Solat
di sisi Yahudi
Sebenarnya solat di sisi Yahudi bukanlah satu kewajipan sehinggalah
berlaku Perpecahan Babili( السبي البابلي) tatkala Haikal Sulaiman dimusnahkan. Yahudi
sebelum ini menjalankan ibadat dengan cara melakukan ibadat korban di Haikal
(tempat ibadat) mereka. Namun selepas musnahnya Haikal Sulaiman,mereka
melakukan ibadat solat sebagai ganti kepada ibadat korban sebelum ini.
Oleh itu,jelas
di sini bahawa solat di sisi Yahudi hanya diwajibkan selepas peristiwa
musnahnya Haikal Sulaiman.
Solat di sisi mereka terbahagi kepada dua iaitu
solat individu (fardi) dan solat secara jemaah. Solat fardi dilakukan mengikut
kesesuaian dan hajat mereka. Manakala solat jemaah dilakukan secara
beramai-ramai di tempat terbuka pada perayaan-perayaan tertentu.
Solat adalah wajib ke atas setiap lelaki dan
wanita kaum Yahudi. Mereka solat dalam keadaan berdiri,duduk,rukuk,sujud,menangis
tanda patuh terhadap Tuhan. Mereka juga
menekankan kebersihan (suci dari janabah) sebelum melakukan ibadat solat.
Waktu solat
Waktu solat di sisi Yahudi terbahagi kepada tiga
:
(1) Solat Fajr : Dinamakan syaharit (شحاريت)
di dalam bahasa Ibri. Waktunya adalah bermula fajr sehingga naiknya matahari
atau 1/3 siang. Mereka begitu menyucikan waktu solat. Oleh itu,tidak dibenarkan
makan atau mengerjakan sebarang kerja sebelum waktu solat. Dan mereka melakukan
syaima(الشيما) iaitu ikrar keimanan mereka sebelum menunaikan solat.
(2) Solat Asar : Dinamakan sengan Minhah
(منحة) dalam bahasa Ibri. Waktunya bermula tatkala gelincirnya matahari
sehingga tenggelamnya matahari.
(3) Solat Petang : Dinamakan dengan
Arabit (عربيت) dalam bahasa Ibri. Waktunya bermula tatkala tenggelam matahari
sehingga gelap sepenuhnya malam. Seperti waktu maghrib dan Isya di sisi umat
Islam.
Syarat Sah Solat
Disana terdapat beberapa perkara yang perlu
dilakukan sebelum melakukan ibadat solat :
(1) Membasuh kedua-dua tangan sebelum memulakan
ibadat
(2) Meletakkan syal di atas kedua-dua bahu. Syal
itu adalah kain khas yang agak besar dan panjang seperti mafla. Syal ini khas untuk lelaki. Syal dianggap satu
barang suci dan tidak boleh disentuh oleh wanita dan diletakkan dalam tempat
khas di dalam rumah. Setiap individu lelaki Yahudi akan mempunyainya semenjak
baligh dan akan kekal digunakan sehingga mati. Kebiasaanya dikafankan sekali
dengan syal ini.
(3) Meletakkan tiflin : Tiflin ini adalah satu
bekas kecil yang diperbuat daripada kayu atau kulit dan tertulis di dalamnya
bacaan Syuma’. Bekas ini biasanya diikat di dahi dan di tangan kiri.
(4) Menutup kepala : Tatkala menunaikan solat
mereka wajib untuk menutup kepala dinamakan di sisi Yahudi sebagai Alyarmulaka
(اليرمولكا). Ia adalah satu topi kecil yang diletakkan di atas kepala sebagai
menunjukkan rasa hormat dan ihtiram mereka. Topi ini hanya dipakai oleh
lelaki,manakal untuk wanita mereka menutup kepala secara keseluruhannya ketika
solat.
![]() |
gambar hiasan |
Bacaan Ketika Solat
Secara umum dikatakan bahawa Yahudi mempunyai
dua jenis bacaan ketika solat. Pertama dinamakan syuma’ (الشماع) dan kedua
dinamakan syamunah asyrah (الشمونة عشرة).
Syuma’
adalah bacaan yang diambil daripada sifr Tasniah dan Adad di dalam kitab Taurat.
Manakala Syamunah Asyrah adalah bacaan yang dinisbahkan kepada Izra dan 120
daripada nabi-nabi dan pendeta Yahudi yang dinamakan Rijal Kanisah Kubra (رجال الكنيسة الكبرى). Sebenarnya syamunah ini terdiri daripada 18 bacaan
tasbih,kemudian ditambah oleh pendeta Yahudi (صموئيل الأصغر) menjadikannya 19
bacaan tasbih. 18 bacaan syamunah itu terdiri daripada bacaan tasbih,syukur dan
tawasul terhadap Tuhan.
Solat disudahi dengan bacaan doa dan munajat
kepada Tuhan dengan penuh keikhlasan. Solat jemaah hanya dilakukan apabila
mencukupi 10 orang yang akil baligh sebagai ahli jemaah.
Solat jemaah dilakukan di sebuah tempat
dinamakan Bayt Taurat (بيت
التوراة) dan ia mempunyai beberapa jenis alat keagamaan
:
(1) Tabut ahd qadim iaitu helaian-helaian
naskhah taurat yang masih kekal dan disimpan di dalam kotak khas.
(2) Lampu-lampu yang sentiasa menyala.
(3) Penunjuk bacaan (المحفل) : ia adalah
penunjuk bacaan yang digunakan tatkala membaca Ahd Qdim (taurat).
Kesimpulannya,Yahudi mempunyai tatacara tertentu
dalam menunaikan ibadat Solat mereka. Dan solat adalah wajib di sisi Yahudi. Mohon
diperbetulkan sekiranya mempunyai sebarang kesalahan dalam tulisan ini.
Untuk membaca tulisan saya sebelum ini tentang Yahudi. Sila klik Satu Ringkasan tentang Yahudi..
Untuk membaca tulisan saya sebelum ini tentang Yahudi. Sila klik Satu Ringkasan tentang Yahudi..
Wallahua’lam.
Dipetik dari
kiitab Muqaranah Adyan
Tulisan
Profesor Doktor Muhammad Ahmad Khatib
Profesor
dalam Bidang Akidah dan Perbandingan Agama,Universiti Urduniyyah
12 April
2013
9.00 pagi
yang sejuk,Yordania
0 comments:
Post a Comment