Wednesday, 15 January 2014

Mengapa berkasut lebih baik dari berselimut?

Assalamualaikum wbt.. Berbulan lama tidak menulis. Menulis di blog atau facebook. Sifat menulis semakin terkikis. Entah mengapa. Mungkin kerana idea lambat mencair kesan musim sejuk yang menggigit tulang di Bumi Jordan. Idea dan buah fikiran selalu berlari lari,tapi aku malas mengejar. Bukan kerana tidak pantas mengejar atau berkaki ayam. Mungkin kerana tidur berselimutkan hirom (selimut tebal) dalam kesunyian salju lebih menjadi pilihan biarpun...