Tuesday 15 October 2013



Assalamualaikum wbt..


Beberapa minggu yang lepas,saya diberikan peluang untuk membedah sebuah buku sempena Seminar Syiah yang dianjurkan oleh Persatuan pelajar di sini. Saya bukanlah hebat dan tahu semua tentang syiah,namun cuba berkongsi apa yang diketahui dan persediaan sebelum pulang ke Tanah air.

Bersama pembentang kedua Us Rozaimi


Kebelakangan ini isu Syiah di Malaysia semakin panas. Saya yakin perkara ini sudah lama bertapak tetapi hanya kepanasan kebelakangan ini. Mereka semakin berani dan bertambah berani.

Buku yang dibedah bertajuk “Alkhumainiyyah : Ganjil pada akidah dan pendirian”. Sebuah buku yang ditulis oleh Syeikh Said Hawwa,tokoh gerakan Islam Syria. Ditulis sekitar tahun 80-an. Selepas Revolusi Iran 1979. Boleh didapati dalam bentuk pdf,just search and download it.


Diceritakan bahawa tatkala Iran Berjaya dalam revolusinya,umat Islam bersorak dan menyatakan “Inilah masa kebangkitan Islam”. Ramai yang terkesan dengan revolusi ini termasuk gerakan Islam di Syria. Oleh itu,Syeikh Said Hawwa cuba menyelidiki dan melihat “kejayaan” revolusi ini dalam hakikat sebenar. Selepas mengetahui hakikatnya dan apakah sebenarnya Syiah dan Khomeini,maka beliau menulis maqalah ini dengan tujuan memberi peringatan kepada manusia tentang kedasyatan dan hakikat sebenar Khomeini dan syiah.
Mungkin pada masa tersebut belom wujud media massa seperti sekarang,Facebook,twitter,blog dan sebagainya. Oleh itu,tidak hairan lah ramai yang terpengaruh dengan kejayaan palsu tersebut.


Siapakah Khomeini?

Khomeini adalah tokoh yang menggerakkkan dan menjayakan revolusi ini. Untuk maklumat peribadi,kalian boleh search sendiri. Khomeini merampas Iran daripada kuku besi pemerintahan Shah Iran ketika itu yang dipimpin oleh Shah Pahlavi.Revolusi yang memakan masa sekitar 2 tahun membuahkan hasil sehingga memaksa Shah Pahlavi keluar daripada Iran dengan alasan percutian. Khomeini yang ketika itu dalam buangan di Perancis  pulang ke Iran dan disambut oleh ribuan penyokongnya di sana. Khomeini mendapat sokongan ribuan penyokong dengan melaungkan ingin mendirikan kerajaan Islam dan menjalankan hukum Allah. Laungannya disambut dan didokong oleh ribuan penduduk Iran. Hasilnya,Khomeini menjadi Pemimpin Agung yang pertama dalam pemerintahan selepas Revolusi Iran.

Khomeini


Buku Ini

Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian atau part besar iaitu Perbincangan tentang keganjilan Khomeini dari sudut akidah,dan yang kedua perbincangan tentang keganjilan Khomeini dari sudut pendiriannya terutama dalam sudut politik.

Dalam Part pertama,penulis meletakkan 8 point penting dalam mengulas tentang isu akidah Khomeini.

1.       Ghuluww (Melampau) dalam mengagungkan Imam-imam mereka.

Khomeini dan Syiah begitu mengagungkan Imam-imam mereka. Harus jelas di sini bahawa Syiah yang dianuti olehnya adalah Syiah Isna Asyariah iaitu Syiah yang berpegang kuat dengan kemaksuman imam mereka yang dua belas. Bahkan mereka menganggap Imam setaraf dengan para Nabi bahkan lebih tinggi dari itu. Mereka menyarung pakaian maksum iaitu tidak melakukan dosa dan tidak salah terhadap para Imam mereka. Sepertimana yang kita serba maklum bahawa sifat maksum hanya milik para Nabi yang dianugerahkan oleh Allah. Tetapi mereka begitu taksub sehingga menganggap Imam mereka maksum. Bahkan di dalam kitab usul kafi tulisan Al kulaini (ahli hadis di sisi Syiah seperti Imam Bukhari) menyatakan bahawa Imam mereka mengetahui yang ghaib. Setiap perkara atas mukabumi tidak akan berlaku kecuali dengan pengetahuan imam dua belas. Amat dasyat pemikiran seperti ini.

2.       Mengatakan bahawa Al-Quran tidak lengkap.

Apabila berbicara tentang Al-Quran,kita maklum bahawa ia adalah sumber dan masdar terbinanya Islam di atasnya. Setiap perkara di sisi umat Islam adalah berdalilkan Al-Quran,sunnah,Ijmak dan Qias. 

Tetapi Khomeini dan syiah ini menganggap Al-Quran ini tidak lengkap. Dan dinyatakan oleh Alkulaini dalam kitabnya bahawa di sisi mereka terdapat Al-Quran yang dinamakan Al-Quran Fatimah. Mereka mengatakan Al-Quran sekarang sudah diseleweng dan Al-Quran Fatimah adalah Al-Quran sebenar. Jika mereka dengan jelas menolak sumber dan masdar pertama terbinanya Islam,bagaiamana kita mampu memikirkan untuk mengadakan taqrib dengan mereka. Mereka dengan jelas menolak masdar umat Islam yang dipegang teguh oleh kita dengan kesohihan dan terjaganya Al-Quran ini.

3.       Pendiriannya terhadap Sunnah Nabawi

Dalam bab Sunnah Nabawi,harus difahami bahawa ia adalah masdar (sumber) kedua bagi umat Islam. Begitu banyak perkara dalam bab Ibadat dan Aqidah yang bersumberkan dari sumber ini.

Mereka menolak semua hadis atau sunnah kecuali yang diriwayatkan oleh Ahli Bayt. Sebarang hadis yang tidak diriwayatkan oleh Ahli Bayt ditolak oleh mereka. Mereka dalam bab Sahabat R.a (insyaallah akan saya ulas selepas ini) menganggap semua sahabat murtad kecuali beberapa orang. Apabila sahabat dianggap murtad,maka periwayatan hadis oleh sahabat secara automatic tertolak. Oleh itu,bagaimana hendak terbinanya Islam tanpa hadis dan sunnah yang diriwayatkan oleh para sahabat. Begitu pelik akidah mereka.



Untuk point seterusnya akan saya sambung dalam penulisan seterusnya…

Saturday 5 October 2013

HUKUM DAN APLIKASI TERHADAP HUKUM



Hukum dan aplikasi terhadap hukum.

Ia adalah dua perkara yang berbeza dan perlu dibezakan. Hukum adalah satu perkara yang istiqlal,aplikasi terhadap hukum pula adalah sesuatu perkara yang lain.

Apakah itu hukum? Apakah pula aplikasi hukum?

Hukum itu adalah sesuatu perkara samada suruhan atau larangan yang dijelaskan oleh nas terhadap kita. Contoh : Hukum Qisas,hudud jelas kewajipan di dalam Al Quran. Hukum solat adalah wajib. Oleh itu,hukum adalah satu perkara yang sabit dan dijelaskan oleh nas.

Aplikasi hukum pula adalah bagaimana kita cuba melaksanakan hukum itu terhadap masyarakat. Samada terhadap individu tertentu atau masyarakat dikawasan tertentu. 

Setiap indinvidu atau masyarakat pasti mempunyai unsur dan suasana yang berbeza,pasti membawa kepada perubahan cara dalam melaksanakan hukum. Solat orang yang di dalam perang tidak sama dengan solat orang yang berada di dalam keadaan aman. Begitu juga,hukum hudud mahupun qisos jika diaplikasikan tanpa melihat secara terperinci sudah pasti mendatangkan fitnah terhadap agama.

Oleh itu,muncul satu ilmu iaitu ilmu maqasid. Maqasid adalah bagaimana kita cuba melihat tujuan setiap perkara dan syariat dilaksanakan. Contoh,tatkala kita mengatakan pada Qisas itu adanya kehidupan iaitu kehidupan terhadap mujtamak (masyarakat). Maka, keamanan dan kehidupan terhadap masyarakat itu adalah maksud atau tujuan syarak.

Maka,kita harus berusaha dalam mengaplikasi hukum Qisas supaya tujuan dan maksud syarak tercapai. Sekiranya sesuatu hukuman itu diaplikasikan dan tidak mencapai maksud syarak,sudah tentu di sana terdapat satu kelompongan dan kekurangan dalam mengaplikasi hukum tersebut. Akhirnya akan membawa fitnah terhadap Islam itu sendiri.



Kata Imam Syatibi : Seseorang itu mampu berada dalam tahap berijtihad sekiranya mampu menguasai dua perkara :

Pertama : Memahami maqasid syariah secara keseluruhannya
Kedua : Kemampuan untuk mengeluarkan sesuatu hukum berdasarkan pemahamannya terhadap perkara tersebut.


Kesimpulan ringkas yang dapat saya sebutkan di sini,dalam suasana zaman sekarang,kita harus membezakan antara hukum dan juga aplikasi terhadap hukum. Kita jelas bahawa hukum hudud itu wajib. Barangsiapa ingkar tentangnya sudah tentu berada dalam lingkungan mereka yang menolak hukum Allah. Akan tetapi aplikasi terhadap hukum hudud pula adalah sesuatu yang berbeza. Ia memerlukan kepada kefaqihan dan pemahaman yang teliti terhadap nas dan juga waqie (reality semasa). Mungkin boleh dikatakan hukum hudud perlu diteliti dalam sudut aplikasi untuk dilaksanakan,bukan mengingkari hukum tersebut. Tetapi melihat kepada kesan dan aplikasi terhadap hukum tersebut. Kerana setiap aplikasi dan tatbiq terhadap sesuatu perkara sudah pasti memberi kesan dan impak kepada Islam. Dalam mengejar maksud dan tujuan syarak,harus dijauhi fitnah terhadap Islam.

Wallahua'lam


tazkir_zikran@yahoo.com
1 Okt 2013
Mafraq,Jordan

Saturday 20 July 2013

Respon : Aku dan Tabarruk



Assalamualaikum wbt..

Berikutan entry  Respon Pertama yg saya tulis beberapa hari yang lalu. Ramai yg bertanyakan kpd saya meminta penjelasan.

“Hg tak dak adab dgn nabi la” kata Mamat

“ Hg ingat senang ka nk bawa rambut nabi mai malaysia” kata Mat

 “Hg tak sayang nabi ka” soalan padu

Saya tersenyum.


Sayang Nabi S.A.W.

Sahabat-sahabat yg saya muliakan,

Persoalan berikut hanyalah persoalan furu’ dan bukanlah persoalan asas. Persoalan asas di sana adalah bagaimana kita bertaamul dengan nabi S.A.W. Samada dengan atharnya mahupun sunnahnya.

Saya tidak sesekali menafikan tabarruk atau mengambil berkat itu wahai sahabat. Tetapi persoalan menjadikan ia sebagai bahan promosi dan jual beli. Itu yang saya nafikan.

Andai saya tidak menyayangi nabi,apa gunanya saya datang ke Jordan mempelajari sunnah dan warisan yang ditinggalkannya.

Soalan itu tidak patut ditanya.

Soalan sebenarnya yang perlu ditanya adalah apa yang kau lakukan untuk buktikan cinta kau kepada Nabi S.A.W.

Saya buktikan cinta kepada nabi dengan mengikuti apa yg disampaikan di dalam risalah kenabiannya. Apa yang disuruh dan apa yg dilarang.Berselawat kepadanya. Bertaamul sebaiknya dengan sunnah dan atharnya.



Sahabat-sahabat,

Sekali lagi saya ingin tegaskan.

Tabarruk itu tidak salah.

Menjual beli tabarruk itu yang saya anggap salah.

“Hg ingat sapa nak bg barang free lani. Nak minum air zam zam pon kena bayaq” Salim mencelah.

Saya tersenyum sekali lagi.

Pertama,buktikan dulu bahawa ia adalah athar nabi S.A.W yang asli kerana air zam zam itu terbukti dari telaga yg sama.

Kedua,adakah proses dan peralatan menghasilkan sebotol air celupan itu memakan jumlah kewangan yang besar sepertimana membotolkan air zam zam.

Bahkan,bayaran terhadap air zam zam pon kadang-kadang dikritik oleh kita.

“Mahal la air zam zam. Bagi free tak boleh ka”

“Nak free pi minum kt masjid” jawab Tok Siak.


Bersatu dan Hindari Perpecahan

Sahabat-sahabat,

Saya khuatir suatu masa akan datang,muncul mereka mereka yg berniat jahat terhadap agama. Mempromosikan simbol untuk mengalihkan pandangan kita dari subtances.

Untuk apa kita berbalah tentang helaian rambut nabi S.A.W sedangkan diluar sana masih ramai anak muda tidak mengenali Baginda.

Masih ramai anak muda yang tidak tahu berselawat kepada Baginda.

Cukuplah.

 Ummat sudah letih dan penat melihat gelagat para ustaz. Ustaz yang mampu mengajar ummat tentang tarikh peperangan Badar dan jumlahnya ahlinya. Tetapi tidak mampu mendidik ummat untuk mengikut jejak langkah ahli Badar. Beramal dan beriman seperti ahli Badar.

Kini semakin ramai ustaz-ustaz yang mempromosikan makanan yang dibacakan Al-Quran padanya. Dijampi katanya.

Saya tak nafikan keseluruhannya. Bahkan insan insan seperti Dr Haron Din terkenal dengan kaedah perubatan Islamnya amat saya hormati. Bahkan keluarga saya turut menggunakan khidmat beliau.

Tetapi apabila ada insan insan yang melihat keuntungan dari ruang ini cuba meraih untung atas nama agama,saya agak terkilan.

Jikalau orang cina yang kufur itu mampu maju dalam perniagaan tanpa mempromosikan nama Tuhan mereka. Alangkah sedihnya kita terpaksa meletakkan nama agama untuk maju dalam perniagaan.

Sahabat-sahabat,

Alangkah baiknya jika kita menumpukan usaha dan perhatian kita kepada isu yang lebih besar.

Isu negara. Bagaimana untuk memahamkan anak muda tentang Islam. Bagaimana untuk mencegah Syiah yang semakin merebak. Bagaimana ingin menjadikan negara kita aman dan makmur.

Isu sejagat. Bagaimana kita harus memberikan sokongan penuh terhadap isu di Mesir dan Syria. Apakah yang perlu kita sumbangkan buat mereka.

Ingatlah bahawa musuh Islam sentiasa mengamalkan sistem pecah dan perintah. Memecahkan kita kepada negara negara kecil. Memecahkan kita kepada sunni dan syiah. Memecahkan kita kepada sufi,salafi dan wahabi atau sebagainya. Memecahkan kita kepada Hanafi,Syafie,dan sebagainya.



Mengalihkan perhatian kita daripada perkara cabang kepada perkara yang lebih besar.

Moga Allah merahmati kita semua.



tazkir_zikran@yahoo.com
3.30 am
22 Julai 2013



Thursday 18 July 2013

Respon pertama : Isu Tabarruk



Assalamualaikum wbt..

Ahmad : Kenapa la puak wahabi tu tak faham bahasa. Tu la. Orang suruh mengaji,dia pi maen benda lain. Tabarruk tu ada la dalam Islam. Sahabat2 nabi pon tabarruk dgn nabi.

Kamal : Hek eleh.. Awat la puak tarekat,sufi semua tu suka sangat benda benda ni. Dok taksub kat benda benda tu buat pa. Tu la. Orang suruh mengaji depa pi ziarah kubur.

Beberapa hari lepas,heboh isu tabarruk. Apa itu tabarruk?

Tabarruk tu dalam bahasa mudah paham adalah ambil berkat.

Datang beberapa isu yang melibatkan soal tabarruk ini secara khusus dan soal agama secara umum.

Soal tabarruk : Datang seseorang dengan mengatakan bahawa dia mempunyai air rendaman rambut nabi. Sesiapa yg nak air tu boleh pm. Tabarruk dengan rambut nabi.

Soal agama : Datang ustaz ustaz yang menawarkan khidmat air rebusan sarang anai-anai yang telah makan 22 juzuk Al-Quran ditambah dengan beberapa benda lain yg dikatakan berkat.

Ada juga yang mempromosikan air gas berkarbonat yang dibacakan 30 juzuk Al-Quran.

Tak mustahil selepas ini akan muncul khidmat juadah hidangan berbuka yg dibacakan 30 juzuk dan Sohih Bukhari Muslim.



Pandangan saya

Soal agama tentang mempromosikan atas nama Islam itu memang saya tentang sekuat kuatnya kerana ia membawa ke arah agama menjadi bahan niaga dan bahan jenaka.

Kita harus mengambil iktibar bagaimana munculnya Protestan dari Kristian adalah kerana tidak berpuas hati dengan isu penjualan Sijil Pengampunan. Sesiapa yg ingin bertaubat dari dosa,boleh membeli pengampunan dengan harga tertentu. Jual beli agama.

Tidak salah ingin membacakan Al Quran kepada air atau apa sahaja.Namun untuk urusan jual beli. Saya tentang sekuat kuatnya.

Soal tabarruk pula,saya tidak menafikan tentang tabarruk itu punyai asas. Tetapi tindakan seperti mempromosi utk jual beli amat tidak saya setuju. Andai kalian betul betul nak semua orang dapat berkat itu,apa salahnya direndam dalam lautan.

Tak salah untuk mengambil berkat. Yang salah adalah jual beli berkat atas nama agama.


Wallahua’lam

p/s : ini respon pertama. Insya Allah respon yang lebih panjang akan diutarakan selepas ini.

Monday 1 July 2013

Sebenarnya dia Sepupu saya



Bismillahirrahmanirrahim..

Zohor tadi saya sempat solat di masjid berdekatan rumah. Di sapa imam selepas solat. Lantas bertanyakan kesediaan untuk mengimami terawih ramadhan ini.

“InsyaAllah,jahiz”,saya menjawab.

Rupanya Ramadhan dah dekat.

Saya menapak pulang ke rumah. On kan laptop. Facebook.com laman pertama saya cecah. Terpampang satu status. Dari sepupu saya. Entah mengapa hati ini teringatkan dia. Terutama menjelang Ramadhan dan Hari Raya.

Saya tinggal di rumah nenek sebelah ayah saya. Jarang pulang ke kampong sebelah emak. Mungkin sebab itu saya lebih rapat dengan sepupu dan saudara sebelah ayah berbanding sebelah emak.

Kami sebaya walaupun secara hakikat umur saya tua setahun dari dia.

Saya selalu dan akan sentiasa ingat.

Setiap kali menjelang hari raya. Di akhir ramadhan,saya akan sentiasa menunggu. Menunggu bunyi tayar kereta Perdana bernombor plat W..

Kadang-kadang selepas subuh saya akan menjenguk ke luar rumah. Melihat kelibat kereta itu. Perasaan akan menjadi girang tatkala dia datang.

Keluarganya dan keluarga saya


Keluarga kami banyak bunga berbanding kumbang. Mungkin disebabkan itu saya amat rapat dengan dia
.
Saya masih ingat.

Setiap kali dia pulang ke kampong ketika ramadhan,pasti ada “buah tangan” yang dibawa bersama. Mercun bola,roket,ketupat,bunga api dan lain-lain lagi. Buah tangan akan dibahagikan kepada dua bahagian. Dan malam itu kampong akan dinyanyikan dengan lagu mercun.

Saya juga masih ingat.

Pernah sekali kami bermain mercun roket. Dan mercun itu terbang ke dalam rumah. Akibatnya dia dimarahi oleh ibunya (arwah maklang). Saya seringkali terlepas dari kesalahan. Mungkin kerana saya anak saudara kesayangan.

Saya juga masih ingat.

Saat kami mencari bahan-bahan meriam. Belerang dan sebagainya. Cuba melawan meriam dari kampong seberang.

Masa cepat berlalu. Sekarang banyak perkara berubah.

Saya sudah tidak menjenguk ke luar mencari kelibat kereta Perdana lagi kerana saya tahu saya berada amat jauh dari rumah. Saya juga sudah tidak reti untuk memahami nilai dentuman mercun.

Masing-masing sudah besar dan membawa diri mencipta identiti. Saya sebagai bakal ustaz di Jordan dan dia sebagai bakal doktor di Mesir. Masa pantas berjalan merubah segalanya.

Kelmarin sempat bersembang dan berjalan-jalan sekitar Mafraq  bersamanya apabila dia singgah sebentar dari Mesir sebelum terbang ke Malaysia. Pulang untuk misi yang amat besar. Misi kehidupan.

Mungkin ini Ramadhan dan Hari Raya terakhir sebelum dia bergelar suami orang. Suami kepada seseorang.

Saya tak sempat dan tidak berpeluang menyambut tarikh keramat bersamanya. Namun iringan doa tidak pernah saya lupakan.

“Moga Allah memberkati dan sentiasa memberikan petunjuk kepadamu dalam kehidupan”

Dia sepupu terbaik yang pernah dan sentiasa saya ada.


Well done bro.


Sunday 30 June 2013

Takdir itu rahsia Tuhan




Assalamualaikum wbt..

Seminggu sudah berlalu. Minggu lepas beberapa orang sahabat saya mengalami musibah kemalangan jalanraya yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan cedera parah.

Seorang pelajar dari UK meninggal dunia,manakala 4 orang lagi cedera.



Alhamdulillah,hari ini saya dimaklumkan bahawa drebar (cedera parah) sudah dibenarkan pulang dan beransur pulih.

Saya cuba mengingati beberapa bulan yang lalu. Saya pulang ke Malaysia menyambut Hari Raya di sana.
Sebulan kemudian. September 2012 saya tiba di lapangan terbang Queen Alia,Jordan. Jam 2 petang. Sempat bertemu mata dan bersembang dengan seorang sahabat dari universti Mu’tah (univ lain) yang datang menyambut rakannya. Jam 5 petang saya dimaklumkan beliau terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia.

Takdir

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري ومسلم

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Mati,hidup,kahwin,cerai. Semuanya bergabung dibawah satu nama iaitu jodoh dan takdir. Setiap insan sudah ditetapkan jodohnya. Jodoh bukan bermaksud kahwin semata-mata. Mati juga adalah jodoh. Jodoh bertemu Tuhan.

Islam mengajar kita untuk beriman dengan Qada’ dan Qadar. Bahkan ia adalah rukun iman keenam yang harus kita imani. Beriman,yakin serta percaya bahawa setiap perkara yang berlaku adalah takdir dan ketentuan Tuhan. Kata manusia zaman ini, “Kita merancang,Tuhan yang menentukan”

Persoalan takdir

Ramai yang bertanya tatkala ditimpa musibah. Mengapa jadi begini? Mengapa harus aku?
Bahkan,menjadi trauma untuk berjalan kerana runsing akan ditimpa musibah yang sama.

Persoalan takdir adalah satu perkara yang besar yang harus difahami. Qada dan qadar adalah ketentuan Tuhan yang telah ditetapkan untuk hambaNya. Disebaliknya tersembunyi hikmah yang mungkin tak mampu kita jangkaui.

Bersangka baiklah dengan Tuhanmu.
Ramai yang sedih mendengar berita kematian.
Namun Islam mengajar kita untuk sentiasa bersabar dan bersangka baik dengan Allah.

Boleh jadi Allah menjemputnya lebih awal kerana mahu mengurangkan dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga. Boleh jadi Allah memanjangkan umur kita supaya kita bersegera bertaubat dan beramal sebanyaknya.

Mati

Kematian datang tanpa kita ketahui.
Entah bila. Entah di mana.

Kematian adalah peringatan yang paling ampuh buat yang masih hidup. Supaya mereka ingat bahawa ajal tidak mengenal usia dan tempat. Tidak mengenal jawatan dan harta.

Manusia hanya disuruh beramal sebaiknya. Soal ajal dan maut milik Allah. Takdir adalah hanya milik Tuhan. Bertaubatlah sebelum tiba giliran kita.

Sesungguhnya mati itu pasti. Namun tarikhnya belum tiba. Setiap hembusan nafas sentiasa menjadi kiraan malakul maut. Mungkin ia adalah hembusan terakhir.

Kadang-kadang rasa insaf menyapa hati apabila mendengar berita kematian. Itu tandanya hati kita masih lembut menerima peringatan Tuhan. Usah berlengah. Tadahlah tangan meminta ampunanNya.Kerana takdir itu rahsia Tuhan.




Friday 14 June 2013

Secebis Pendapat : Mahar dalam bentuk manfaat



Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah. Segala puji hanya milik Allah S.W.T,selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W,para ahli bayt dan sahabat-sahabatnya.

Saudara,

Kebelakangan ini semakin ramai para sahabat saya yang bakal menamatkan zaman bujang dan beralih ke alam rumahtangga. Jemputan demi jemputan saya terima. Tak kesemua mampu saya hadiri. Namun doa saya tetap akan mengiringi kalian.

Barakallahulakuma wa jama’a bainakuma bilkhair..



Saudara,

Keputusan menuju ke gerbang perkahwinan bukanlah satu keputusan yang mudah. Hanya mereka yang bersedia dengan persediaan yang cukup mampu melangkah ke gerbang ini kerana alam perkahwinan adalah satu alam baru yang menuntut tanggungjawab dan persediaan yang mantap dari mereka yang bakal menempuhnya.

Apabila berbicara soal perkahwinan,di sana ada satu perkara biasa yang dibincangkan samada oleh mereka yang bakal berkahwin mahupun mereka yang belom bersedia untuk kahwin iaitu mas kahwin (mahar).

Apakah itu mahar?

Mahar dalam bahasa yang paling mudah disebutkan adalah hadiah atau pemberian dari sang suami kepada si isteri samada dalam bentuk wang atau sebagainya. Dan hukum memberi mahar adalah wajib ke atas suami.

“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib )”
 Surah An-Nisa’ (4)

Oleh itu,harus difahami oleh bakal-bakal suami sekalian bahawa mahar itu adalah wajib. Namun tidak disebutkan had yang paling rendah atau paling tinggi bagi mahar. Di sana terdapat pelbagai pendapat ulama tentang had mahar ini. Namun tiada satu ketetapan akan hadnya.

” Sebaik – baik perempuan adalah yang paling murah maharnya ” ( HR. ibnu Hibban, Hakim, Baihaqi, Ahmad )

Gambar Hiasan


Oleh hal yang demikian,terpulang kepada anda untuk memberikan samada segunung emas mahupun selaut mutiara buat bakal isteri anda. Mahar yang tinggi tidak menjanjikan sebarang kebahagiaan kerana ia bukanlah satu syarat untuk mencapai bahagia dalam rumahtangga. Yang penting mahar yang diberikan biarlah mampu menjadikan hidup anda tenteram dan selesa dalam menempuh alam rumahtangga.

Saudara,

Kebelakangan ini semakin ramai yang cuba memberi mahar yg dikatakan “Islamic” iaitu dalam bentuk bacaan Al-Quran (manfaat) kepada isteri. Maka,penuhlah mukabuku dengan video bacaan Al-Quran si suami kepada isteri. Ramai pula lah yang teringin dan ingin membaca Al-Quran di depan sang isteri biarpun selama ini jarang membaca Al-Quran.

Oleh itu,saya di datangkan persoalan. Apakah hukum mahar dalam bentuk manfaat (bacaan al quran misalnya)? Manakah yang lebih afdhal (terbaik). Dalam bentuk material (wang) atau dalam bentuk manfaat?

إنِّي لَفِي القومِ عندَ النَّبيِّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ فقامتِ امرأةٌ فقالت يا رسولَ اللَّهِ إنَّها قد وهبَتْ نفسَها لكَ فَرَأْ فيها رأيَكَ فسكتَ فلم يُجِبها النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ بشيءٍ ثمَّ قامَت فقالَ يا رسولَ اللَّهِ إنَّها قد وهبَت نفسَها لكَ فرأْ فيها رأيَكَ فقامَ رجلٌ فقالَ زوِّجنيها يا رسولَ اللَّهِ قالَ هل معكَ شيءٌ قالَ لا قالَ اذهَبْ فاطلُب ولو خاتَمًا من حديدٍ فذهبَ فطلبَ ثمَّ جاءَ فقالَ لم أجِدْ شيئًا ولا خاتَمًا من حديدٍ قالَ هل معكَ منَ القرآنِ شيءٌ قالَ نعم معي سورةُ كذا وسورةُ كذا قالَ قد أنكحتُكَها على ما معكَ منَ القرآنِ
                 سهل بن سعد الساعدي المحدث:الألباني - المصدر: صحيح النسائي - الصفحة أو الرقم: 3280 راوي:
خلاصة حكم المحدث: صحيح

Daripada Abi Hazim bin Dinar, daripada Sahal bin Sa’ad as-Sa’eidi r.a. bahawa Nabi s.a.w. didatangi seorang perempuan, lantas berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menghibahkan diriku kepadamu.” Maka perempuan itu berdiri lama (menanti jawapan). Maka seorang lelaki bangun seraya berkata: “Ya Rasulullah, nikahkan saya dengannya sekiranya engkau tidak berhajat kepadanya.” Rasulullah s.a.w. bertanya lelaki itu: “Adakah engkau memiliki sesuatu untuk dijadikan mas kahwin yang diberikan kepadanya?” Lelaki itu menjawab: “Aku tidak mempunyai sesuatu apapun kecuali kain yang aku pakai ini.” Baginda bersabda: “Sekiranya engkau berikan dia kain itu, engkau duduk dalam keadaan tidak ada kain. Maka carilah sesuatu!” Lelaki itu menjawab: “Aku tidak mempunyai sesuatu.” Nabi s.a.w. bersabda lagi: “Carilah, walaupun sebentuk cincin besi.” Lelaki itupun mencari, namun dia tidak menemui sesuatu. Maka Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: “Adakah di sisimu sesuatu (menghafaz) daripada al-Quran?” Lelaki itu menjawab: “Ya, surah sekian dan sekian.” (Dia menyebut surah-surah yang dihafaznya). Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya aku nikahkan engkau dengannya dengan (mas kahwinnya) apa yang kamu ada daripada al-Quran.”

Hadis ini merupakan satu dalil yang jelas menunjukkan keharusan untuk memberi mahar dalam bentuk manfaat apabila si lelaki tidak mempunyai harta yang lain setelah disoal oleh Nabi.

Saudara,

Islam adalah agama rahmat dan meraikan fitrah manusia. Oleh itu,antara rahmat Islam adalah memudahkan perkara yang payah. Apabila tiada harta untuk berkahwin,maka Islam mengharuskan untuk memberikan mahar dalam bentuk manfaat.

Namun harus difahami konteks hadis tersebut bahawa si lelaki sudah disoal tentang hartanya. Maka,apabila ditanyakan tentang afdhal atau terbaik. Sudah tentu mahar dalam bentuk material adalah lebih baik.

Mahar ini amat penting buat si isteri kerana apabila berlaku sebarang perkara tidak diingini,dia sudah mempunyai persiapan dari sudut material yang sedia ada. Selain itu,mahar dalam bentuk material lebih bersifat boleh dipercayai dan sukar berlaku penipuan dan dapat dilihat serta disaksikan oleh semua pihak.

Saudara,

Saya bukanlah insan yang melawan mereka yang berusaha memudahkan urusan perkahwinan dalam sudut mahar. Tetapi saya cuba membawa mereka memahami bahawa mahar adalah satu perkara yang penting. Supaya tidak berlaku sebarang penipuan atau ketidakadilan terhadap wanita atas nama Islam.

Tidak dinafikan membaca Al-Quran di hadapan isteri adalah suatu benda yang baik (sweet orang kata). Namun,bukankah para sahabat kebanyakannya memberikan mahar dalam bentuk material kepada si isteri. Dapat kita lihat tatkala Nabi menyoal kepada Abdurahman bin Auf tentang mahar yang diberikan. Maka beliau menjawab,”aku memberikannya emas”.

Kesimpulan dan pendapat peribadi saya adalah lebih baik mahar diberikan dalam bentuk material bagi mereka yang mampu dalam aspek ini. Tidak perlu mengejar mahar yang kelihatan Islamic. Berilah mahar mengikut kemampuan anda. Tidak perlu mengejar mahar yang tinggi kerana anda bukanlah membeli anak dara orang.

Oleh itu,buat mereka yang mahu memberikan mas kahwin dalam bentuk manfaat tiada masalah. Namun,lebih baik andai diberikan dalam bentuk material (wang atau sebagainya).

Saudara,

Keikhlasan anda dalam urusan mahar menjadi penyumbang ke arah kebahagiaan rumahtangga anda. Jika betul-betul ingin membina rumahtangga dengan Al-Quran. Pastikan zuriat yang dilahirkan dibesarkan dalam suasana Al-Quran dan sentiasa dibacakan Al-Quran padanya. Itu baru sweet namanya.

Akhir kata,selamat pengantin baru buat sahabat-sahabat terutama sepupu tersayang, Arieffahmi Abdul Razak. Moga perkahwinan diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. dan dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga.

This is my sepupu. Very smart. Patut akhowat JUST sangkut.







Tuesday 11 June 2013

Diari Umrah 1434 H



Alhamdulillah.. Syukur,puji dan puja segalanya milik Allah S.W.T.

Ada kawan bertanya, “ Sudah berhenti menulis kah? “
Bukan.
Aku hanya berehat seketika. Muhasabah diri penuh dosa. Merenung erti kalam sang Pencipta.
2 minggu menempuh peperiksaan akhir kuliah di Universiti. Terus disambung musafir ke Tanah Haram selama 9 hari.

Memberi aku sedikit masa bermuhasabah diri. Koreksi jiwa dan hati. Mencari muraqabah yang semakin pudar hari demi hari.

Alhamdulillah.. Keputusan peperiksaan sudah keluar. Sedikit kecewa kerana tidak mencapai apa yang dihajatkan. Namun aku sedar. Aku hanya makhluk dengan ilmu yang terbatas. Sedangkan Dia adalah Pencipta yang mengetahui segala-galanya.

Kadang-kadang kita meminta seringgit,namun Allah berikan 50 sen. Mungkin Dia mahu elakkan kita dari dosa membazir.

Kadang-kadang kita minta seringgit,namun Dia berikan 10 ringgit. Mungkin Dia mahu kita lebihkan infaq.
Bersangka baiklah. Tidak akan rugi.

Musafir
Manusia itu sifatnya tidak menentu. Kadang-kadang kuat. Kadang-kadang lemah.
Kadang-kadang hati penuh taat. Kadang-kadang maksiat datang menyengat.

Oleh itu,manusia disuruh untuk sentiasa bermuhasabah dan koreksi diri supaya saat rebahnya itu tidak lama.
Salah satu cara bermuhasabah adalah engkau bermusafir dan keluar ke dunia luar seketika melihat tanda-tanda kebesarannya.

Musafir juga memberi kita peluang untuk keluar dari zon selesa dan biasa. Membina persekitaran yang lebih baik buat diri.

Kali ini aku bermusafir ke Tanah Haram. Aku temui suasana baru.
Suasana ibadah dan suasana ilmiah.

Mekah

Ini kali kedua aku sampai di sini.
Sungguh. Persekitaran dan suasana banyak mempengaruhi corak kehidupan seseorang.

ni gambar umrah kali pertama 2011


Jika di Masjidil Haram,datang awal sejam atau dua jam ke masjid adalah perkara yang biasa.
Namun,sukar untuk dilakukannya di rumah kita.

Jika di sini,membaca sejuzuk itu amat sedikit terasa. Ingin ditambah lagi bacaan juzuk demi juzuk.
Namun,untuk menghabiskan sejuzuk di rumah sungguh sukar terasa.

Mengapa begini?

Suasana ibadah di Masjidil Haram dengan lautan manusia berpusu-pusu melakukan ibadah tawaf,membaca Al-Quran,berzikir menjadikan kita turut sama berada dalam pengaruh suasana tersebut.
Aku akan sentiasa merindui suasana ini. Bi’ah ibadah di bumi Mekah.

Madinah

Di sini aku temui suasana ilmiah. Aku sempat singgah bertamu di Universiti Islam Madinah.

ni juga gambar umrah 2011. Umrah kali ni tak dak mood nak snap gambar.


Sungguh berbeza.
Suasana pengajian begitu subur. Ada yang sedang menghafal matan,ada yang sedang membaca kitab,ada yang hanyut mengulang Al-Quran,ada yang mengikuti daurah ilmiah.

Timbul iri hati terhadap sahabat-sahabat yang diberikan kesempatan belajar di sini. Suasana yang menjadikan semangat menuntut ilmu itu subur.

Ibrah musafir

Aku pulang ke Jordan dengan harapan baru.
Moga Allah kurniakan istiqamah kepadaku.

Aku belajar satu perkara dalam musafir ini. 
Persekitaran dan suasana itu antara faktor terpenting dalam mencorakkan kehidupan seorang manusia.

Jika diperhatikan,suasana atau persekitaran banyak mempengaruhi cara hidup kita.
Suasana ilmiah menjadikan kita rasa selesa dan sentiasa inginkan ilmu.
Suasana ibadah buatkan kita terasa ingin sentiasa rukuk dan sujud.

Namun,
Apabila suasana pasif dan negatif yang mempengaruhi kita,
Kita akan dicengkam rasa malas dan lembik.

Contohnya,
Jika di Masjidil Haram,datang awal ke masjid sejam atau dua jam adalah perkara biasa dan mampu dilakukan.
Tetapi agak sukar ingin dilakukan datang awal itu di rumah kita.

Jika di Masjidil Haram,membaca sejuzuk Al Quran terasa sedikit,ingin ditambah lagi bacaannya.
Tetapi agak sukar untuk istiqamah sejuzuk di rumah kita.

Mungkin kerana suasana ibadah dan Al Quran di Masjidil Haram mempengaruhi kita untuk turut bersama bertilawah,rukuk serta sujud.


Oleh itu,berubah atau mengubah diri berkait rapat dengan mengubah persekitaran. Keluarlah seketika dari kepompong biasa supaya muhasabah kehidupan dapat memberikan kita peluang untuk mencorakkan kehidupan ke arah yang lebih baik.


tazkir_zikran@yahoo.com
haramain
27 Rejab 1434 H

Saturday 18 May 2013

Dewa : Qawaid Fiqhiyyah


Assalamualaikum wbt..

Sekarang musim exam. Kadang-kadang sehari 2 paper. Kadang-kadang 2 hari satu paper. Begitulah seterusnya. Tak sempat nak tulis dan cerita panjang dalam blog kebelakangan ini. Cumanya kali ni saya cuba berkongsi tentang "Qawaid Fiqhiyyah". Terutama kepada sahabat-sahabat yang bakal amek paper esok hari. Tulisan ini adalah terjemahan dari sahabat saya Ammar Imran a.k.a Dewa (hanya sedikit sahaja org yg mengetahui maksud dewa).

Moga mendapat manfat.

لقاعدة، لغة : الأساس
اصطلاح الفقهاء : حكم كلي ينطبق على جميع جزئيته.

١. الأمور بمقاصدها
Sesuatu perkara berdasarkan niatnya.
Contoh : Seseorang mengutip dompet yg jatuh dgn niat nk hntar blek dikira beramanah. Mnakala jika dia kutip dgn niat nk ambil duit maka dikira khianat.
Niat juga bleh mnukarkn hukum. Contoh : Nikah sunat tp haram jika niat nk memudharatkn isteri. Adapun niat yg xdisertai dgn prbuatan, xdihukum ke atasnya. Contoh : niat nk cerai isteri. Tak jatuh talak.

٢. العبرة في العقود للمقاصد والمعاني لا للألفاظ والمباني
Apa yg dikira pd aqad mengikut tujuan dan makna tersirat bkn pada lafaz dan benda tersurat. Beberapa pecahan.
1) Beri hadiah dgn syarat kena bayar dikira jualan. Contoh: Aiman menghadiahkan jam kpd Adam dgn syarat Adam byr 10JD, dikira sbg jualan.
2) Beri pinjam dgn syarat kena bayaran dikira sbg sewa. Contoh: Ali beri pinjam basikal pd Abu dgn syarat Abu byr 2JD, dikira sewa.
3) Pindah hutang dgn syarat xterlepas peminjam asal dikira jaminan. Contoh: Delu pinjam duit dari Aiz, Aiz ada pinjam duit dari Muin. Aiz sruh Delu bayar terus pd Muin dgn syarat Aiz xbleh lps tgn.

٣. الأصل في الكلام الحقيقة
Menggunakan lafaz pd maknanya yg asal. Tdk mengambil makna majazi (kiasan). Seperti perkataan الأسد dikira haiwan singa bkn seseorg yg gagah.
Contoh: seseorg berkata, "Aku waqafkan tanahku ini pada anak2(أولاد) aku, kmudian pd fakir miskin." Pemilikan tanah waqaf tu hanya bgi anak2 beliau, bkn pada cucu2 (أحفاد) keturunan bliau (jika guna majaz).

٤. إعمال الكلام أولى من إهمالها
Ambil cakna pada sesuatu pernyataan lbeh aula dari mengabaikannya. Biasa digunakan dlm pendakwaan.
Contoh: Aiman mendakwa Adam berhutang dgnnya sbnyak 10JD tnpa sbut sbab, kmudian dia ulang balik pernyataan tu. Kena amek kira. Pengecualian: Kalau xlogik sprt Aiman dakwa Adam tu ayah dia sdgkan Adam lbeh muda dari Aiman, maka diabaikan.

٥. لا ينسب إلى ساكت قول، لكن السكوت في معرض الحاجة بيان
1) Senyap tanpa ditanya x dikira redha. Cnth: Muin ambil jam Ali dpn Ali tnpa mntk kebenarannya dan Ali diam, xdikira sbgi Ali redha.
2) Tapi senyap apabila ditanya dikira redha. Cnth: pinang ank dara, klu snyap tnda stuju.

٦. لا مساغ للإجتهاد في معرض النص
Tak boleh berijtihad pd perkara yg sudah ditetapkan hukumnya oleh nas. Cnth: riba haram, xbleh ijtihad bhw ia halal.

٧. اليقين لا يزول بالشك
Yakin tak terhapus dgn syak (ragu2). Cnth: yakin ada wuduk, tiba2 dtg was2, ambil yg yakin.

٨. الأصل براءة الذمة
Hukum asal seseorg tu bebas dari tanggungan org lain. Pecahan dari istishab. Biasa digunakan dlm penghakiman.
Cnth: Seseorg mndakwa si fulan ada hutang dgnnya xdisabit kslahan hingga ada bukti.

٩. البينة على من ادعى واليمين على من أنكر
Berkait dgn yg atas. Pendakwa dikira benar dgn buktinya, dan sumpah bagi sesiapa yg tak mengaku salah.
Cnth: Li'an keatas isteri. Kalau xde bukti, kena sumpah.
(Lian : sumpah yang dikenankan keatas kedua pasangan apabila salah seorang menuduh melakukan zina.)

١٠. ما حرم أخذه حرم إعطائه
Apa yg haram mengambilnya maka haram jgk memberikan pd org lain.
Cnth: Xharus beri rasuah sprti mna xharus mngambilnya.

التصرف على الرعية منوط بالمصلحة
Khas bagi pemerintah. Setiap urusan negara mesti kena bawa manfaat dn kebaikan pd rakyat.
Cnth: Pemimpin xbleh lntik pekerja yg xamanah.

١٢. لا ضرر ولا ضرار
Terbahagi pd 2:
1) Tak boleh bawa mudharat pd org lain. Cnth : pukul org.
2) Tak boleh balas mudharat dgn mudharat. Cnth: org yg disakiti xbleh balas bnda yg sama. Kena jumpa hakim.

١٣. الضرر يزال
Wajib hilangkan mudharat. Tak boleh hilangkan mudharat dgn mndatangkan mudharat yg semisal dngnnya. Cnth: buka tingkap bradap dgn tingkap ank dara, wajib ttup atau ltak tabir.

١٤. يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام
Buat satu benda, beri mudharat pd 1 kumpulan kecil, untuk elak mudharat yg lebih ramai.
Cnth: rombak pagar rumah org (mudharat khas), untuk perluaskan jalan.

١٥. الضرر الاشد يزال بالضرر الأخف
Atau سد الذرائع. Menghilangkan mudharat dgn mudharat yg lbeh ringan drinya.
Cnth: makan mknn org lain sbb lapar, klu tak makan, boleh mati.

١٦. الضرورات تبيح امحظورات
Darurat mengharuskn bnda2 yg dilarang.
Cnth: arak-haram. Harus minum bila xde langsung minuman lain. Klu xminum bleh mati.

١٧. الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة أو خاصة
Semua manusia berhajat padanya. Maka dkira sbg darurat.
1) Darurat am-semua mnusia berhajat pd nya. Cnth: Tempahan (السلم) xboleh pd asalnya dibolehkan krn hajat, cnth Msia nk tempah jet pejuang dari Amarika.
2) Darurat khas-sbhgian org.

١٨. درء المفاسد أولى من جلب المنافع
Menutup keburukan lebih didahulukan dari membawa kebaikan. Atau 'cegah lebih baik dari merawat'.
Cnth: rokok,arak,halang buat kilang LYNAS.

١٩. العادة محكمة
Adat atau uruf sesuatu msyrkt dikira dlm mensabitkan hukum.
Cnth: sorang pakcik jatuh, sorang budak tolong bangunkan pakcik tu, klu bdak tu mntak bayaran/upah, pakcik xperlu byar sbb adatnya bgitu.

٢٠. لا ينكر تغيرالأحكام بتغير الأزمان
Tak dinafikan berubahnya hukum dgn beredarnya masa. Iaitu hukum yg terbina di atas uruf dan adat.
Cnth: hukum hakam xditurunkan pd fatrah makkiyyah.

٢١. العبرة للغالب الشائع لا للنادر
Yang dikira pada bnda yg biasa berlaku bkn pd bnda yg jarang brlaku.
Cnth: seorg lelaki brumur 17 thn dikira capai thap umur baligh wlupun dia blum baligh.

٢٢. الغرم بالغنم
Risiko sejalan dengan keuntungan.Cnth : Akad syarikat. Untung sama rata, rugi pun sama rata.

٢٣. جناية العجماء جبار
Khas untuk haiwan ternakan. Mudarat yg disebabkan oleh haiwan ternakan, pemilik haiwan xbertanggungjwb.
Cnth: kambing Ali terlepas dari kandang, pergi ragut sayur jirannya, Ali xperlu bayar. Lain klu Ali sndiri lepaskan kambing2nya ke kebun sayur jirannya tu, Ali kena tnggungjwb.

٢٤. لا يجوز لأحد أن يتصرف في ملك الغير بلا إذنه
Tak boleh berurusan dgn harta milik org lain tanpa izinnya.
Kecuali pd hal yg berikut. Cnth: Ali ternampak seekor lembu yg nyawa2 ikan lepas kna langgar lori, trus dia pergi smbelih. 'Illahnya, klu tuannya ada kat situ, dia akan sruh Ali sembelih, klu xjadi bangkai.

٢٥. الأجر والضمان لا يجتمعان
Apa yg diganti, xdiwajibkan bayar sewa.
Cnth: A bagi pnjam basikal pd B (1JD/hari). Basikal rosak, B baiki dgn 5JD. B boleh guna selama 5 hari atau ambil balek duit dari si A.

٢٦. من استعجل الشيء قبل أوانه عوقب بحرمانه
Sapa nak dapatkan sesuatu bnda dgn cepat sblm masanya, maka bnda tu haram baginya.
Cnth: harta pusaka. Anak bunuh ayah unk mndapatkan harta pusaka, balasannya, harta tu diharamkan ke atasnya.


Link asal utk tulisan ini : Dewa

Ammar Imran a.k.a. Dewa (disebelah kanan) bersama kaum kerabatnya.