Bipp.. Bipp..
Bipp..
Satu mesej
masuk ke inbox S2 aku.
“Salam
perjuangan,hari ini 12 hb Februari,telah pergi salah seorang ikon perjuangan
Islam kerana terbunuh. Al-fatihah untuk Hassan al-Banna”
Kelmarin
aadalah tarikh yang diingati oleh setiap individu yang mengenali susuk tubuh insan
yang bernama Hassan al-Banna. Tokoh Ikhwanul Muslimin. Beliau meninggal dunia
pada 12hb Februari 1949. Dibunuh oleh satu perancangan jahat mereka yang
memusuhi perjuangannya.
Biarpun jasad
telah meninggalkan dunia ini,namun roh perjuangan tetap subur dan semakin mekar
ke segenap penjuru alam. Biarpun umur di dunia singkat,namun umur perjuangannya
tak luput dimakan zaman. Insan yang berdiri tegap di medan dakwah dan
tarbiyah,tidak gentar meskipun dihadapan
pemerintah. Satu jiwa yang kental dan berjiwa besar dalam memberi harapan baru buat ummah.
Hari ini
sejarah beliau dibaca,dikaji dan diikuti oleh segenap lapisan masyarakat.
Jasanya dikenang. Perjuangannya diteruskan. Kata-kata beliau kekal menjadi
penyuntik semangat aktivis dakwah :
“Sesungguhnya
ramai orang yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka itu yang bertahan
dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan
di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang
sukar dan kerja berat. Para mujahidin itulah angkatan yang terpilih yang
sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Ada kalanya
mereka itu silap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi inayah
dan hidayah oleh Allah.”
“Pencinta dunia menangis
kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis
kerana dunia yang datang.
Dari mata yang mengintai
setiap kemewahan yang mulus
penuh rakus, mengalirlah
air mata kecewa kegagalan.
Dari mata yang redup
merenung Hari Akhirat
yang dirasakan dekat,
mengalirkan air mata insaf
mengharap..”
“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya
Islam akan tertegak
di atas bumi kamu”
al-fathah buat insan yang tegar
dimedan dakwah. Moga ditempatkan bersama para syuhada dan solihin. Muhasabah
bersama hari ini,kita bagaimana? Mampukah berdiri mengibar bendera dakwah? Tegakah
menjadi mata rantai menyambung rantaian ini meski tanpa permaidani tebal
seinci?
Download dan install iman anda sebaiknya.
tazkir_zikran@yahoo.com
13022013
1013
0 comments:
Post a Comment