Thursday 9 May 2013




Assalamualaikum wbt..

Hampir hilang mood untuk update blog. Bersawang ditinggalkan seminggu lebih. Harus menyelesaikan yang wajib sebelum melakukan yang sunat. Ditambah dengan fatrah (tempoh) exam dan assignment yang menimbun. Namun masih sempat mengikuti perjalanan Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. Tetapi kali ini tiada mood untuk mengulas,menulis,menaip atau membincangkan tentang isu ini. Terpaksa meneliti dengan kadar teliti yang penuh dalam menerima berita terutama dalam tempoh sekarang. Masing-masing mengatakan mereka di pihak yang benar. Bahkan bangla pon mengaku sebagai warganegara Malaysia. Opss.. Termasuk tajuk pulak. Ok. Stop it.

salah satu aktiviti sempena PRU



Alhamdulillah.. Hari ini hari terakhir kuliah di Universiti. Mendengar taujihat dan nasihat terakhir dari pensyarah kesayangan,Doktor Hamad Hamid dalam kuliah Manhaj Fuqaha’. Membincangkan tentang Imam Ahmad bin Hanbal. Antara imam mazhab yang empat. Minit-minit terakhir beliau memberi pesan supaya kami memenuhkan saat dengan membaca. Dinasihatkan kepada kami supaya menjauhkan diri dari aktiviti membunuh waktu kerana hukuman qisas yang mendatang akan membunuh masa depan kami.


Kali ini aku cuma nak ambil satu kisah yang diceritakan sebenar tadi tentang Imam Ahmad bin Hanbal.

Diceritakan bahawa Imam Ahmad adalah seorang yang gemar bermusafir. Sudah tentu bermusafir mencari ilmu menuntut kalam ulama’. Salah satu sifat penuntut ilmu adalah bermusafir. Beliau bermusafir jauh dari negerinya (Baghdad) dan tiba di satu negeri yang beliau tidak dikenali di sana. Oleh sebab tiada tempat tinggal,maka beliau singgah di masjid dengan niat ingin bermalam di sana. Namun hasrat beliau tidak tercapai kerana dihalau keluar masjid. Maka,beliau duduk keseorangan di luar masjid. Tiba-tiba beliau disapa oleh seorang pembuat roti dan diajak untuk bermalam di rumahnya. Lantas Imam Ahmad bersetuju.


Menjadi tabiat Imam Ahmad untuk menghidupkan malam (qiamullail),maka bangunlah beliau. Beliau mendapati si pembuat roti juga bangun malam itu,namun bukanlah untuk solat mahupun membaca al-quran. Pembuat roti bangun untuk menguli tepung untuk dibakar dijadikan roti. Sambil menguli tepung,dia beristighfar tanpa henti-henti. Maka,Imam Ahmad menegur.

“ Itu (Istighfar) sahajakah yang kau reti”

Dengan maksud beliau cuba menasihatkan si pembuat roti untuk membaca tasbih,tahmid dan lain2. 

Maka,beliau lanjut bertanya,

“Apakah kesan kau selalu mengulang-ulang istighfar sahaja”

Maka si pembuat roti berkata,

“ Demi Allah,semenjak aku mengamalkan dan mengulang-ulang istighfar ini. Tidak pernah Allah menolak permintaan dan doa aku kecuali satu. Aku meminta untuk berjumpa Imam Ahmad bin Hanbal. Sehingga hari ini belum dikabulkan”

Ucapnya tanpa menyedari insan yang sedang bermalam dirumahnya malam itu.

Satu sahaja point untuk post kali ini. Perbanyakkan istighfar terutama selepas PRU kali ini. Sudah tentu banyak perkara yang khilaf telah kita lakukan. Banyak hati telah kita lukakan. Boleh jadi keputusan PRU kali ini kerana dosa kita. Boleh jadi doa kita ditahan kerana kurangnya istighfar kita. Oleh itu,point kali ini.

PERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN BERTAUBAT LAH!!



P/s : jika kita begitu meminati seseorang samada ulama,pemain bola,atau artis. Sudah tentu berjumpa dengannya menjadi saat terindah dalam hidup kita. Kalau orang minat dengan siti nurhaliza,Nampak kereta dia parking saja,dah siap amek gambar n post fb. Nak kata bangga boleh jumpa dengan kereta siti. Itu baru artis,inikan pula ulama’.

Diberi peluang bertamu di rumah insan ini. Cuba anda bayangkan. Juga dihadiahkan sebuah kitab.
Syeikh Syuib Al-arnout

Hari yang sama bertemu syeikh syuib. Berjumpa juga dengan tokoh muda Pak Anis Matta.


p/s kedua : ada orang minta saya tulis tentang hubungan lelaki wanita (bertunang). Ada juga minta saya tulis nasihat lelaki kepada wanita. Tapi apakan daya. Tiada mood nak tulis tentang tu. Mungkin lepas exam final. Doakan saya Berjaya dengan mumtaz. Mumtaz untuk ummah.


Ini jadual final exam saya. Mohon doakan.


2 comments:

  1. ASTAGHFIRULLAHALAZIIM..
    HASBUNALLAHUWANE3MALWAKEEEL..

    ReplyDelete
    Replies
    1. segan bila anak ustaz harun taib komen sini.. :)

      Delete