebahagiaan dan kejayaan
Berbulan lama tidak menulis. Menulis
di blog atau facebook. Sifat menulis semakin terkikis. Entah mengapa. Mungkin
kerana idea lambat mencair kesan musim sejuk yang menggigit tulang di Bumi
Jordan. Idea dan buah fikiran selalu berlari lari,tapi aku malas mengejar.
Bukan kerana tidak pantas mengejar atau berkaki ayam. Mungkin kerana tidur
berselimutkan hirom (selimut tebal) dalam kesunyian salju lebih menjadi pilihan
biarpun itu adalah pilihan terburuk.
Biarlah. Itu cerita sewaktu zon
selesa menghimpit jiwa.
Jom mendengar cerita tatkala aku
keluar dari zon ini.
Alhamdulillah,3 hari yang lepas
semua markah bagi subjek peperiksaan sudah keluar. Aku yang di semester
terakhir tahun terakhir secara tidak rasminya menggelarkan diriku sendiri Graduan Universiti Al-alBayt.
3tahun satu semester.
Itulah tempoh pengajianku untuk Ijazah Sarjana Muda (Usuluddin). Agak tersasar dari target asal.3 tahun.
Beberapa hari yang lepas sempat
bersama sahabat rombongan dari Universiti Islam Madinah seramai 12 orang. Agak teruja
kerana mereka tetamu agung.
Ziarah dan melawat Sheikh Syuaib
Al-Arnout dan sheikh solah kholidi,berjalan dan membeli kitab di Maktabah
Dandis di Amman ternyata mampu menghidupkan semangat untuk meneruskan
perjuangan dalam menuntut ilmu.
Bersama Syeikh Solah Kholidi
Bersama Syeikh Syuaib Al-Arnout
Oleh itu,aku merancang untuk
menyambung pengajian peringkat Master di
WISE dalam bidang Hadis. Aku cuba mencari sponsor atau tajaan untuk perancangan
pengajianku ini. Biarpun belom ada yang sudi membantu. Aku akan terus berusaha
kerana aku terkenang kata2 Rabiah Ar Ra’yi,
“Tidak patut seseorang yang
mempunyai ilmu itu mensia-siakan dirinya.”
Imam Ibnu hajar di dalam Fathul Bari
tatkala mensyarahkan kata2 imam Rabi’ah ini menyatakan salah satu daripada
maksud kata2 ini adalah kemampuan akal. Tidak patut seseorang yang mempunyai
kemampuan dari sudut akal (bijak,pantas belajar) itu mensia-siakan dirinya
dengan tidak terjun dalam dunia pengajian.
Mohon bantuan rakan2 jika ada
mengetahui ruang untuk mendapatkan sponsor/tajaan. Resume sudah disiapkan Cuma tidak
diletakkan di ruang maya ini.
P/s : Tahukah kalian kenapa tajuk post "mengapa kasut lebih baik dari selimut",kerana keluar berkelana melihat dunia luar lebih baik dari tidur bermimpikan dunia fantasi.
Beberapa minggu yang lepas,saya diberikan peluang untuk
membedah sebuah buku sempena Seminar Syiah yang dianjurkan oleh Persatuan
pelajar di sini. Saya bukanlah hebat dan tahu semua tentang syiah,namun cuba
berkongsi apa yang diketahui dan persediaan sebelum pulang ke Tanah air.
Bersama pembentang kedua Us Rozaimi
Kebelakangan ini isu Syiah di Malaysia semakin panas. Saya
yakin perkara ini sudah lama bertapak tetapi hanya kepanasan kebelakangan ini.
Mereka semakin berani dan bertambah berani.
Buku yang dibedah bertajuk “Alkhumainiyyah : Ganjil pada
akidah dan pendirian”. Sebuah buku yang ditulis oleh Syeikh Said
Hawwa,tokoh gerakan Islam Syria. Ditulis sekitar tahun 80-an. Selepas Revolusi
Iran 1979. Boleh didapati dalam bentuk pdf,just search and download it.
Diceritakan bahawa tatkala Iran Berjaya dalam
revolusinya,umat Islam bersorak dan menyatakan “Inilah masa kebangkitan Islam”.
Ramai yang terkesan dengan revolusi ini termasuk gerakan Islam di Syria. Oleh
itu,Syeikh Said Hawwa cuba menyelidiki dan melihat “kejayaan” revolusi ini
dalam hakikat sebenar. Selepas mengetahui hakikatnya dan apakah sebenarnya
Syiah dan Khomeini,maka beliau menulis maqalah ini dengan tujuan memberi
peringatan kepada manusia tentang kedasyatan dan hakikat sebenar Khomeini dan
syiah.
Mungkin pada masa tersebut belom wujud media massa seperti
sekarang,Facebook,twitter,blog dan sebagainya. Oleh itu,tidak hairan lah ramai
yang terpengaruh dengan kejayaan palsu tersebut.
Siapakah Khomeini?
Khomeini adalah tokoh yang menggerakkkan dan menjayakan
revolusi ini. Untuk maklumat peribadi,kalian boleh search sendiri. Khomeini
merampas Iran daripada kuku besi pemerintahan Shah Iran ketika itu yang
dipimpin oleh Shah Pahlavi.Revolusi yang memakan masa sekitar 2 tahun
membuahkan hasil sehingga memaksa Shah Pahlavi keluar daripada Iran dengan
alasan percutian. Khomeini yang ketika itu dalam buangan di Perancis pulang ke Iran dan disambut oleh ribuan
penyokongnya di sana. Khomeini mendapat sokongan ribuan penyokong dengan
melaungkan ingin mendirikan kerajaan Islam dan menjalankan hukum Allah.
Laungannya disambut dan didokong oleh ribuan penduduk Iran. Hasilnya,Khomeini
menjadi Pemimpin Agung yang pertama dalam pemerintahan selepas Revolusi Iran.
Khomeini
Buku Ini
Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian atau part besar
iaitu Perbincangan tentang keganjilan Khomeini dari sudut akidah,dan yang
kedua perbincangan tentang keganjilan Khomeini dari sudut pendiriannya terutama
dalam sudut politik.
Dalam Part pertama,penulis meletakkan 8 point penting dalam
mengulas tentang isu akidah Khomeini.
1.Ghuluww (Melampau)
dalam mengagungkan Imam-imam mereka.
Khomeini dan Syiah begitu mengagungkan
Imam-imam mereka. Harus jelas di sini bahawa Syiah yang dianuti olehnya adalah
Syiah Isna Asyariah iaitu Syiah yang berpegang kuat dengan kemaksuman imam
mereka yang dua belas. Bahkan mereka menganggap Imam setaraf dengan para Nabi
bahkan lebih tinggi dari itu. Mereka menyarung pakaian maksum iaitu tidak
melakukan dosa dan tidak salah terhadap para Imam mereka. Sepertimana yang kita
serba maklum bahawa sifat maksum hanya milik para Nabi yang dianugerahkan oleh
Allah. Tetapi mereka begitu taksub sehingga menganggap Imam mereka maksum.
Bahkan di dalam kitab usul kafi tulisan Al kulaini (ahli hadis di sisi Syiah
seperti Imam Bukhari) menyatakan bahawa Imam mereka mengetahui yang ghaib.
Setiap perkara atas mukabumi tidak akan berlaku kecuali dengan pengetahuan imam
dua belas. Amat dasyat pemikiran seperti ini.
2.Mengatakan bahawa
Al-Quran tidak lengkap.
Apabila berbicara tentang Al-Quran,kita
maklum bahawa ia adalah sumber dan masdar terbinanya Islam di atasnya. Setiap
perkara di sisi umat Islam adalah berdalilkan Al-Quran,sunnah,Ijmak dan
Qias.
Tetapi Khomeini dan syiah ini menganggap
Al-Quran ini tidak lengkap. Dan dinyatakan oleh Alkulaini dalam kitabnya bahawa
di sisi mereka terdapat Al-Quran yang dinamakan Al-Quran Fatimah. Mereka
mengatakan Al-Quran sekarang sudah diseleweng dan Al-Quran Fatimah adalah
Al-Quran sebenar. Jika mereka dengan jelas menolak sumber dan masdar pertama
terbinanya Islam,bagaiamana kita mampu memikirkan untuk mengadakan taqrib
dengan mereka. Mereka dengan jelas menolak masdar umat Islam yang dipegang
teguh oleh kita dengan kesohihan dan terjaganya Al-Quran ini.
3.Pendiriannya
terhadap Sunnah Nabawi
Dalam bab Sunnah Nabawi,harus difahami
bahawa ia adalah masdar (sumber) kedua bagi umat Islam. Begitu banyak perkara
dalam bab Ibadat dan Aqidah yang bersumberkan dari sumber ini.
Mereka menolak semua hadis atau sunnah
kecuali yang diriwayatkan oleh Ahli Bayt. Sebarang hadis yang tidak
diriwayatkan oleh Ahli Bayt ditolak oleh mereka. Mereka dalam bab Sahabat R.a
(insyaallah akan saya ulas selepas ini) menganggap semua sahabat murtad kecuali
beberapa orang. Apabila sahabat dianggap murtad,maka periwayatan hadis oleh sahabat
secara automatic tertolak. Oleh itu,bagaimana hendak terbinanya Islam tanpa
hadis dan sunnah yang diriwayatkan oleh para sahabat. Begitu pelik akidah
mereka.
Untuk point seterusnya akan saya sambung
dalam penulisan seterusnya…
Ia adalah dua perkara yang berbeza
dan perlu dibezakan. Hukum adalah satu perkara yang istiqlal,aplikasi terhadap
hukum pula adalah sesuatu perkara yang lain.
Apakah itu hukum? Apakah pula
aplikasi hukum?
Hukum itu adalah sesuatu perkara
samada suruhan atau larangan yang dijelaskan oleh nas terhadap kita. Contoh :
Hukum Qisas,hudud jelas kewajipan di dalam Al Quran. Hukum solat adalah wajib.
Oleh itu,hukum adalah satu perkara yang sabit dan dijelaskan oleh nas.
Aplikasi hukum pula adalah bagaimana
kita cuba melaksanakan hukum itu terhadap masyarakat. Samada terhadap individu
tertentu atau masyarakat dikawasan tertentu.
Setiap indinvidu atau masyarakat
pasti mempunyai unsur dan suasana yang berbeza,pasti membawa kepada perubahan
cara dalam melaksanakan hukum. Solat orang yang di dalam perang tidak sama
dengan solat orang yang berada di dalam keadaan aman. Begitu juga,hukum hudud
mahupun qisos jika diaplikasikan tanpa melihat secara terperinci sudah pasti
mendatangkan fitnah terhadap agama.
Oleh itu,muncul satu ilmu iaitu ilmu
maqasid. Maqasid adalah bagaimana kita cuba melihat tujuan setiap perkara dan
syariat dilaksanakan. Contoh,tatkala kita mengatakan pada Qisas itu adanya
kehidupan iaitu kehidupan terhadap mujtamak (masyarakat). Maka, keamanan dan
kehidupan terhadap masyarakat itu adalah maksud atau tujuan syarak.
Maka,kita harus berusaha dalam
mengaplikasi hukum Qisas supaya tujuan dan maksud syarak tercapai. Sekiranya
sesuatu hukuman itu diaplikasikan dan tidak mencapai maksud syarak,sudah tentu
di sana terdapat satu kelompongan dan kekurangan dalam mengaplikasi hukum
tersebut. Akhirnya akan membawa fitnah terhadap Islam itu sendiri.
Kata Imam Syatibi : Seseorang itu
mampu berada dalam tahap berijtihad sekiranya mampu menguasai dua perkara :
Pertama : Memahami maqasid syariah
secara keseluruhannya
Kedua : Kemampuan untuk mengeluarkan
sesuatu hukum berdasarkan pemahamannya terhadap perkara tersebut.
Kesimpulan ringkas yang dapat saya
sebutkan di sini,dalam suasana zaman sekarang,kita harus membezakan antara
hukum dan juga aplikasi terhadap hukum. Kita jelas bahawa hukum hudud itu
wajib. Barangsiapa ingkar tentangnya sudah tentu berada dalam lingkungan mereka
yang menolak hukum Allah. Akan tetapi aplikasi terhadap hukum hudud pula adalah
sesuatu yang berbeza. Ia memerlukan kepada kefaqihan dan pemahaman yang teliti
terhadap nas dan juga waqie (reality semasa). Mungkin boleh dikatakan hukum
hudud perlu diteliti dalam sudut aplikasi untuk dilaksanakan,bukan mengingkari hukum tersebut. Tetapi
melihat kepada kesan dan aplikasi terhadap hukum tersebut. Kerana setiap
aplikasi dan tatbiq terhadap sesuatu perkara sudah pasti memberi kesan dan
impak kepada Islam. Dalam mengejar maksud dan tujuan syarak,harus dijauhi
fitnah terhadap Islam.
Berikutan entry Respon Pertama yg saya tulis beberapa hari yang lalu. Ramai yg bertanyakan
kpd saya meminta penjelasan.
“Hg tak dak adab dgn nabi la” kata Mamat
“ Hg ingat senang ka nk bawa rambut nabi mai malaysia” kata
Mat
“Hg tak sayang nabi
ka” soalan padu
Saya tersenyum.
Sayang Nabi S.A.W.
Sahabat-sahabat yg saya muliakan,
Persoalan berikut hanyalah persoalan furu’ dan bukanlah
persoalan asas. Persoalan asas di sana adalah bagaimana kita bertaamul dengan
nabi S.A.W. Samada dengan atharnya mahupun sunnahnya.
Saya tidak sesekali menafikan tabarruk atau mengambil berkat
itu wahai sahabat. Tetapi persoalan menjadikan ia sebagai bahan promosi dan
jual beli. Itu yang saya nafikan.
Andai saya tidak menyayangi nabi,apa gunanya saya datang ke
Jordan mempelajari sunnah dan warisan yang ditinggalkannya.
Soalan itu tidak patut ditanya.
Soalan sebenarnya yang perlu ditanya adalah apa yang kau
lakukan untuk buktikan cinta kau kepada Nabi S.A.W.
Saya buktikan cinta kepada nabi dengan mengikuti apa yg
disampaikan di dalam risalah kenabiannya. Apa yang disuruh dan apa yg
dilarang.Berselawat kepadanya. Bertaamul sebaiknya dengan sunnah dan atharnya.
Sahabat-sahabat,
Sekali lagi saya ingin tegaskan.
Tabarruk itu tidak salah.
Menjual beli tabarruk itu yang saya anggap salah.
“Hg ingat sapa nak bg barang free lani. Nak minum air zam
zam pon kena bayaq” Salim mencelah.
Saya tersenyum sekali lagi.
Pertama,buktikan dulu bahawa ia adalah athar nabi S.A.W yang
asli kerana air zam zam itu terbukti dari telaga yg sama.
Kedua,adakah proses dan peralatan menghasilkan sebotol air
celupan itu memakan jumlah kewangan yang besar sepertimana membotolkan air zam
zam.
Bahkan,bayaran terhadap air zam zam pon kadang-kadang
dikritik oleh kita.
“Mahal la air zam zam. Bagi free tak boleh ka”
“Nak free pi minum kt masjid” jawab Tok Siak.
Bersatu dan Hindari Perpecahan
Sahabat-sahabat,
Saya khuatir suatu masa akan datang,muncul mereka mereka yg
berniat jahat terhadap agama. Mempromosikan simbol untuk mengalihkan pandangan
kita dari subtances.
Untuk apa kita berbalah tentang helaian rambut nabi S.A.W
sedangkan diluar sana masih ramai anak muda tidak mengenali Baginda.
Masih ramai anak muda yang tidak tahu berselawat kepada
Baginda.
Cukuplah.
Ummat sudah letih dan penat melihat gelagat para
ustaz. Ustaz yang mampu mengajar ummat tentang tarikh peperangan Badar dan
jumlahnya ahlinya. Tetapi tidak mampu mendidik ummat untuk mengikut jejak
langkah ahli Badar. Beramal dan beriman seperti ahli Badar.
Kini semakin ramai ustaz-ustaz yang mempromosikan makanan
yang dibacakan Al-Quran padanya. Dijampi katanya.
Saya tak nafikan keseluruhannya. Bahkan insan insan seperti
Dr Haron Din terkenal dengan kaedah perubatan Islamnya amat saya hormati.
Bahkan keluarga saya turut menggunakan khidmat beliau.
Tetapi apabila ada insan insan yang melihat keuntungan dari
ruang ini cuba meraih untung atas nama agama,saya agak terkilan.
Jikalau orang cina yang kufur itu mampu maju dalam
perniagaan tanpa mempromosikan nama Tuhan mereka. Alangkah sedihnya kita
terpaksa meletakkan nama agama untuk maju dalam perniagaan.
Sahabat-sahabat,
Alangkah baiknya jika kita menumpukan usaha dan perhatian
kita kepada isu yang lebih besar.
Isu negara. Bagaimana untuk memahamkan anak muda tentang
Islam. Bagaimana untuk mencegah Syiah yang semakin merebak. Bagaimana ingin
menjadikan negara kita aman dan makmur.
Isu sejagat. Bagaimana kita harus memberikan sokongan penuh
terhadap isu di Mesir dan Syria. Apakah yang perlu kita sumbangkan buat mereka.
Ingatlah bahawa musuh Islam sentiasa mengamalkan sistem
pecah dan perintah. Memecahkan kita kepada negara negara kecil. Memecahkan kita
kepada sunni dan syiah. Memecahkan kita kepada sufi,salafi dan wahabi atau
sebagainya. Memecahkan kita kepada Hanafi,Syafie,dan sebagainya.
Mengalihkan perhatian kita daripada perkara cabang kepada perkara yang lebih besar.
Ahmad : Kenapa la puak wahabi tu tak faham bahasa. Tu la.
Orang suruh mengaji,dia pi maen benda lain. Tabarruk tu ada la dalam Islam.
Sahabat2 nabi pon tabarruk dgn nabi.
Kamal : Hek eleh.. Awat la puak tarekat,sufi semua tu suka
sangat benda benda ni. Dok taksub kat benda benda tu buat pa. Tu la. Orang
suruh mengaji depa pi ziarah kubur.
Beberapa hari lepas,heboh isu tabarruk. Apa itu tabarruk?
Tabarruk tu dalam bahasa mudah paham adalah ambil berkat.
Datang beberapa isu yang melibatkan soal tabarruk ini secara
khusus dan soal agama secara umum.
Soal tabarruk : Datang seseorang dengan mengatakan bahawa
dia mempunyai air rendaman rambut nabi. Sesiapa yg nak air tu boleh pm.
Tabarruk dengan rambut nabi.
Soal agama : Datang ustaz ustaz yang menawarkan khidmat air
rebusan sarang anai-anai yang telah makan 22 juzuk Al-Quran ditambah dengan
beberapa benda lain yg dikatakan berkat.
Ada juga yang mempromosikan air gas berkarbonat yang
dibacakan 30 juzuk Al-Quran.
Tak mustahil selepas ini akan muncul khidmat juadah hidangan
berbuka yg dibacakan 30 juzuk dan Sohih Bukhari Muslim.
Pandangan saya
Soal agama tentang mempromosikan atas nama Islam itu memang
saya tentang sekuat kuatnya kerana ia membawa ke arah agama menjadi bahan niaga
dan bahan jenaka.
Kita harus mengambil iktibar bagaimana munculnya Protestan
dari Kristian adalah kerana tidak berpuas hati dengan isu penjualan Sijil
Pengampunan. Sesiapa yg ingin bertaubat dari dosa,boleh membeli pengampunan
dengan harga tertentu. Jual beli agama.
Tidak salah ingin membacakan Al Quran kepada air atau apa
sahaja.Namun untuk urusan jual beli. Saya tentang sekuat kuatnya.
Soal tabarruk pula,saya tidak menafikan tentang tabarruk itu
punyai asas. Tetapi tindakan seperti mempromosi utk jual beli amat tidak saya
setuju. Andai kalian betul betul nak semua orang dapat berkat itu,apa salahnya
direndam dalam lautan.
Tak salah untuk mengambil berkat. Yang salah adalah jual
beli berkat atas nama agama.
Wallahua’lam
p/s : ini respon pertama. Insya Allah respon yang lebih panjang akan diutarakan selepas ini.
Zohor tadi
saya sempat solat di masjid berdekatan rumah. Di sapa imam selepas solat. Lantas
bertanyakan kesediaan untuk mengimami terawih ramadhan ini.
“InsyaAllah,jahiz”,saya
menjawab.
Rupanya
Ramadhan dah dekat.
Saya menapak
pulang ke rumah. On kan laptop. Facebook.com laman pertama saya cecah. Terpampang
satu status. Dari sepupu saya. Entah mengapa hati ini teringatkan dia. Terutama
menjelang Ramadhan dan Hari Raya.
Saya
tinggal di rumah nenek sebelah ayah saya. Jarang pulang ke kampong sebelah emak.
Mungkin sebab itu saya lebih rapat dengan sepupu dan saudara sebelah ayah
berbanding sebelah emak.
Kami sebaya
walaupun secara hakikat umur saya tua setahun dari dia.
Saya selalu
dan akan sentiasa ingat.
Setiap kali
menjelang hari raya. Di akhir ramadhan,saya akan sentiasa menunggu. Menunggu bunyi
tayar kereta Perdana bernombor plat W..
Kadang-kadang
selepas subuh saya akan menjenguk ke luar rumah. Melihat kelibat kereta itu. Perasaan
akan menjadi girang tatkala dia datang.
Keluarganya dan keluarga saya
Keluarga
kami banyak bunga berbanding kumbang. Mungkin disebabkan itu saya amat rapat
dengan dia
.
Saya masih
ingat.
Setiap kali
dia pulang ke kampong ketika ramadhan,pasti ada “buah tangan” yang dibawa
bersama. Mercun bola,roket,ketupat,bunga api dan lain-lain lagi. Buah tangan
akan dibahagikan kepada dua bahagian. Dan malam itu kampong akan dinyanyikan
dengan lagu mercun.
Saya juga
masih ingat.
Pernah
sekali kami bermain mercun roket. Dan mercun itu terbang ke dalam rumah. Akibatnya
dia dimarahi oleh ibunya (arwah maklang). Saya seringkali terlepas dari
kesalahan. Mungkin kerana saya anak saudara kesayangan.
Saya juga
masih ingat.
Saat kami
mencari bahan-bahan meriam. Belerang dan sebagainya. Cuba melawan meriam dari kampong
seberang.
Masa cepat
berlalu. Sekarang banyak perkara berubah.
Saya sudah
tidak menjenguk ke luar mencari kelibat kereta Perdana lagi kerana saya tahu
saya berada amat jauh dari rumah. Saya juga sudah tidak reti untuk memahami
nilai dentuman mercun.
Masing-masing
sudah besar dan membawa diri mencipta identiti. Saya sebagai bakal ustaz di
Jordan dan dia sebagai bakal doktor di Mesir. Masa pantas berjalan merubah
segalanya.
Kelmarin
sempat bersembang dan berjalan-jalan sekitar Mafraq bersamanya apabila dia singgah sebentar dari
Mesir sebelum terbang ke Malaysia. Pulang untuk misi yang amat besar. Misi kehidupan.
Mungkin ini
Ramadhan dan Hari Raya terakhir sebelum dia bergelar suami orang. Suami kepada
seseorang.
Saya tak
sempat dan tidak berpeluang menyambut tarikh keramat bersamanya. Namun iringan
doa tidak pernah saya lupakan.
“Moga Allah
memberkati dan sentiasa memberikan petunjuk kepadamu dalam kehidupan”
Dia sepupu
terbaik yang pernah dan sentiasa saya ada.
Seminggu
sudah berlalu. Minggu lepas beberapa orang sahabat saya mengalami musibah
kemalangan jalanraya yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan cedera parah.
Seorang
pelajar dari UK meninggal dunia,manakala 4 orang lagi cedera.
Alhamdulillah,hari
ini saya dimaklumkan bahawa drebar (cedera parah) sudah dibenarkan pulang dan
beransur pulih.
Saya cuba
mengingati beberapa bulan yang lalu. Saya pulang ke Malaysia menyambut Hari
Raya di sana.
Sebulan
kemudian. September 2012 saya tiba di lapangan terbang Queen Alia,Jordan. Jam 2
petang. Sempat bertemu mata dan bersembang dengan seorang sahabat dari
universti Mu’tah (univ lain) yang datang menyambut rakannya. Jam 5 petang saya
dimaklumkan beliau terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia.
Daripada
Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu
dipercayai):
Sesungguhnya
setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama
40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang
sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian
dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan
dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya,
amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan
melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan
amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari
sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan
amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang
dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak
antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh
ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia
memasuki syurga.
Mati,hidup,kahwin,cerai.
Semuanya bergabung dibawah satu nama iaitu jodoh dan takdir. Setiap insan sudah
ditetapkan jodohnya. Jodoh bukan bermaksud kahwin semata-mata. Mati juga adalah
jodoh. Jodoh bertemu Tuhan.
Islam
mengajar kita untuk beriman dengan Qada’ dan Qadar. Bahkan ia adalah rukun iman
keenam yang harus kita imani. Beriman,yakin serta percaya bahawa setiap perkara
yang berlaku adalah takdir dan ketentuan Tuhan. Kata manusia zaman ini, “Kita
merancang,Tuhan yang menentukan”
Persoalan
takdir
Ramai yang
bertanya tatkala ditimpa musibah. Mengapa jadi begini? Mengapa harus aku?
Bahkan,menjadi
trauma untuk berjalan kerana runsing akan ditimpa musibah yang sama.
Persoalan
takdir adalah satu perkara yang besar yang harus difahami. Qada dan qadar
adalah ketentuan Tuhan yang telah ditetapkan untuk hambaNya. Disebaliknya tersembunyi
hikmah yang mungkin tak mampu kita jangkaui.
Bersangka
baiklah dengan Tuhanmu.
Ramai yang
sedih mendengar berita kematian.
Namun Islam
mengajar kita untuk sentiasa bersabar dan bersangka baik dengan Allah.
Boleh jadi
Allah menjemputnya lebih awal kerana mahu mengurangkan dosanya dan
memasukkannya ke dalam Syurga. Boleh jadi Allah memanjangkan umur kita supaya
kita bersegera bertaubat dan beramal sebanyaknya.
Mati
Kematian
datang tanpa kita ketahui.
Entah bila.
Entah di mana.
Kematian
adalah peringatan yang paling ampuh buat yang masih hidup. Supaya mereka ingat
bahawa ajal tidak mengenal usia dan tempat. Tidak mengenal jawatan dan harta.
Manusia hanya
disuruh beramal sebaiknya. Soal ajal dan maut milik Allah. Takdir adalah hanya
milik Tuhan. Bertaubatlah sebelum tiba giliran kita.
Sesungguhnya
mati itu pasti. Namun tarikhnya belum tiba. Setiap hembusan nafas sentiasa
menjadi kiraan malakul maut. Mungkin ia adalah hembusan terakhir.
Kadang-kadang
rasa insaf menyapa hati apabila mendengar berita kematian. Itu tandanya hati
kita masih lembut menerima peringatan Tuhan. Usah berlengah. Tadahlah tangan meminta
ampunanNya.Kerana takdir itu rahsia Tuhan.
Alhamdulillah.
Segala puji hanya milik Allah S.W.T,selawat dan salam buat Nabi Muhammad
S.A.W,para ahli bayt dan sahabat-sahabatnya.
Saudara,
Kebelakangan
ini semakin ramai para sahabat saya yang bakal menamatkan zaman bujang dan
beralih ke alam rumahtangga. Jemputan demi jemputan saya terima. Tak kesemua
mampu saya hadiri. Namun doa saya tetap akan mengiringi kalian.
Barakallahulakuma
wa jama’a bainakuma bilkhair..
Saudara,
Keputusan
menuju ke gerbang perkahwinan bukanlah satu keputusan yang mudah. Hanya mereka
yang bersedia dengan persediaan yang cukup mampu melangkah ke gerbang ini
kerana alam perkahwinan adalah satu alam baru yang menuntut tanggungjawab dan
persediaan yang mantap dari mereka yang bakal menempuhnya.
Apabila
berbicara soal perkahwinan,di sana ada satu perkara biasa yang dibincangkan
samada oleh mereka yang bakal berkahwin mahupun mereka yang belom bersedia
untuk kahwin iaitu mas kahwin (mahar).
Apakah itu
mahar?
Mahar dalam
bahasa yang paling mudah disebutkan adalah hadiah atau pemberian dari sang
suami kepada si isteri samada dalam bentuk wang atau sebagainya. Dan hukum
memberi mahar adalah wajib ke atas suami.
“ Dan berikanlah
kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai
pemberian ( yang wajib )”
Surah An-Nisa’ (4)
Oleh itu,harus
difahami oleh bakal-bakal suami sekalian bahawa mahar itu adalah wajib. Namun
tidak disebutkan had yang paling rendah atau paling tinggi bagi mahar. Di sana
terdapat pelbagai pendapat ulama tentang had mahar ini. Namun tiada satu ketetapan
akan hadnya.
” Sebaik – baik
perempuan adalah yang paling murah maharnya ” ( HR. ibnu Hibban, Hakim,
Baihaqi, Ahmad )
Gambar Hiasan
Oleh hal yang
demikian,terpulang kepada anda untuk memberikan samada segunung emas mahupun
selaut mutiara buat bakal isteri anda. Mahar yang tinggi tidak menjanjikan
sebarang kebahagiaan kerana ia bukanlah satu syarat untuk mencapai bahagia
dalam rumahtangga. Yang penting mahar yang diberikan biarlah mampu menjadikan
hidup anda tenteram dan selesa dalam menempuh alam rumahtangga.
Saudara,
Kebelakangan ini
semakin ramai yang cuba memberi mahar yg dikatakan “Islamic” iaitu dalam bentuk
bacaan Al-Quran (manfaat) kepada isteri. Maka,penuhlah mukabuku dengan video
bacaan Al-Quran si suami kepada isteri. Ramai pula lah yang teringin dan ingin
membaca Al-Quran di depan sang isteri biarpun selama ini jarang membaca
Al-Quran.
Oleh itu,saya di
datangkan persoalan. Apakah hukum mahar dalam bentuk manfaat (bacaan al quran
misalnya)? Manakah yang lebih afdhal (terbaik). Dalam bentuk material (wang)
atau dalam bentuk manfaat?
إنِّي لَفِي القومِ عندَ النَّبيِّ
صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ فقامتِ امرأةٌ فقالت يا رسولَ اللَّهِ إنَّها قد
وهبَتْ نفسَها لكَ فَرَأْ فيها رأيَكَ فسكتَ فلم يُجِبها النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ
عليهِ وسلَّمَ بشيءٍ ثمَّ قامَت فقالَ يا رسولَ اللَّهِ إنَّها قد وهبَت نفسَها
لكَ فرأْ فيها رأيَكَ فقامَ رجلٌ فقالَ زوِّجنيها يا رسولَ اللَّهِ قالَ هل معكَ
شيءٌ قالَ لا قالَ اذهَبْ فاطلُب ولو خاتَمًا من حديدٍ فذهبَ فطلبَ ثمَّ جاءَ
فقالَ لم أجِدْ شيئًا ولا خاتَمًا من حديدٍ قالَ هل معكَ منَ القرآنِ شيءٌ قالَ
نعم معي سورةُ كذا وسورةُ كذا قالَ قد أنكحتُكَها على ما معكَ منَ القرآنِ
سهل بن سعد الساعدي المحدث:الألباني
- المصدر: صحيح النسائي - الصفحة أو الرقم: 3280راوي:
خلاصة حكم
المحدث: صحيح
Daripada
Abi Hazim bin Dinar, daripada Sahal bin Sa’ad as-Sa’eidi r.a. bahawa Nabi
s.a.w. didatangi seorang perempuan, lantas berkata: “Ya Rasulullah,
sesungguhnya aku menghibahkan diriku kepadamu.” Maka perempuan itu berdiri lama
(menanti jawapan). Maka seorang lelaki bangun seraya berkata: “Ya Rasulullah,
nikahkan saya dengannya sekiranya engkau tidak berhajat kepadanya.” Rasulullah
s.a.w. bertanya lelaki itu: “Adakah engkau memiliki sesuatu untuk dijadikan mas
kahwin yang diberikan kepadanya?” Lelaki itu menjawab: “Aku tidak mempunyai
sesuatu apapun kecuali kain yang aku pakai ini.” Baginda bersabda: “Sekiranya
engkau berikan dia kain itu, engkau duduk dalam keadaan tidak ada kain. Maka
carilah sesuatu!” Lelaki itu menjawab: “Aku tidak mempunyai sesuatu.” Nabi
s.a.w. bersabda lagi: “Carilah, walaupun sebentuk cincin besi.” Lelaki itupun
mencari, namun dia tidak menemui sesuatu. Maka Rasulullah s.a.w. berkata
kepadanya: “Adakah di sisimu sesuatu (menghafaz) daripada al-Quran?” Lelaki itu
menjawab: “Ya, surah sekian dan sekian.” (Dia menyebut surah-surah yang
dihafaznya). Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya aku nikahkan engkau
dengannya dengan (mas kahwinnya) apa yang kamu ada daripada al-Quran.”
Hadis
ini merupakan satu dalil yang jelas menunjukkan keharusan untuk memberi mahar
dalam bentuk manfaat apabila si lelaki tidak mempunyai harta yang lain setelah
disoal oleh Nabi.
Saudara,
Islam
adalah agama rahmat dan meraikan fitrah manusia. Oleh itu,antara rahmat Islam
adalah memudahkan perkara yang payah. Apabila tiada harta untuk berkahwin,maka
Islam mengharuskan untuk memberikan mahar dalam bentuk manfaat.
Namun
harus difahami konteks hadis tersebut bahawa si lelaki sudah disoal tentang
hartanya. Maka,apabila ditanyakan tentang afdhal atau terbaik. Sudah tentu
mahar dalam bentuk material adalah lebih baik.
Mahar
ini amat penting buat si isteri kerana apabila berlaku sebarang perkara tidak
diingini,dia sudah mempunyai persiapan dari sudut material yang sedia ada.
Selain itu,mahar dalam bentuk material lebih bersifat boleh dipercayai dan
sukar berlaku penipuan dan dapat dilihat serta disaksikan oleh semua pihak.
Saudara,
Saya
bukanlah insan yang melawan mereka yang berusaha memudahkan urusan perkahwinan
dalam sudut mahar. Tetapi saya cuba membawa mereka memahami bahawa mahar adalah
satu perkara yang penting. Supaya tidak berlaku sebarang penipuan atau
ketidakadilan terhadap wanita atas nama Islam.
Tidak
dinafikan membaca Al-Quran di hadapan isteri adalah suatu benda yang baik
(sweet orang kata). Namun,bukankah para sahabat kebanyakannya memberikan mahar
dalam bentuk material kepada si isteri. Dapat kita lihat tatkala Nabi menyoal
kepada Abdurahman bin Auf tentang mahar yang diberikan. Maka beliau
menjawab,”aku memberikannya emas”.
Kesimpulan
dan pendapat peribadi saya adalah lebih baik mahar diberikan dalam bentuk
material bagi mereka yang mampu dalam aspek ini. Tidak perlu mengejar mahar
yang kelihatan Islamic. Berilah mahar mengikut kemampuan anda. Tidak perlu
mengejar mahar yang tinggi kerana anda bukanlah membeli anak dara orang.
Oleh
itu,buat mereka yang mahu memberikan mas kahwin dalam bentuk manfaat tiada
masalah. Namun,lebih baik andai diberikan dalam bentuk material (wang atau
sebagainya).
Saudara,
Keikhlasan
anda dalam urusan mahar menjadi penyumbang ke arah kebahagiaan rumahtangga
anda. Jika betul-betul ingin membina rumahtangga dengan Al-Quran. Pastikan
zuriat yang dilahirkan dibesarkan dalam suasana Al-Quran dan sentiasa dibacakan
Al-Quran padanya. Itu baru sweet namanya.
Akhir
kata,selamat pengantin baru buat sahabat-sahabat terutama sepupu tersayang,
Arieffahmi Abdul Razak. Moga perkahwinan diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.
dan dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga.
This is my sepupu. Very smart. Patut akhowat JUST sangkut.