Assalamualaikum
wbt…
Hidup dalam
satu organisasi. Persatuan. Sejak sekolah rendah lagi saya terlibat. Biarpun
sebagai Ketua Asrama. Di sekolah menengah saya terlempar jua dalam persatuan.
Biarpun sebagai Presiden MP. Ke alam Kampus dengan semangat ingin menjadi insan
pasif. Namun suasana mengheret jua. Terlibat dengan Persatuan Mahasiswa.
Saya kurang
suka dengan falsafah “Akademik nombor satu,perstuan bukan nombor dua”. Atau “belajar
nombor satu dakwah bukan kedua”. Pelik memikirkan satu nombor yang harus diletakkan antara satu
dan dua. Saya mahukan sesuatu yang jelas. “Pelajaran nombor satu,persatuan
nombor dua”. Ya. Bukan bermaksud tidak sukakan persatuan. Tetapi mahukan
sesuatu perkara itu jelas pada hukum asalnya supaya perkara yang mendatang
mampu dihukum berdasarkan kaedah yang telah siap dihadam. Cubalah bertanya
kepada orang yang beristeri dua. Mana mungkin isteri kedua tidak disukainya. Bahkan
lebih disayangi.
Dalam hidup
ini tak dapat lari untuk kita berkongsi alam ini dengan orang lain. Bermula saat
dilahirkan. Disambut oleh bidan. Sehingga saat ditalkinkan oleh pak imam. Tanggungjawab
sosial adalah satu perkara yang perlu diimani oleh setiap insan yang hidup di
dalam satu komuniti masyarakat. Satu perkara yang perlu diadaptasikan dalam
kehidupan bermasyarakat. Kisah pembantu dan orang yang dibantu. Samada kita
berwatak sang pembantu atau orang yang dibantu. Yang pasti,kita pasti beraksi
dalam layar itu.
Satu
perkara lagi tentang kehidupan ini.
Hidup dalam
persatuan mengajar saya erti bagaimana mengurus hubungan sesama manusia. Dari
urusan menaip surat sehingga urusan membaiki hati. Kadang-kadang kita terjatuh
dalam soal hati. Terasa hati. Makan hati. Jatuh hati. Oleh itu,ada orang berpesan “Berhati-hati
soal hati kerana ia bawa mati.
Manusia memang
diciptakan dengan pelbagai ragam,pelbagai sifat dan karenah. Dengan penciptaan
yang pelbagai ini,di sana pasti berlaku perselisihan yang tak dapat dielakkan. Semakin
banyak kereta di jalanraya,semakin berisiko berlaku kemalangan. Dan setiap
perselisihan itu pasti akan berakhir jua. Terpulang bagaimana insan itu
menguruskannya. Samada menjadikan hubungan semakin rapat atau sebaliknya. Yang pasti,semuanya
pasti akan dihitung dengan adil dan saksama oleh Yang Maha Adil.
hebat penulisan ini!
ReplyDeletesegan ana.. mindafahmi yg ramai liker n follower komen kt cni..
Deletespeechless...
ReplyDeleteterharu pelajar Univ Dimashq sudi jenguk blog ana..
Delete