Sudah 3 tahun aku meninggalkan bumi Tahfiz,Pulai
Chondong,Kelantan. Terasa rindu menggamit di jiwa. Rindukan ketukan pintu jam 5
pagi tanda saat untuk bangun dari tidur. Rindukan alunan Al-Quran sebelum azan
subuh dilaungkan. Rindukan tidur sambil berdiri tatkala murajaah selepas subuh.
Rindukan deringan loceng menghambat pelajar ke kelas seawal jam 7.30. Aku
rindukan semuanya!!
![]() |
Bangunan kelas |
Bagaimana mungkin aku lupakan.
Saat membaca hafalan Al-Quran di hadapan guru. Saat bermain bola
dan futsal bersama rakan-rakan. Saat beratur panjang di kantin. Saat outing ke
Kota Bharu mendengar kuliah Tok Guru. Saat menerima rotan tatkala melanggar
peraturan. Banyak lag kenangan menggamit memori.
![]() |
Papan tanda sekolah |
Mungkin aku akan bertemu kembali bersama sahabat-sahabat,namun
saat itu tak akan kembali lagi.
Sedikit renungan bersama kerana kita berkongsi satu nama iaitu
Penghafal Al-Quran.
Sahabatku para penghafal al-Quran
Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang
menghafal al-quran. Sejauh mana keazaman kita dalam
hafazan. Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal al-quran yang diuji
dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk
menanggungnya. Maka tidak hairanlah
kita menyaksikan mereka yang telah menghafal al-Quran tewas dan
terlibat dalam maksiat yang sangat parah.
Al-Quran tidak akan lekat di hati orang-orang yang
tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah
mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi al-quran tersebut…
Jadikanlah tujuan dan
matlamat disebalik menghafal al-Qur’an semata-mata hanya kerana ingin
mendekatkan diri kepada Allah, (Ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawa apa
yang dibaca itu adalah kalam Allah.Jauhilah dari menghafal al-Qur’an untuk mendapatkan kedudukan
disisi manusia (dipuji) ataupun
untuk mendapatkan habuan dunia.
Lupa hafalan al-Qur’an adalah antara musibah yang
besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat
menghafal al-quran.
Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat
hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ Rahimahullah bahawa suatu
hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya
satu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meninggalkan perkara-perkara
maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari
tuhannya.
al-Quran adalah cahaya . Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara
kemaksiatan.
Para Sahabat yang ku kasihi..
Mata kita selalu melihat al-Quran, tetapi dengan mata ini juga kita selalu
melakukan zina mata (cth
:melihat aurat perempuan), telinga ini selalu mendengar kalam
Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yg bertentangan dengan Kata-kata Allah(cth: Muzik
syaitan) , mulut ini sentiasa membaca
KalamNya, tetapi sering juga mulut ini
mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari
kita sentiasa memegang Mushaf al-Quran, tetapi dengannya juga
kita selalu SMS atau
Chating dengan perempuan tentang perkara-perkara yang sia-sia…
Adakah kita sering meninggalkan tidur kita
semata-mata untuk bangun Solat Tahajjud ؟. Qiamulail adalah warisan bagi mereka yang
menghafal al-Quran.
Sehari kita tinggalkan al-Quran, Seminggu al-Quran
meninggalkan kita, Sebulan kita tinggalkan al-Quran, Setahun al-Quran
meninggalkan kita..
Walaupun seharian kita sibuk dengan pelajaran ,
utamakan tanggungjawab kita dengan al-Quran terlebih dahulu, Kerana apabila
kita mengutamakan al-Quran, Allah akan mengajar kita kerana ilmu itu datang
dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan kita. Insya Allah.
Banyak manakah kita meluangkan masa kita bersama
dengan al-Quran (Murajaah/Mengulang) dalam seharian ?? Murajaah/ulang semula
akan apa yang telah dihafal merupakan tanggungjawab kita dengan Allah.
Sudahkah kita berahklak dengan Akhlak al-Quran. Sedangkan perbuatan kita seharian selalu bertentangan
al-Quran. Malulah kita dengan al-Quran terutama lagi dengan Pencipta kita ,
Allah.
Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan
hina ini, dan peringatan juga buat sahabat-sahabat yang menghafal al-quran.
Uhibbukum Fillah Barakallahu fikum…
اللهم اجعلنا من أهل القرءان
الذين هم أهلك وخاصة
![]() |
Saat pengumuman keputusan SMU 2008 |
tazkir_zikran@yahoo.com
15022013
1224
Rindu nk dengar atiq ggerok subuh.
ReplyDeleteHiks!
:P
Aliff Syein antara yg paling liat sampai nk kena tibai dengan penyangkut.. :)
DeleteHarap lani bleh bangun sndri naa...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete